FOLLOWERS NASYID2U

Friday, February 25, 2011

Konsert Islami&Insani bersama FarEast di USM,Nibong Tebal

Keputusan Peraduan Saya Sayang Rasulullah oleh Munsyeed.com

Assalamualaikum wbt.

Kami bersyukur ke hadrat ALLAH swt atas limpah nikmat yang tidak berbelah bagi. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w yang cintanya kepada ummat mekar mewangi hingga ke hari ini.

Alhamdulillah, kami ingin menzahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat insan yang hanya ingin dikenali sebagai Pak Din atas kesudian beliau menaja hadiah bagi Peraduan SAYA SAYANG RASULULLAH ini. Peraduan ini juga adalah inisiatif beliau yang dikemukakan kepada pihak Munsyeed awal Februari lalu. Semoga ALLAH swt membuka pintu-pintu rezeki yang luas kepada Pak Din Sekeluarga.

Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam Peraduan SAYA SAYANG RASULULLAH ini. Baik yang mempromosi, yang menghebahkan, mahupun yang tolong ‘LIKE’, inshaALLAH semua mempunyai ‘saham’ dalam usaha meningkatkan kecintaan umat Islam kepada Rasulullah s.a.w.

Berikut adalah nama pemenang Peraduan SAYA SAYANG RASULULLAH!

  • Nur Salwa Abdul Rasid, 21 tahun. (Kg Kerinchi, Kuala Lumpur)
  • Mohammed Nazri, 17 tahun. (Damansara, Kuala Lumpur)
  • Nur Izni Jamaluddin, 28 tahun. (Gombak, Selangor)

Ketiga-tiga pemenang layak untuk mendapat hadiah berupa sekeping tiket ke Maher Zain Live In Concert. Penghantaran hadiah akan dibuat melalui Pos Ekspress. Tahniah kepada para pemenang. Nantikan peraduan terbarudi Munsyeed.com pada bulan hadapan! Wassalam.-MUNSYEED.COM


sumber:

munsyeed.com

Artikel Studiokini:KMU:Medium Satukan Munsyid Utara Sem. Malaysia

oleh: revolterAMI

Kewujudan pelbagai organisasi nasyid bukanlah sesuatu yang baru.Bagi peringkat nasional, organisasi nasyid pernah mempunyai Persatuan Penggiat Industri Nasyid (PIN) manakala bagi peringkat indie, sudah ada
pelbagai organisasi.

Tapi bagi peringkat komuniti negeri, bilangan komuniti nasyid boleh dihitung dan dianggap sebagai tidak tersusun. Dari maklumat yang diperolehi, Kelantan antara negeri terawal mempunyai komuniti nasyid negeri melalui Persatuan Industri Nasyid Kelantan (PINK).

Kini tiba pula giliran negeri utara Semenanjung Malaysia, mempunyai komuniti sendiri.Komuniti Munsyid Utara, itulah nama bagi organisasi penasyid utara semenanjung.

Terlebih dahulu, perkataan Semenanjung Malaysia ditegaskan kerana jika penulis menggunakan utara Malaysia, bagaimana pula nasib negeri-negeri di Kepulauan Borneo? (Tiada semangat wilayah dalam nasyid).

Penubuhan KMU ini merupakan satu langkah awal untuk menyatukan munsyid di negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak. Untuk makluman, utara Semenanjung Malaysia boleh dikatakan lubuk kedua dalam melahirkan munsyid-munsyid yang mempunyai album sendiri.

Lihat saja Zahran, Zulfan, Al-Amin, Fairuz, dan ramai lagi yang dilihat antara pelopor nasyid yang sudah mempunyai album di utara Semenanjung.

Komuniti utara ini dilihat sebagai kesinambungan usaha penyanyis Amar yang pernah menerbitkan album-album nasyid di kawasan ini sekitar tahun 1999-2003 (jika tidak silap) melalui syarikat Impian Productions yang beroperasi di Kuala Ketil. Antara album nasyid ketika itu ialah SABDA (Perhitungan dan Saya Sayang Islam), Al-Amin (Untukmu Tersayang), Amar (Impian) dan Farhan (kolaborasi bersama Al-Amin).

Apa yang diharapkan penubuhan KMU ini bukanlah sekadar usaha hangat-hangat tahi ayam.

sumber:
studiokini

Naza World Taja Kenderaan Rasmi Maher Zain

Jika kedatangan pertama kali Maher Zain ke Malaysia, pihak Proton telah sudi menaja beberapa buah kereta mereka untuk penyanyi itu. Populariti artis nasyid tersebut yang makin ddari masa ke semasa membuatkan ramai pihak bermurah hati untuk membuat penajaan.

Kali ini, syarikat pengedar kenderaan terulung Negara, Naza World bermurah hati untuk memberi tajaan. Syarikat yang beribu pejabat di Kampung Baru, Kuala Lumpur itu menaja tiga buah kereta Chervolet Captiva untuk kegunaan Maher Zain dan mereka yang terlibat untuk kegunaan mereka.

Untuk rekod, penyanyi yang sedang popular dengan lagu Insyaallah ini akan mengadakan konsert besarnya bersama beberapa lagi artis seperti Mesut Kurtis, Irfan Makki dan Inteam pada 25 dan 26 Februari ini, di Stadium Malawati Shah Alam – Munsyeed.com

sumber:

munsyeed.com

Sunday, February 20, 2011

UNITE



Unite merupakan sebuah kumpulan Nasyid yang baru ditubuhkan pada tahun 2010 yang mnghimpunkan bekas pelajar dan pelajar Sekolah Menengah kebangsaan Agama Arau. Kebanyakan ahli kumpulan ini adalah bekas kumpulan nasyid Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau iaitu kumpulan Munawwar. Pada asalnya kumpulan Unite dinamakan sbagai kumpulan Ikh-One. Tetapi baru-baru ini terdapat sebuah kumpulan nasyid dari pantai timur yang menamakan mereka sebagai Iq-One. Ini bakal menimbulkan keliruan antara pendengar nasyid kerana Iq-One baru sahaja melakukan proses untuk mengeluarkan album. Bertepatan dengan bergabungnya bekas pelajar dan pelajar Sekolah itu sendiri, semua ahli bersetuju untuk menamakan kumpulan ini sebagai Unite.

Facebook Unite : http://www.facebook.com/profile.php?id=100001923129166&ref=ts

Thank You Allah Platinum Edition Hadiah Buat Peminat

Pengaruh Maher Zain tampak masih belum surut lagi, terutama di Malaysia. Figura hebat nasyid dari Sweden ini terus menerus mendapat tempat di hati para peminat tanah air diatas lagu-lagu dakwah yang didendangkannya.

Atas kejayaan jualan albumnya yang Berjaya meraih anugerah multi platinum di Malaysia, pihak Inteam Records mengambil inisiatif menghargai para peminatnya dengan mengeluarkan dua buah rilisan istimewa buat para peminat Maher Zain.

Album Thank You Allah Platinum Edition merupakan keluaran istimewa dimana album ini merupakan album keluaran khas bersempena anugerah multi platinum yang diraih penyanyi itu di Malaysia. Menariknya, album tersebut mengandungi tiga buah versi lagu InsyaAllah, termasuk sebuah versi lagu tersebut yang dinyanyikan nsendiri Maher Zain dalam Bahasa Melayu. Album teesebut boleh didapati dengan harga RM29.90.

Dalam pada itu, bagi yang mahu menyanyikan sendiri lagu Maher Zain, Inteam Records turut mengeluarkan sebuah VCD Karaoke yang memuatkan lagu-lagu Maher Zain. VCD tersebut boleh didapati dengan harga RM23.90.

sumber: MUNSYEED.COM



Album Nasyid Terbaru Jan – Feb 2011

Berikut adalah album-album nasyid yang bari dipasarkan sepanjang Januari – Februari 2011.

MUNIF AHMAD – PENAWAR HATI 6

UNIC – HIJRAH

NOWSEEHEART – KEMBALI



DEVOTEES – BERJALAN TANPA HENTI



AZWAN IBRAHIM – MUNAJAT KASIH


NUR ONE – KAU TERHEBAT

sumber: munsyeed.com

Wednesday, February 16, 2011

Album Baru: Generasi Harapan

Nantikan kemunculan album baru Generasi Harapan...Semoga album ini mendapat tempat di hati peminat...Lagu paling hit adalah rasul purnama, pemain congga the best solo...gegarkan lagu ini dgn smangat perjuangan...

sumber:
fb mawaddah international

Tuesday, February 15, 2011

KMU Terbuka kepada semua penasyid dari UTARA


Syarat Keahlian:
- mempunyai komitmen dalam dakwah melalui nasyid
- mempunyai website/blog/facebook (tidak wajib)
- mempunyai gambar kumpulan/solo (beserta nama kmp/solo)

emailkan profil (beserta kategori munsyid) anda, nama pengurus dan nombor telefon untuk dihubungi...


Komuniti Munsyid-Munsyid Utara

-Kategori Artis
mempunyai label (syarikat),album,persendirian

-Kategori Universiti/Kolej
mewakili uni/kolej

-Kategori Sek.Menengah
mewakili sekolah

-Kategori Sek.Rendah
mewakili sekolah

-Kategori Badan Kerajaan/Pertubuhan
mewakili badan kerajaan/pertubuhan/persatuan


Kepada ahli KMU, emailkan maklumat anda seperti jadual persembahan,aktiviti anda untuk di hebahkan, atau terus sms admin,syukran





email
nasyid2u@gmail.com
Phone
Admin - 0195139837


Page KMU:


http://www.facebook.com/pages/Munsyid-Utara/112042262204508?sk=info





Promo Album Rayyan- Tasbih Cinta

RAYYAN
Sejak penubuhan Rayyan pd 2004, beberapa kejayaan yang telah diraih, antaranya ialah Johan Festival Nasyid Keb (2006), dan Johan Festival Nasyid Kementerian (2004,2006). Kini (2011) Rayyan bakal muncul dengan album sulung berjudul 'Tasbih Cinta'. Album ini menampilkan 5 buah lagu:
1. Tasbih Cinta
2. Khazanah
3. Perjalanan
4. Kau
5. Petua Nasihat

Amar Kembali Selepas Menyepi

Agak lama juga penyanyi solo, Amar menyepi dari muncul dalam mana-mana akhbar. Beliau yang kini sibuk dengan kerjayanya sebagai peguam, ahli silap mata dan penulis buku seolah tidak mahu aktif dalam bidang nyanyian.

Hilangnya Amar terjawab apabila beliau muncul dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 15 Februari 2011. Amar atau nama sebenarnya Arif Muazzim Abdul Rahman,30, kini lebih dikenali sebagai ahli silap mata. Menurut Utusan,keistimewaa Amar tidak dibantu oleh kuasa jin atau ilmu hitam,sebaliknya semua itu dilakukan melalui ketangkasan tangan dan minda yang dikurniakan Allah.

Menurut Amar, sesiapa sahaja boleh menjadi ahli silap mata asalkan berminat dan rajin membuat latihan bagi kelancaran persembahan.

"Saya suka silap mata sejak kecil lagi kerana saya seorang yang skeptikal. Saya mesti nak tahu macam mana perkara itu berlaku.

"Saya mula belajar dari buku-buku, tengok ayah dan abang buat silap mata. Lepas itu, tukar-tukar idea dengan orang lain. Semua itu saya catat dalam buku 555 agar tidak lupa cara melakukannya," kata Amar membuka cerita penglibatannya dalam bidang silap mata.

Hasil daripada minat mendalamnya pada bidang silap mata, Amar turut menghasilkan empat buah buku berkaitan silap mata iaitu 55 Silap Mata Mudah, 66 Silap Mata Praktikal, 77 Silap Mata Profesional dan Rahsia Silap Mata Antarabangsa.

Amar juga turut menyertai bidang motivasi dan telah menghasilkan buku motivasi seperti Anda Mampu Melakukannya dan Dunia Kartun Motivasi Amar.

Menurut Utusan lagi, pada tahun lalu sahaja, Amar telah melakukan sesi motivasi di 29 buah sekolah di semenanjung dan menyasarkan 35 sekolah pada tahun ini.

"Saya mula menjadi motivator ini sejak 2004. Program motivasi saya untuk sekolah menengah dilakukan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri.

"Tahun ini program itu akan bermula Mac. Mana-mana sekolah yang berminat untuk bekerjasama dengan saya boleh hubungi laman sesawang www. amar.com.my atau talian 013-3561772," katanya yang popular dengan lagu Nurul Iman.

Mengenai bidang nyanyian, Amar menjelaskan bahawa buat masa sekarang, beliau masih lagi mengumpul bahan untuk album terbaru. Mengikut perancangan, album tersebut akan berada di pasaran pada hujung tahun ini.

Sehingga kini,Amar telah menghasilkan 3 buah album iaitu Kiasan Naluri (2003), Diari Rindu (2005) dan Hikayat Cinta (2007) serta sebuah album indie, Impian. - STUDIOKINI

sumber:
studiokini

Komuniti Munsyid Utara (KMU)


Komuniti Munsyid Utara (KMU) ditubuhkan agar dapat mengeratkan silaturrahim diantara munsyid-munsyid yang aktif di Utara tanah air dalam menyampaikan mesej-mesej dakwah,idea penubuhan komuniti ini bertujuan agar dapat munsyid-munsyid utara bertukar pendapat dan membantu diantara satu sama lain,buat masa ini page facebook KMU dijanakan oleh nasyid2u...

Anda Munsyid Utara hantarkan profil kumpulan/solo anda kepada kami untuk turut bersama menjadi ahli komuniti sekarang!! hantarkan maklumat ke nasyid2u@gmail.com

Page fb KMU:
http://www.facebook.com/home.php#!/pages/Munsyid-Utara/112042262204508

Simfoni




PENGENALAN

Kumpulan nasyid SIMFONI telah ditubuhkan pada Julai 2009,yang mana ianya adalah hasil gabungan vokalis dari kumpulan-kumpulan nasyid sekolah agama di kedah iaitu Maktab Mahmud Alor Setar, Maktab Mahmud Pokok Sena dan Sekolah Menengah Islam Darul Ulum. Kini Kumpulan nasyid SIMFONI dianggotai oleh 5 orang anak muda iaitu Imtiaz Ikrimal, Ahmad Ifham, Mohd. Anas , Firdaus Naim, dan Ammar .
SIMFONI boleh kami tafsirkan di sini sebagai ringkasan dari perkataan (Silaturrahim dan Forum Nada Islami), iaitu persaudaraan dan berdakwah dalam nada.
Konsep yang cuba diketengahkan oleh kumpulan nasyid SIMFONI tidak tertumpu kepada satu genre sahaja, dan kumpulan nasyid SIMFONI mampu membawakan lagu-lagu nasyid berentak balada dan kontemporari sesuai dengan citarasa pendengar masa kini. SIMFONI telah menyiapkan beberapa buah lagu yang masih belum dirakamkan dan lagu-lagu tersebut dicipta sendiri oleh Ahli SIMFONI iaitu Imtiaz Ikrimal .

SIMFONI juga turut diundang untuk mengadakan persembahan di beberapa majlis seperti majlis sambutan maulidurrasul , sambutan hari ibu, dan beberapa majlis kenduri kahwin. SIMFONI juga turut dijemput ke konti stesen radio Kedah fm bagi merakamkan promo untuk carta nasyid Kedah fm yang julung-julung kali diadakan. Berbekalkan keazaman yang tinggi serta minat yang mendalam dalam seni suara ini, insyaAllah SIMFONI akan terus mencuba mengorak langkah bagi memartabatkan hiburan seni islam yang berlandaskan syariat menuju keredhaan ilahi.

OBJEKTIF

• Menyampaikan mesej ke arah ke arah kebaikan dalam seni suara yang berlandaskan syariat islam
• Menyuburkan rasa cinta kepada Allah dan Rasulnya
• Menyemai rasa keinsafan dalam hati pendengar tentang cara hidup Islam.
• Memberi alternatif kepada masyarakat yang inginkan hiburan yang tidak melalaikan sambil menginsafi diri melalui bait-bait lirik nasyid yang disampaikan.

Sunday, February 13, 2011

Umrah Bersama Rabbani

KUMPULAN nasyid, Rabbani tidak pernah berhenti daripada berdakwah dan menyebarkan syiar Islam menggunakan platform industri hiburan mengikut cara mereka yang tersendiri.

Dalam mengatur langkah mengembangkan lagi perjuangan dakwah mereka, pelontar lagu Pergi Tak Kembali ini menubuhkan sebuah agensi Rabbani Travel & Tours Sdn. Bhd. (RTT) yang menawarkan pakej umrah dan ziarah.

Menurut ketua kumpulan Rabbani, Mohd. Asri Ubaidullah atau juga dikenali sebagai Asri Ubai, selain daripada pakej umrah dan ziarah, RTT ditubuhkan atas dasar untuk lebih mendekati peminat.

“Berdakwah ini ada macam-macam cara. Salah satu daripadanya ialah mendidik orang ramai dengan lagu-lagu kami yang berunsurkan kerohanian.

“Maka itu, apabila RTT ditubuhkan, kita menawarkan pakej umrah dan ziarah.

“Menariknya pakej ini ialah seorang daripada anggota Rabbani akan turut serta dalam rombongan yang mengerjakan umrah atau pun ziarah sekiranya mempunyai kelapangan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran RTT di Kompleks Diamond, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Asri berkata, sebagai permulaan, RTT menawarkan pakej ziarah dan umrah RM5,350 seorang untuk tempoh 15 hari.

“Harga ini rendah kerana kita tidak mahu membebankan mereka yang berhajat untuk mengerjakan umrah,” katanya.

Asri yang juga merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah RTT menambah, selain ziarah ke tempat-tempat menarik, mereka juga mengatur sesi pendidikan mengenai Islam antaranya ceramah dan tazkirah.

Cuma, katanya, apabila memberikan didikan tentang agama, anggota Rabbani atau pun kakitangan RTT harus memikirkan pendekatan yang terbaik untuk melakukannya.

Dalam pada itu, selain menawarkan pakej umrah dan ziarah, kata Asri, RTT juga bakal tampil dengan tawaran pakej pelancongan dan percutian ke beberapa destinasi popular dalam dan luar negara.

Tambahnya, lokasi luar negara yang terdapat dalam pakej itu nanti adalah ke Vietnam, Turki, United Kingdom, Asia Barat dan negara-negara Asia lain.- UTUSAN

sumber:
studiokini

MZM-FC Lancar Kempen Banteras Hari Kekasih

Maher Zain Malaysia Fan Club (MZM-FC) terus bergerak aktif. Biarpun kelab tersebut merupakan sekadar sebuah kelab yang menghimpunkan para peminat Maher Zain di Malaysia, kelab tersebut tidak melupakan tanggungjawab sosialnya terhadap masyarakat.

Kelab yang diketuai presidennya, Mohd Fairuz Abu atau lebih mesra disapa sebagai Akhi Fairuz Al-Jengkari baru baru ini telah melancarkan satu kempen yang menentang sambutan Hari Kekasih, atau akronimnya Velentine Day yang akan disambut pada 14 Februari setiap tahun.

Objektif kempen yang bertujuan untuk menyedarkan umat Islam akan keburukkan menyambut Hari Kekasih dimana umum mengetahui bahawa hari tersebut merupakan dakyah orang Kristian bagi menyesatkan orang Islam.

Dengan tema, SAY NO TO VALENTINE DAY! LET’S CELEBRATE MAULIDUR RASUL, mereka sedaya upaya cuba memberi kesedaran akan bahayanya hari tersebut kepada orang ramai khasnya kepada ahli kelab tersebut yang sudah menjangkau 112,664 like di FanPage Facebook mereka.

Anda Bijak Jauhi Zina – Raudhatus Sakinah! Say No To Valentine Day. Let’s Celebrate Maulidur Rasul. Sollu 3ala Nabiy. Bagindalah kekasih kita yang abadi. Yang akan memberi syafaat kepada kita di akhirat kelak. The Chosen One.`”MUNSYEED.COM

Karnival Maher Zain Janjikan Acara Menarik

Bersenpena dengan penganjuran Konsert Maher Zain yang akan diadakan hujung bulan ini, satu karnival akan dianjurkan serentak bersempena konsert tersebut.

Acara yang dinamakan sebagai Karnival Maher Zain Live In Concert bakal diadakan pada 24 hingga 27 Februari 2010 bertempat di perkarangan Stadium Malawati Shah Alam. Karnival yang dianjurkan kali ini adalah anjuran bersama Inteam Records dan Nasyeed.com.

Difahamkan, pihak penganjur telah menyediakan lebih 80 booth yang akan diletakkan di perkarangan stadium. Booth tersebut dibahagikan kepada beberapa bahagian termasuk pakaian, makanan, buku serta berbagai lagi. Malah, karnival ini juga akan menyajikan persembahan daripada artis-artis nasyid tempatan.

Apa yang menarik, karnival tersebut bakal menyaksikan pelbagai acara menarik yang bakal disajikan buat pengunjung. Selain daripada booth jualan dan pameran, antara acara lain yang bakal menjadi tumpuan ialah. Pertandingan Nasyid Terbuka dan juga Pertandingan Lagu Maher Zain.

Pertandingan Nasyid Terbuka ini adalah dibuka kepada penyertaan semua jenis lagu nasyid. Manakala untuk Pertandingan Lagu Maher Zain, peserta dikehendaki menyanyikan lagu-lagu yang dibawa oleh Maher Zain sahaja.

Para peserta yang ingin menyertai pertandingan tersebut, boleh melihat syarat-syarat pertandingan dan borang penyertaan yang telah disediakan di laman web http://karnivalmaherzain.nasyeed.com/ atau menghubungi urusetia ditalian 03-55121352 atau 017-6292903 (Cik Shuhadah Hamid)

sumber:

munsyeed.com

Peraduan: Saya Sayang Rasulullah!

Peraduan Saya Sayang Rasulullah

Peraduan Saya Sayang Rasulullah

Peraduan Saya Sayang Rasulullah!

Bersempena Maulidur Rasul yang bakal menjelma, pihak Munsyeed{dot}com mengajak para pembaca meraikan Maulid Nabi dengan peraduan SAYA SAYANG RASULULLAH!

Peraduan ini terbuka kepada semua pembaca Munsyeed{dot}com kecuali staff Munsyeed{dot}com. (Para artis dan penggiat industri nasyid juga dialu-alukan untuk menyertainya!)

Cara Menyertai Peraduan Saya Sayang Rasulullah.

  1. Hasilkan satu video atau slide show yang berformat video, yang menggambarkan rasa cinta dan sayang anda kepada Rasulullah s.a.w dengan cara yang paling kreatif!
  2. Video tersebut mestilah berdurasi 3-5 minit.
  3. Hantarkan video anda melalui message kepada Facebook ‘Munsyeed Crews’. (www.facebook.com/munsyeedcorner) dengan Tajuk “SAYA SAYANG RASULULLAH”.
  4. Sertakan sekali butiran-butiran berikut:
  • Nama Penuh:
  • No kad Pengenalan:
  • No Telefon:
  • Alamat Rumah:

Tarikh peraduan

2.Februari.2011 hingga 20.Februari.2011

Hadiah

3 Pemenang Terbaik yang mendapat jumlah LIKE tertinggi akan berpeluang memenangi tiket ke Maher Zain Live In Concert!

Keputusan akan diumumkan pada 21.Februari.2011 di Munsyeed{dot}com.

Seluruh Mahabbah hanya buatmu, Rasulullah s.a.w!


sumber:

munsyeed.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...