FOLLOWERS NASYID2U

Monday, October 10, 2011

Castury Bersyukur Tercalon Dalam AIM18

Castury dan Ayati Tasrip sedang ditemubual oleh wartawan akhbar. (Klik gambar untuk paparan lebih besar)

Bintang Castury semakin bergemerlapan di persada industri seni muzik tanahair apabila buah tangan sulung mereka berjaya menarik perhatian para pendengar dan media. Tidak terhenti setakat itu, Castury memahat sejarah dalam perjalanan seni mereka apabila buat julung kalinya tercalon dalam Top 5 Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-18 bagi kategori Lagu Pop Etnik Terbaik.

Castury telah tercalon dalam Top 5 Kategori Pop Etnik AIM 18 melalui lagu Santun Berpesan, nyanyian Castury duet bersama penyanyi Ayati Tasrip. Lagu yang digubah oleh Adi Akmal Sehrom(Adi Devotees) dan lirik puitis karya Muhammad Mohd Tawil (Muhammad Devotees) ini turut bersaing dengan 4 lagu lain dalam kategori yang sama iaitu HambaMu nyanyian Mawi dan Akhil Hayy, Katakanlah nyanyian Amirah Ali, Joget Tak Senang Hati oleh Adibah Noor dan Falsafah Laksamana nyanyian Zalee Redang. Untuk senarai penuh pencalonan, klik disini.

Castury dalam kenyataan medianya menzahirkan rasa syukur kepada Allah kerana telah terpilih buat julung kalinya dalam anugerah paling berprestij dalam industri muzik ini. Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada panel juri yang telah memilih lagu Santun Berpesan sebagai Top 5 untuk kategori Pop Etnik.

“InshaAllah, kami akan berusaha untuk terlibat dengan semua roadshow yang akan disusun oleh pihak RIM, selaku pengajur utama AIM 18. Kesempatan ini boleh digunakan untuk mendekatkan lagi Castury dengan para peminat disamping mempromosi album kami, Castury- Seharum Kasturi, Wangian Syurgawi yang telah diterbitkan awal 2011 edaran Universal Music Malaysia.” jelas jurucakap Castury.

Castury dan Ayati Tasrip di Sidang Akhbar AIM 18. (Klik gambar untuk paparan lebih besar)

Castury yang pernah menjuarai Carta Juara NMI selama beberapa minggu berturut-turut melalui lagu Hanya Pasrah Menanti satu ketika dahulu dianggotai oleh 3 orang anak muda yang lebih mesra dikenali sebagai Hafiz, Azim dan Fetri. Pernah tampil dengan 5 orang ahli, kini Castury memilih untuk kekal bertiga dibawah pengurusan Mizee Halim dari Allkind Music Entertainment. -

sumber : Munsyeed{Dot}Com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...