FOLLOWERS NASYID2U

Friday, September 30, 2011

Sekitar AIM 18

Salam Sejahtera.

Kali ini, Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM 18) kembali lagi untuk memberi pengiktirafan kepada karyawan industri muzik tanah air. Blog Carta I.K.I.M.fm akan mengimbas tentang pencalonan kepada lagu-lagu dan artis nasyid yang turut dicalonkan dalam senarai 5 terbaik bagi kategori-kategori yang dipertandingkan.

Untuk AIM 18, kategori album nasyid terbaik antara 11 kategori yang digugurkan. Bagaimanapun, kategori lagu nasyid terbaik kekal dipertandingkan.


Kumpulan Inteam dicalonkan untuk kategori Vokal Terbaik Dalam Lagu (Berkumpulan/Duo). Kombinasi kumpulan Castury dan Ayati Tasrip serta gandingan Mawi dan Akhil Hayy turut tersenarai dalam kategori Lagu Pop Etnik Terbaik.

Fenomena Maher Zain berjaya singgah di AIM apabila lagu beliau Insha Allah versi Bahasa Melayu dicalonkan untuk kategori Lagu Berbahasa Melayu Terbaik yang Disampaikan oleh Artis Luar Negara.

Pencalonan lengkap untuk artis-artis nasyid/lagu-lagu nasyid adalah seperti berikut:

Lagu Nasyid Terbaik
Hadirnya Cahaya SAW - Devotees
Permata Hati - Nazrey Johani
Pedoman - Nora feat. VOU
Bebas Palestin - Rabbani, Inteam, Saujana & Nowseeheart
Pahlawan Gaza - Saujana


Vokal Terbaik Dalam Lagu (Berkumpulan/Duo)
Jaclyn Victor, Shila Amzah & Ning Baizura - Beribu Sesalan
A.P.I - Pelita
Caipifruta - Menceceh Bujang Lapuk
Dayang Nurfaizah & Marcell - Sayang
Inteam - Salamun Salam 2


Kulit Album Terbaik (Pereka)
Urusan Aizat Amdan - Aizat
Lonely Boy Soldier - Hujan
Bumi Akhir Usia - Mirwana
Cherry Blossom Love - Pop Shuvit
Decorate - Yuna


Lagu Pop Etnik Terbaik
Joget Tak Senang Hati - Adibah Noor
Katakanlah - Amirah Ali
Santun Berpesan - Castury feat. Ayati Tasrip HambaMu - Mawi & Akhil Hayy
Falsafah Laksamana - Zali Redang


Lagu Berbahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara
Insha Allah - Maher Zain
Indahnya Cinta - Nidji
Sahabat Selamanya - Padi
Ku Menunggu - Rossa
Bunga Mimpi - Sandy Sandoro


AIM 18 akan disiarkan pada 12 November 2011 ini.
sumber: carta ikim blog

Review Album: Ustaz Amal – Zikir Dan Doa Munajat

Album Zikir & Doa Munajat Ustaz Amal

Ustaz Amaluddin kini kembali lagi dengan album zikir terbarunya. Album yang bertajuk Zikir & Doa Munajat ini diterbitkan hasil usaha Inteam Records dan Ustaz Amaluddin sendiri.

Keunikan suara Ustaz Amal yang bertona lembut menjadi tumpuan utama album ini. Dengan menghimpunkan 15 zikir dan doa yang sangat elok diamalkan, baik selepas solat mahupun dalam kehidupan seharian.

Tidak seperti album zikir yang lain, yang membuatkan kami tertarik dengan album ini ialah suara latar harmoni yang bijak menyelit dicelah-celah alunan doa. Maka, setiap track tidak kedengaran terlalu kosong, dan ia menambahkan perasa album ini.

Di dalam album ini juga, dua anak lelaki Ustaz Amal, Muhammad Asadullah dan Muhammad Ajwad turut bergabung tenaga sama-sama menjayakan album ini. Malah, nama-nama besar seperti Frizdan, Pyan Saujana, Sariman Nowseeheart, Inteam dan Safarizan turut terlibat melatari vocal harmoni album ini.

Keseluruhannya, album ini sangat sesuai untuk didengari dan diamalkan. Dapatkan sekarang! -Munsyeed{Dot}Com

*Hantarkan album anda untuk dimuatkan dalam Segmen Ulasan Album. Hubungi kami melalui email- munsyeed@gmail.com


sumber: munsyeed.com

Al FarabiBand muncul di Monster Of Metal

Band Progresif Rock Islam, Al FarabiBand dijangka akan menyertai sebuah konsert rock terbesar tanah air, Monster Of Metal pada Sabtu ini, 1 Oktober 2011. Konsert yang merupakan supporting act bagi sebuah lagi Konsert yang bakal diadakan pada sebelah malamnya dimana ia menampilkan kumpulan rock lagenda, Sweet Charity dan Blues Gang.

Kali ini, Al FarabiBand diberi penghormatan untuk berkongsi pentas bersama-sama dengan beberapa band metal dan underground tanah air termasuk Sofea, Sil Khannaz, Brain Dead, Humiliation dan Nuclear Strikes. Sudah tentu konsert ini bakal menjadi pengalaman yang berharga buat kumpulan yang berasal dari Shah Alam ini.

Ketika ini, mereka sedang giat menjalani latihan terakhir sebelum konsert berlangsung. Menariknya, gitaris kumpulan Unicorn, Kamarul Bahrin atau lebih dikenali sebagai Roll Unicorn turut berganding untuk memantapkan lagi kumpulan tersebut. Sesi latihan sedang berlangsung di studio milik Al Farabiband di Kota Kemuning, Shah Alam.

Konsert yang bakal berlangsung pada 1 Oktober 2011 ini bakal bermula jam 3.00 petang. Ia dianjurkan oleh Netzah Production dan tiket boleh didapati di Redtix, Rock Corner dan Victoria Music. MUNSYEED {DOT}COM


sumber: munsyeed.com

Hijjaz Terbit Album Umrah dan Haji

Album berkonsepkan pelajaran terus mendapat sambutan hangat. Penerbitan album bukan sahaja untuk menghiburkan pendengar tetapi turut memberi didikan kepada pendengar dengan ilmu yang bermanfaat.

Setelah sekian lama Hijjaz tidak tampil dengan album berkonsepkan zikir, sempena dengan musim haji tahun ini, Hijjaz tampil dengan album Umrah dan Haji.

Album ini bukanlah album yang mengandungi lagu. Kandungan zikir serta doa dalam album ini sudah cukup memberikan hiburan sebenar dalam diri si pendengar.

Tracklist album ini ialah:

1. Doa ketika musafir
2. Doa naik kenderaan
3. Talbiah
4. Doa melihat rumah-rumah di bandar mekkah
5. Doa masuk pintu As-Salam
6. Bacaan apabila melihat Baitullah
7. Lafaz niat mandi sunat ihram
8. Lafaz niat solat sunat ihram
9. Lafaz niat haji
10.Lafaz niat umrah
11.Doa menuju kegarisan bermula tawaf
12.Lafaz niat tawaf
13.Bacaan doa tawaf 1
14.Bacaan doa tawaf 2
15.Bacaan doa tawaf 3
16.Bacaan doa tawaf 4
17.Bacaan doa tawaf 5
18.Bacaan doa tawaf 6
19.Bacaan doa tawaf 7
20.Doa di antara rukun Yamani & Hajar Aswad
21.Doa di Multazam
22.Lafaz niat solat sunat tawaf
23.Doa selepas solat sunat di makam Ibrahim
24.Doa minum air Zam-zam
25.Lafaz niat Sae'i haji
26.Doa dari Sofa ke Marwah 1
27.Doa dari Marwah ke Sofa 2
28.Doa dari Sofa ke Marwah 3
29.Doa dari Marwah ke Sofa 4
30.Doa dari Sofa ke Marwah 5
31.Doa dari Marwah ke Sofa 6
32.Doa dari Sofa ke Marwah 7
33.Doa bercukur
34.Doa dan zikir di Padang Arafah
35.Doa ketika hendak melontar
36.Doa selepas melontar
37.Lafaz niat tawaf Wida'

Sesuai untuk mereka yang bakal mengerjakan haji serta umrah.Dapatkan album ini di pasaran sekarang.

sumber: studiokini

Monday, September 26, 2011

Inteam Sedia Bantu Industri Nasyid Thailand


Inteam dan Fiklis

Kumpulan nasyid popular; Inteam meneruskan perjalanan seni dakwah mereka dengan menjalinkan kerjasama erat bersama kumpulan nasyid dari Thailand, Fiklis. Inteam telah memilih untuk berduet dengan kumpulan nasyid Fiklis dalam sebuah lagu yang berjudul Nur Muhammad.

Lagu Nur Muhammad yang pernah dimuatkan dalam album Nur Muhammad adalah nyanyian asal kumpulan Inteam featuring UNIC. Menariknya, untuk lagu Nur Muhammad versi Inteam dan Fiklis ini, terdapat beberapa rangkap lagu yang dinasyidkan dalam Bahasa Thailand.

Menurut Muhammad Hazamin Harun atau lebih mesra disapa Amin Inteam, Ini merupakan kali pertama Inteam Records (IRSB) menerbitkan MTV sendiri yang dirakam oleh seorang staff IRSB menggunakan peralatan kamera digital DSLR dalam waktu yang terhad.

“Rakaman MTV Nur Muhammad versi Thailand ini dirakam sewaktu lawatan kumpulan nasyid Fiklis dari Thailand ke Studio Inteam pada awal Ramadhan lalu. Kami memilih untuk menjalani rakaman vokal dan juga rakaman video dalam masa yang begitu terhad dengan menggunakan khidmat videografi salah seorang staff IRSB.” jelas Amin Inteam.

Menurut beliau lagi, kerjasama ini tidak akan terhenti disini sahaja kerana Inteam berhasrat untuk menjalinkan lebih banyak kerjasama dengan kumpulan-kumpulan nasyid di Thailand.

“Alhamdulillah, nasyid sudah mula mendapat tempat di kalangan para penduduk Muslim di wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat, Thailand. Kami selaku kumpulan nasyid di Malaysia berasa terpanggil untuk membantu kumpulan-kumpulan nasyid di Thailand untuk mengembangkan sayap mereka dalam membina industri nasyid di Thailand.” tambah Amin Inteam.

“Kami berharap, usaha kecil kami ini dapat membantu kumpulan nasyid di Thailand membina dan membangunkan industri nasyid mereka supaya dakwah melalui seni nasyid ini dapat berkembang di negeri Thailand. Kita sudah lihat perkembangan industri nasyid Malaysia dan Indonesia yang begitu rancak sekali, justeru inilah masanya untuk kita sama-sama membantu industri nasyid di Thailand agar nusantara ini bergema dengan lagu-lagu yang memuji Allah Yang Esa.” jelas Amin Inteam.

Untuk menonton MTV Nur Muhammad Versi Thailand nyanyian Inteam feat Fiklis, sila klik disini.

Untuk rekod, Fiklis terdiri daripada 4 orang anak muda yang berasal dari Thailand. -Munsyeed{Dot}Com

Gambar ihsan: Safwan Abdullah.

sumber: munsyeed.com

Raihan Aktif Terbit Produk Islami

Nama kumpulan Raihan bukanlah nama baharu dalam industri nasyid. Terkenal dan popular di dalam dan luar negara, Raihan yang berstatus artis antarabangsa adalah antara artis yang menjadi kebanggaan negara kita. Tahun ini, genap 15 tahun Raihan berada dalam industri sejak awal kemunculannya pada sekitar tahun 1996 yang berjaya mencetuskan satu fenomena luarbiasa sehingga mencapai jualan album melebihi 600,000 unit, satu pencapaian yang cukup luarbiasa dan tercatat dalam Malaysia Book of Records.

Kini, setelah hampir 15 tahun mengembara ke pelusuk dunia menyebarkan seni dakwah, Raihan memilih untuk berdakwah di negara sendiri dengan menerbitkan produk-produk Islami berbentuk Album-album yang dekat dengan peminatnya.

Raihan kini aktif menerbitkan album-album nasyid, bacaan Al-Quran, zikir mahupun lagu-lagu Islami untuk kanak-kanak melalui syarikatnya, Raihan Records Sdn Bhd. Syarikat yang beroperasi di Bandar Sri Damansara ini semakin aktif menghasilkan produk-produk terbaru hari demi hari. Tidak cukup dengan itu, Raihan juga turut aktif memenuhi persembahan pentas, acara-acara rasmi dan juga penampilan istimewa mereka di televisyen setelah sekian lama aktif di luar negara.

Mengikut Raihan, semua album yang diterbitkan adalah dbawah label Raihan Records Sdn Bhd manakala untuk edaran, raihan Records telah memilih syarikat Inteam Records Sdn Bhd untuk edaran eksklusif album-album terbitan mereka.

Berikut adalah album-album terbitan Raihan Records Sdn Bhd:

Bacaan Al-Ma'thurat Che Am Raihan

.

Koleksi Surah-Surah Nabi

.

Lagu-Lagu Hafalan

.

Surah Pilihan Juzu' Amma

.

Mari Mengaji

sumber -Munsyeed{Dot}Com

VideoKlip: Inteam feat Fiklis - Nur Muhammad

CARTA NASYID IKIM.FM 25/09/2011 (Minggu 130)


CARTA NASYID IKIM.FM 25/09/2011 (Minggu 130)

1. HambaMu – Mawi & Akhil Hayy (-) (10)
2. Seni Berjuang – Nowseeheart (+1) (7)
3. Berjalan Tanpa Henti – Devotees (-1) (13)
4. Pergilah Dunia – Varianz (+1) (7)
5. Dengan KuasaMu – Nur One (-1) (4)
6. Harapan – Devotees feat. Salleh Brotherz (+1) (2)
7. Setulus Dian – Dian (-1) (3)
8. Keinsafan Diri – Fursan (-) (27)
9. Istikharah – Mestica (lagu baru) (1)*
10. Didakap Cinta – Aidil (-1) (11)

Pencalonan Baru
5 Waktu Solat – Raihan
Kau – Rayyan
As-Syafi – UNIC
Munajat Kasih – Azwan Ibrahim
Segalanya Allah – Iwan Syahman*

Lagu Terkeluar
10. Hijrah – UNIC (11 minggu)

CARTA NASYID IKIM.FM 18/09/2011 (Minggu 129)


CARTA NASYID IKIM.FM 18/09/2011 (Minggu 129)

1. HambaMu – Mawi & Akhil Hayy (-) (9)
2. Berjalan Tanpa Henti – Devotees (-) (12)
3. Seni Berjuang – Nowseeheart (-) (6)
4. Dengan KuasaMu – Nur One (+2) (3)
5. Pergilah Dunia – Varianz (-) (6)
6. Setulus Dian – Dian (+3) (2)
7. Harapan – Devotees feat. Salleh Brotherz (lagu baru) (1)*
8. Keinsafan Diri – Fursan (-) (26)
9. Didakap Cinta – Aidil (-5) (10)
10. Hijrah – UNIC (-3) (11)

Pencalonan Baru
Istikharah – Mestica
5 Waktu Solat – Raihan
Kau – Rayyan
As-Syafi – UNIC
Munajat Kasih – Azwan Ibrahim*

Lagu Terkeluar
10. Kembara – Fursan (2 minggu)

Tuesday, September 13, 2011

Foto: Arteffects Studio Milik Hafiz Hamidun


Practise Room di Arteffects Studio

.

Vocal Room

.

Dekorasi menarik di Vocal Room, Arteffects Studio

.

Kesungguhan Hafiz Hamidun!

.

Satu kepuasan dalam berkarya apabila dapat memberikan yang terbaik kepada pelanggannya.

.

Workstation Hafiz Hamidun

.

Workstation Hafiz Hamidun di waktu malam.

.

Hafiz Hamidun di Arteffects Studio milik beliau.

sumber:munsyeed.com

Konsert UNIC & Masrie di Kulim,Kedah

CARTA NASYID IKIM.FM 11/09/2011 (Minggu 128)


CARTA NASYID IKIM.FM 11/09/2011 (Minggu 128)

1. HambaMu – Mawi & Akhil Hayy (+1) (8)
2. Berjalan Tanpa Henti – Devotees (-1) (11)
3. Seni Berjuang – Nowseeheart (+1) (5)
4. Didakap Cinta – Aidil (-1) (9)
5. Pergilah Dunia – Varianz (+1) (5)
6. Dengan KuasaMu – Nur One (+3) (2)
7. Hijrah – UNIC (-2) (10)
8. Keinsafan Diri – Fursan (-1) (25)
9. Setulus Dian – Dian (lagu baru) (1)*
10. Kembara – Fursan (-) (2)

Pencalonan Baru
Harapan – Devotees feat. Salleh Brotherz
Istikharah – Mestica
5 Waktu Solat – Raihan
Kau – Rayyan*
As-Syafi – UNIC*

Lagu Terkeluar
8. Kau Terhebat – Nur One (15 minggu)
Petua Nasihat – Rayyan (pencalonan baru)

Album Demascus Kita Berbeza


Setelah sekian lama menunggu akhirnya album sulung kumpulan Demascus muncul jua. Kumpulan yang berkonsepkan harmoni,bercampur rap ini tampil dengan konsep yang agak berbeza berbanding kumpulan nasyid yang lain.

Sesuai dengan judul album,Kita Berbeza, Demascus cuba membawa imej anak muda zaman sekarang mengikut konsep mereka tersendiri.

Album Demascus ini diterbitkan oleh Demascus Production,dengan kerjasama Arteffects Sdn Bhd,syarikat milik komposer dan penyanyi Hafiz Hamidun serta diedarkan oleh Warner Music.

Menariknya tentang album ini, lagu-lagu di dalam album ini nyata memberi kesegaran kepada pendengar. Dalam muzik ada mesej tersirat.Itulah bahasa mudah untuk menggambarkan lagu-lagu yang terkandung di dalam Kita Berbeza.

Kita Berbeza menampilkan 5 buah lagu iaitu Kita Berbeza, Mengejar Sempurna (feat. Ikram Mirwana), Hadirmu, Masih Belum Berakhir dan Selamanya serta Hadirmu (versi piano).

Untuk review, boleh baca entry yang lepas. Tak rugi beli album ini.Dapatkan segera yang original sekarang.

sumber:studiokini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...