FOLLOWERS NASYID2U

Thursday, December 9, 2010

Promo Album Castury




Selepas menyepi untuk tempoh masa yang agak lama,akhirnya Castury tampil dengan album sulung mereka, Seharum Kasturi Wangian Syurgawi. Album ini diterbitkan oleh Allkind Music Entertainment dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia.

Album ini penulis beli secara online menerusi Facebook Castury sendiri. Secara keseluruhan,penulis memang suka dengar kesemua lagu yang terdapat dalam album ini. Nyata menepati konsep nasyid kontemporari serta vokal yang penulis minat. Terdapat 7 tracklist dalam album ni,yakni dua daripadanya ialah minus one.

Lagu-lagu tersebut ialah:

Kau Bernama Kasturi: Lagu ini hanyalah prelude memperkenalkan kumpulan Castury pada awal tracklist album ini. Vokalnya yang harmoni nyata akan menarik minat pendengar untuk mendengar track album yang seterusnya.

Hanya Pasrah Menanti (rakaman terbaru): Lagu ini merupakan single pertama Castury pada awal kemunculan mereka dahulu. Susunan muzik baru ini nyata memberi sedikit kelainan berbanding rakaman lama. Secara peribadi,penulis lebih sukakan rakaman lama kerana rakaman lama lebih menunjukkan Castury yang sebenar. Rakaman baru ni best tapi alangkah best lagi kalau rakaman lama turut dimuatkan dalam album ini.

Sandaran Harapan (feat Azwan Far East): Lagu ini dinyanyikan secara kolaborasi bersama Azwan (Far East). Nyata lagu ini amat menyentuh hati penulis. Vokal yang mendayu pada bahagian chorus lagu ini nyata menyentuh kalbu untuk penulis hayati liriknya. Bagi penulis,lagu Sandaran Harapan ini lagu terbaik untuk album ini.

Lumrah Kehidupan : Lagu ini turut dinyanyikan secara kolaborasi.Kali ini memperkenalkan Mizee. Bagi penulis lagu ini lebih kepada lagu motivasi.Susunan muzik pun memang best.

Santun Berpesta (feat Ayati Tasrip): Lama penulis tak dengar lagu nasyid berirama Malaysia. Album ini setidaknya mengubat rindu penulis terhadap irama Malaysia. Lagu secara duet bersama Ayati Tasrip,seorang penyanyi tradisional lama, nyata akan menghiburkan peminat nasyid dan irama tradisional. Sebelum ini,penulis sendiri tidak kenal siapa Ayati Tasrip tapi melalui album inilah,penulis kenal sedikit sebanyak tentang Ayati Tasrip.

Kepada yang masih belum memiliki album ini, cepat dapatkan sekarang. Tak rugi beli album ni. Pastikan yang original. Juga boleh didapati secara online di Facebook Castury.

sumber:
studiokini.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...