FOLLOWERS NASYID2U

Monday, October 10, 2011

Single Terbaru Kumpulan DU'A feat Ustaz AMAL


DU'A :

1. Muhammad Asadullah Amaluddin
2. Muhammad Ajwad Amaluddin

Kumpulan nasyid DU'A masih baru lagi di arena nasyid namun sudah berkecimpung didalam album kanak-kanak TILMIZ bermula pada awal tahun 2000 dengan terbitan Muazzin Production. Mereka bakal Menghasilkan sebuah album "single" 4 lagu yang akan diketengahkan sebagai perkenalan kepada umum dan turut berduet dalam album ini adalah Ustaz Amal.


Penglibatan DU'A dalam nasyid bermula pada awal tahun 2000 ketika menyertai kumpulan kanak-kanak Tilmiz yang menampilkan album doa terbitan Muazzin Production..

Biodata Kumpulan DU'A :


Dianggotai sepasang adik beradik yang merupakan putera kepada penasyid dan pendakwah, Ustaz Amal. Pernah menganggotai kumpulan nasyid kanak-kanak TILMIZ sekitar tahun 2000. Muhammad Asadullah masih menuntut di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, PJ manakala Muhammad Ajwad, 17 masih menuntut di SMK Saujana Utama, Sg Buloh.

Konsep album DU'A yang diketengahkan adalah bercirikan islamic music,single terbaru mereka boleh didengar melalui sesawang Youtube [dot] com yang bertajuk "Sahaja Aku Mencintai - Mu " featuring Ustaz Amal.Dengan penampilan mereka diarena nasyid dapat menyemarakkan lagi Industri Nasyid tanah air.


Ustaz Amal

Untuk maklumat lanjut mengenai kumpulan DU'A layari facebook mereka di :
DU'A ( Facebook )

" Sahaja Aku Mencintai - Mu " featuring Ustaz Amal.

sumber: fenomenasyid

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...