FOLLOWERS NASYID2U

Tuesday, October 30, 2012

Ustaz Kazim bersama UNIC Records dengan Tazkirah Muzikal


Siapa yang tidak kenal dengan Ustaz Kazim Elias? Sejak awal kemunculan beliau di laman Youtube telah berjaya menaikkan namanya dari seorang pendakwah dan penceramah bebas kepada seorang yang disegani.
UNICDOTMY Pro Sdn Bhd, baru-baru ini memperkenalkan nada dering pemanggil secara islamik hasil kerjasama dengan Ustaz Kazim sendiri dalam bentuk tazkirah muzikal terbaru.
Aduhai Kekanda, Pasangan Bahagia, Kalau Hati Sudah Suka merupakan antara penyampaian tazkirah muzikal yang bakal menampilkan vokal solo daripada Ustaz Kazim. Tazkirah muzikal ini lain dari yang lain kerana penyampaian secara santai dan bersahaja daripada beliau. Oleh itu nantikan sahaja kemunculan produk terbaru daripada UNICDOTMY Pro Sdn Bhd bersama penceramah dan pendakwah bebas ini di pasaran nanti.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai nada dering pemanggil (caller ringtone) tazkirah muzikal ini, sila hubungi  pejabat urusan UNICDOTMY Pro Sdn Bhd di talian +603-6186 4300 / +603-6177 4225 atau sila layari laman web di www.unic.my. -NK
 Sumber: FB UNICDOTMY,nasyidkini

ISLAMIC PERFORMANCE NIGHT (IPN) datang lagi!!


ISLAMIC PERFORMANCE NIGHT (IPN)  kembali lagi!  Program yang dianjurkan oleh Kelab Nasyid UIAM ini masih mengekalkan kerjasama dengan NasyidFM Media Network sebagai penyiar rasmi.
Butiran lanjut mengenai program ini adalah seperti berikut :
Tarikh : 18 November 2012 ( AHAD )
Tempat : Main Hall CAC, UIA Gombak.
Masa : 8.00 malam – 11.00 malam.
Bertemakan “LIGHT OF LIFE” , Islamic Performance Night yang memasuki tahun kedua penganjurannya merupakan sebuah program yang membawakan konsep hiburan mendidik jiwa. Program ini akan disertai oleh beberapa penghibur nasyid popular tanah air.
Antara yang akan turut membuat persembahan pada malam tersebut ialah Hijjaz, Saujana, UNiC, Mestica, Devotees dan Al-Fateh. Mereka akan menghiburkan para hadirin dengan menyampaikan lagu-lagu hit mereka.
Bagi yang berminat, tiket-tiket boleh didapati pada harga RM13 (pelajar) dan RM18 (selain pelajar). Untuk tempahan tiket , sila hubungi Suffian di talian 013 – 713 8643 dan Hanisah di talian 017 – 443 7280. Layari laman FACEBOOK IPN dan twitter @IPNiium untuk sebarang maklumat lanjut. – NK

sumber:nasyidkini

Monday, October 29, 2012

Khalish kumpulan nasyid terbaru


Khalish masih hijau lagi dalam industri nasyid, merupakan sebuah kumpulan yang terdiri dari 4 orang anak muda iaitu Ady Adzmin, Syarifuddin, Firdaus dan Arshad. Mereka semua masih lagi belajar di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Kuala Sungai Baru, Melaka. KHALISH bermaksud : Ikhlas,Suci,Murni dan Perjuangan.
Mereka masih baru lagi dalam industri ini serta aktif dalam membuat persembahan di Melaka dan diseluruh negara. Namun begitu, dalam kesibukan mereka belajar sepenuh masa, Khalish cuba untuk memberikan komitmen dalam menulis lagu sendiri sebelum melangkah masuk ke studio untuk merakamkan single pertama mereka tidak lama lagi.
Pengalaman mereka dalam mengadakan persembahan nasyid sepanjang tahun 2012 ini antaranya ialah di Seri Negeri Melaka pada 4 Mei 2012, Konsert 1 KUIM anjuran MPP KUIM di Auditorium Pujangga KUIM bersama Azwan Far East dan Hafiz Hamidun, forum bersama Prof. Ridhuan Tee Abdullah juga di Auditorium Pujangga KUIM, Malam Graduan KUIM pada 10 Julai 2012 di Hotel Renaissance Melaka berduet bersama Mawi dengan lagu HambaMu dan beberapa persembahan lain di KUIM.

Khalish bersama Mawi

Persembahan di Konsert 1 KUIM
Dibawah ini video persembahan Khalish semasa Malam Graduan Kuim baru-baru ini, telah dirakamkan oleh salah seorang penonton yang hadir pada majlis tersebut.
Diharap dengan kehadiran mereka ini dapat menyerikan lagi industri nasyid tanahair. Semoga mereka akan terus berjaya dalam menyampaikan dakwah kepada orang ramai melalui nyanyian. -NK
*Sumber: FB Khalish,nasyidkini

Sunday, October 21, 2012

Vast meriahkan industri nasyid


Nama VAST mungkin masih lagi asing ditelinga para penyokong industri nasyid tanahair. Untuk pengetahuan semua peminat nasyid, kumpulan VAST telah pun ditubuhkan pada pertengahan tahun 2011. Nama VAST bermaksud “luas” membawa konsep yang berdasarkan satu arus muzik baru dengan penampilan yang lebih ‘luas’ dan satu revolusi muzik yang baru yang tidak tertumpu hanya kepada satu genre sahaja. Kumpulan ini dianggotai oleh empat orang anak muda yang terdiri daripada saudara Aslam, Aufa, Fendy, dan Ikhwan. Saudara Aslam juga pernah memasuki Akademi Al-Quran musim yang ke-4.
Kumpulan VAST
Penubuhan kumpulan ini sebenarnya di atas idea saudara Megat Nur Shidiq. Beliau merupakan komposer dan merangkap sebagai pengurus VAST. Beliau cuba untuk mewujudkan sebuah kumpulan di bawah naungan beliau dan semua lagu-lagu adalah hasil ciptaan beliau sendiri. VAST mula diperkenalkan  pada 23 september 2012 dengan mengeluarkan single pertama yang bertajuk “Taubatku” adalah hasil ciptaan sepenuhnya oleh Megat Nur Shidiq. Lagu tersebut sudah mula dimainkan di corong-corong radio online seperti NasyidFM dan MBMFM.
VAST masih lagi dalam pembikinan album pertama dan bakal menembusi pasaran tidak lama lagi. Antara lagu-lagu yang akan dimuatkan didalam album berjudul Taubatku, CintaNya, Selawat, Zikir Cinta dan lain-lain lagi.  Konsep yang bakal dibawa oleh VAST adalah muzik pop kontemporari / R&B serta membawa lagu-lagu yang berkonsepkan unsur nasihat dan dakwah. Mari kita hayati lagu Taubatku yang merupakan single pertama dari VAST.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kumpulan ini sila layari Facebook mereka, VAST atau Vast Nasyeedtv. Semoga dengan kehadiran VAST akan memeriahkan lagi industri nasyid tanahair. -NK
*Sumber: FB VAST, blog Insyadmedia,nasyidkini

4 Album Nasyid Terbaru 2012


Penerbitan album-album nasyid atau ketuhanan ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.Boleh dikatakan tahun 2012 ini merupakan tahun paling banyak album nasyid dikeluarkan. Paling tidak pun, kalau tak album penuh, mungkin album single dan mini album yang keluar.

DESTINY BERSAMA RINDU

Kumpulan Destiny bukanlah kumpulan baru. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 2009 dan pernah muncul dengan album pertama mereka, Destiny. Ketika itu Destiny popular dengan lagu Hati Kata Rindu.

Setelah hampir 2 tahun menyepi diri, Destiny tampil dengan album kedua mereka, Bersama Rindu.Album ini menampilkan 13 buah lagu. Terdapat 5 buah lagu manakala yang lain adalah zikir, bacaan ayat al-Quran, sajak dan bacaan hadith. 5 buah lagu tersebut adalah Cinta Sepi Indah, Bersama Rindu, Kata Maaf, Tandus, Kelopak Sirna.

Album kedua Destiny ini melibatkan beberapa orang komposer seperti Yusof Destiny, Fitri Haris dan Epy Mespedo, manakala lagu dan gubahan muzik juga hasil dari idea Destiny sendiri.

Album ini diterbitkan oleh Wisdom Mind Resources dengan harga RM25.90. Dapatkan melalui FacebookDestiny.

LENTERA AGAMA DARI SEEDRAIN

Perkataan SeedRain diambil daripada Surah al-Waqiah ayat 28 yang bermaksud: "Berada di antara Pohon Bidara yang tidak berduri". Dalam Bahasa Malayu sidrin bermaksud “Pohon Bidara”. Perkataan ini di simbolikkan ke dalam Bahasa Inggeris (SeedRain) dengan maksud “benih yang dibawa oleh hujan”.

SeedRain dianggotai oleh empat orang anak muda. Anggota kumpulan ini telah bermula semenjak dibangku sekolah menengah lagi sekitar tahun 1990-an dengan nama Shoutul izzah dan pada tahun 2010, dengan rasminya SeedRain di tubuhkan. 

Merupakan album pertama kumpulan ini dan telah dijual ke seluruh Malaysia. Album ini diedarkan oleh Rabbani Production (M) Sdn. Bhd. dan SeedRain bernaung di bawah BC Amanah Resources. Lagu-lagu kumpulan ini ialah Mahabbah Rasulillah,Lantera Agama, Al-Quran & Terjemahan, Bonda, Anak Desa, Guruku, Zikir dan Cinta Na'illa. 

Untuk sebarang pertanyaan, jemputan dan sebagainya bolehlah hubungi Pengurus Seedrain iaitu Mohd Jamal Mat Naim di talian 019-967 6976 atau hubungi BC Amanah Resources 09-662 1792.

FIRAST CUBA NASIB



Kalau sebut nama Firast, mungkin ramai tak kenal. tapi kalau sebut Ustaz Manis pasti ada yang kenali. Sebelum ini Ustaz Manis lebih bergerak secara solo. Namun untuk kali ini, UstazManis tampil bersama kumpulannya, Firast menerusi album sulung mereka, Qudus Kasihmu.

Album ini diterbitkan oleh oleh Manis Edutainment dan diedarkan secara bersama melalui UNIC Records.

SOUTUL IMTIYAZ SYURGA MAHABBAH

Berasal dari SM Raja Dr. Nazrin Shah, Soutul Imtiyaz membuat percubaan pertama dengan tampil bersama album Syurga Mahabbah. Soutul Imtiyaz merupakan salah sebuah kumpulan nasyid yang terkenal di sekitar Perak dan sering kali menyertai pertandingan-pertandingan nasyid seperti Bintang Nasyid Mu'min 2012.

Album tersebut diterbitkan secara bersama Paradise Productions milik kumpulan Paradise. Album ini juga merupakan produk pertama dari Paradise Production.

Album Syurga Mahabbah menampilkan lagu-lagu seperti Al-Quran Panduan Insan,Akidah Kukuh Sahsiah Gemilang, CiptaanNya, Halawatul Iman, Syurga Mahabbah dan Inilah Fitrahnya feat Paradise. Harganya cuma RM16.90

Dapatkan album Soutul Imtiyaz dengan menghubungi 0132227263(Shafuan) atau 0136433259(Roslan).

Semua album ini boleh juga didapati melalui Kedai Nasyid Online.- STUDIOKINI

sumber:Studiokini

Sekitar Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM 19)




Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM 19) kembali sekali lagi untuk tahun 2012 bagi memberi penghargaan kepada karyawan muzik negara kita yang telah bertungkus lumus sepanjang tahun ini. 

Sebanyak 16 kategori dipertandingkan secara keseluruhan tetapi hanya beberapa kategori yang menjadi fokus kita. Sudah tentu kategori yang menjadi perhatian para pengkarya nasyid tanah air adalah kategori Lagu Nasyid Terbaik selepas ketiadaan kategori Album Nasyid Terbaik yang dimansuhkan mulai tahun lalu. 

Untuk AIM 19, kategori Lagu Nasyid Terbaik dikuasai oleh Hafiz Hamidun dengan 3 lagu gubahan beliau dicalonkan. Lagu-lagu tersebut adalah lagu bertajuk Allah (karya sepenuhnya oleh Hafiz), Asmaulhusna (nyanyian Mawi) dan GarisanMu (Izzat Mahadi, bekas anggota Mirwana). 2 lagi lagu dalam kategori ini adalah lagu Doa daripada Nora dan Erti Al Fatihah nyanyian Voices of Ummi. Lagu GarisanMu dan Doa sebelum ini pernah mendapat tempat dalam Carta Ikim.fm.

Hafiz Hamidun turut dicalonkan dalam kategori Rakaman Album Terbaik menerusi album hit beliau ‘Zikir Terapi Diri’. Kategori yang sama turut menyaksikan pencalonan Nora menerusi album terbaru beliau, Hikmah. Album Hikmah juga turut dicalonkan dalam kategori Album Terbaik bagi AIM 19. 

Sementara itu, kumpulan Firdaus yang baru sahaja menghasilkan album terbaru mereka berjudul ‘Saat Terindah’ turut menerima 2 pencalonan menerusi kategori Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu (lagu Saat Terindah) dan juga Video Muzik Terbaik (lagu Kerna-nya Aku Menolakmu). 

Pencalonan penuh untuk kategori yang melibatkan artis dan lagu nasyid/ketuhanan adalah seperti berikut: 

Lagu Nasyid Terbaik 
Asmaulhusna – Mawi 
Allah – Hafiz Hamidun 
GarisanMu – Izzat Mahadi 
Doa – Nora 
Erti Al Fatihah – Voices of Ummi 

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Lagu 
Saat Terindah – Firdaus 
Seperti Dulu – Forteen 
Kerana Kasihmu – GX4 
Main Jauh-jauh – Prince of Pop 
Sesaat Kau Datang – Sleeq feat. Ramlah Ram 

Album Terbaik 
Sang Enemy – Hujan 
Hikmah – Nora 
Take Off – Pesawat 
Salam Musik – Salam Musik 
Stay-C – Stacy 

Rakaman Album Terbaik 
Zikir Terapi Diri – Hafiz Hamidun/CL Toh 
Raja Pop 2 – Jamal Abdillah/Eddie Slam/ Greg Henderson/ Voodoo/Illegal 
Menggoda – Kat Hassan/ Edrie Hashim/Manusia Putih/Cat Farish 
Hikmah – Nora/Rahmad Ayob 
Perjalanan – Shanel/Azlan Abu Hassan/Lee Stephen/ Arief Renald 

Video Muzik Terbaik 
Kerana-nya Aku Menolakmu – Firdaus 
Bila Seharusnya – Goldfish and Blink feat. Noh Salleh 
Pelangi Senja – Stacy 
Terlalu Mencintaimu – Suki Liow 
Sparkle – Yuna 

AIM 19 akan dilangsungkan pada 17 November 2012 ini.
Senarai lengkap pencalonan bagi AIM kali ini boleh dilihat di sini.

CARTA IKIM.FM Musim Kelima - 21/10/2012 (Minggu 36)


CARTA IKIM.FM Musim Kelima - 21/10/2012 (Minggu 36) 

1. Di Suatu Masa – Mizie Kamis (-) (5)
2. Doa – Nora (+7) (9)
3. Saat Terindah – Firdaus (+3) (9)
4. Sentiasa BersamaMu – Menhajj (+4) (7)
5. Itu Ini Begitu Begini – Mirwana feat. Altimet (-) (35)
6. Kurnia – Nowseeheart (-2) (36)
7. Kunci Syurga – Muhibbain (-) (10)
8. Cahaya Seluruh Alam – AlMawlid (+2) (5)
9. Penerang Hati – Sixth Sense feat. Saujana (-7) (36)
10. Sahaja Aku Mencintai Mu – Du’a feat. Ustaz Amal (-7) (27)

Pencalonan Baru 
Kau Di Mana – Nowseeheart
Semakin Hari Semakin Sayang – Access
Pusaka – Mohram
Ujian Hidup – Imam Muda 1
Pejuang Agama – Imam Muda 2

Lagu Terkeluar 

Tetamu Minggu Ini: Seedrain

Carta Ikim.fm tidak akan disiarkan minggu depan bagi memberi peluang kepada program-program khas sempena Hari Raya Aidil Adha.

Tuesday, October 16, 2012

Habib Syech Malaysia Tour 2012


Habib Syech merupakan seorang pelantun Qasidah yang berasal dari Solo, Indonesia. Beliau dikenali di Malaysia dengan Qasidah Ya Hanana dan Sholatun, akan datang ke Malaysia pada 20-23 Oktober 2012 ini.
Habib Syech akan menyampaikan tazkirah dan qasidah di 3 lokasi utama iaitu:
20 Oktober 2012 (Sabtu) – Masjid Asy-Syakirin. KLCC
21 Oktober 2012 (Ahad) – Dataran MBMB, Melaka
22 Oktober 2012 (Isnin) – Dewan Besar UPSI, KSAS, Proton City, Tanjung Malim, Perak
Jemputlah datang beramai-ramai untuk memeriahkan lagi program tersebut.
Habib Syech Malaysia Tour 2012
  
Mari kita hayati alunan qasidah Ya Hanana daripada Habib Syech Asseggaf. -NK

sumber:nasyidkini

Monday, October 15, 2012

Album Terbaru Hijjaz Records::The Best Of Hijjaz Records Artiste


Hijjaz adalah satu nama besar yang tak perlu lagi diperkenalkan. Sejak 1997, mereka bukan sahaja bertanggungjawab merintis dunia nasyid kotemporari bersama Raihan Dan Rabbani, malah turut membuka jalan yang luas kepada lebih lima penasyid lain yang bernaung dibawah Hijjaz Records.
Walau industri muzik tanah air masih gawat dan suram, namun mereka tetap bersemangat berkarya, terutama dalam mengetengahkan bakat-bakat bau yang dilihat mampu memeriahkan lagi  industri tanah air.
Terbaru, mereka menerbitkan sebuah kompilasi khas, The Best Of Hijjaz Records Artiste’ yang menampilkan koleksi terbaik artis naungannya yang dibarisi oleh Hijjaz, Inteam, UNIC, Mestica, Ae-man, Suhaimi Saad, Diana Naim, Saujana, Azhan dan Amar.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak Hijjaz Records album yang mengandungi 17 lagu ini turut menampilkan dua buah lagu iaitu Selagi Ada Waktu (Hufaz) dan pendatang baru, Damia dengan lagu Duhai Hati yang diberi nafas baru.
“Jika diperhatikan, lagu-lagu yang  dihimpunkan dalam The Best of Hijjaz Records Artiste adalah merupakan lagu-lagu hits setiap artis nasyid yang ditampilkan dan HRSB mengambil kira kualiti dan susunan track demi track menjadikan album ini album kompilasi terbaik nasyid yang dihasilkan”Ujar jurucakap Hijjaz Records Sdn Bhd, Norfaezah Nasrudin.
Menurutnya lagi, seleksi lagu yang termuat didalam kompilasi ini bukanlah yang selalu diputarkan di radio, namun ia dipilih berdasarkan kekuatan yang ada pada lagu itu sendiri.
Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini adalah :

  1. Belaian Ibu – Hijjaz.
  2. Selagi Ada Waktu -Hufaz ( Artis Baru )
  3. Ku Milikmu – Azhan Atan
  4. Anak Soleh – Ae man
  5. Layar Keinsafan – Mestica
  6. Kembara – Saujana
  7. Langkah Tercipta – UNIC
  8. Zapin Zikir – Suhaimi Saad
  9. Bicara Kata – Inteam
  10. Sebuah Pertemuan – UNIC
  11. Kalimah Utama – Hijjaz
  12. Wajah Suci – Mestica
  13. Epilog Rindu – In-Team
  14. Amani – Amar
  15. Lukisan Hati – Diana Naim
  16. Kembara Ilmu – Suhaimi Saad
  17. Duhai Hati (versi baru) – Damia (Artis Baru)

Sesuai bagi peminat industri nasyid, dapatkanlah album ini di pasaran dengan harga
RM 25.90.

sumber: munsyeed.com

Sunday, October 14, 2012

HBN Edisi Kedua Kini Kembali!




Peluang untuk menyertai projek Himpunan Bakat Nasyid (HBN) Edisi Kedua kini dibuka. Setelah kejayaan penerbitan album HBN Edisi Pertama, Jaringan Masry Enterprise (JME) membuat keputusan untuk meneruskan lagi projek HBN bagi Edisi Kedua.

Album Himpunan Bakat Nasyid(HBN) adalah sebuah projek untuk menghimpunkan artis artis nasyid baru dan lama didalam satu album kompilasi yang mana setiap penyertaan hanya mengeluarkan modal yang sederhana untuk kos penerbitan,setelah kejayaan penerbitan Album Himpunan Bakat Nasyid Edisi Pertama 2012,kini kami kembali dengan pencarian bakat bakat nasyid dengan album HBN edisi kedua,terbitan JME (Jaringan Masry Enterprise) dan ICP Studio.

Projek HBN ini boleh dijadikan salah satu platform buat mereka yang berminat dalam nasyid untuk menonjolkan diri mereka dalam arena nasyid yang lebih besar.

Kepada yang berminat, hubungi pengurusan JME bagi menyatakan hasrat anda!. Layari blog rasmi HBNserta Facebook HBN untuk makluman lanjut.
sumber:Studiokini

CARTA IKIM.FM Musim Kelima - 14/10/2012 (Minggu 35)


CARTA IKIM.FM Musim Kelima - 14/10/2012 (Minggu 35) 

1. Di Suatu Masa – Mizie Kamis (+2) (4)
2. Penerang Hati – Sixth Sense feat. Saujana (-1) (35)
3. Sahaja Aku Mencintai Mu – Du’a feat. Ustaz Amal (+1) (26)
4. Kurnia – Nowseeheart (-2) (35)
5. Itu Ini Begitu Begini – Mirwana feat. Altimet (+4) (34)
6. Saat Terindah – Firdaus (+2) (8)
7. Kunci Syurga – Muhibbain (-) (9)
8. Sentiasa BersamaMu – Menhajj (-3) (6)
9. Doa – Nora (+1) (8)
10. Cahaya Seluruh Alam – AlMawlid (-4) (4)

Pencalonan Baru 
Kau Di Mana – Nowseeheart
Semakin Hari Semakin Sayang – Access
Pusaka – Mohram
Ujian Hidup – Imam Muda 1
Pejuang Agama – Imam Muda 2

Lagu Terkeluar 

Tetamu Minggu Ini: Fitri Haris

Album terbaru Destiny berjudul Rindu


Kumpulan nasyid Destiny,  yang ditubuhkan pada akhir tahun 2009 pernah popular dengan lagu Hati Kata Rindu. Mereka masih kekal terdiri daripada 4 orang ahli iaitu Rizal, Yusof, Saufie dan Rozi. Kini mereka telah muncul kembali dengan album kedua yang berjudul Bersama Rindu.

Album Destiny Bersama Rindu
Album ini menampilkan 13 buah  lagu.  Terdapat 5 buah lagu manakala yang lain adalah bacaan hadis, sajak, zikir munajat, bacaan ayat al-Quran dan alunan azan. 5 buah lagu tersebut adalah; 1. Cinta Sepi Indah, 2. Bersama Rindu, 3. Kata Maaf, 4. Tandus, 5. Kelopak Sirna. Istimewanya lagu Kelopak Sirna ini adalah hasil ciptaan saudara Yusof Destiny sendiri. Selain itu, komposer yang terlibat dalam pembikinan album kedua Destiny ialah Fitri Haris dan Epy Mespedo, manakala lagu dan gubahan muzik juga hasil dari idea Destiny sendiri.
Untuk pengetahuan para peminat Destiny, album ini mula diedarkan pada penghujung September lalu ke seluruh Malaysia oleh Syarikat Wsdom Mind. Sesiapa yang ingin mendapatkan album kedua Destiny bolehlah mendapatkannya secara online, dengan menghantarkan maklumat nama, nombor telefon serta alamat ke inbox Destiny Nasyeed di Facebook.
Dibawah ini adalah sebuah video klip sulung Destiny yang berjudul Arah, yang menggunakan konsep drama dalam lagu. Lagu ini keseluruhannya adalah ciptaan Bazli UNIC. Selamat menonton! :-) -NK

sumber: nasyidkini

Album terbaru Nazrey Johani


Pada suatu ketika dahulu Nazrey Johani yang terkenal bersama kumpulan Raihan dengan lagu Puji-Pujian, muncul sebagai artis solo. Beliau kini muncul semula bersama album koleksi lagu-lagu terbaik sepanjang penampilannya secara solo di industri nasyid.

Nazrey Johani-Ultimate Collection Himpunan 31 Lagu Terbaik
Album yang telah diterbitkan oleh Inteam Records dan edaran bersama Warner Music ini berjudul Nazrey Johani-Ultimate Collection Himpunan 31 Lagu Terbaik ini mengandungi 31 buah lagu  beliau. Apa yang menarik tentang album ini, ia dijual dengan harga cuma RM25.90 dan peminat dapat memiliki 2 CD sekaligus. Kini telah pun dipasaran atau boleh juga dibeli secara online di Inteam Mobile.
Senarai lagu-lagu dalam album:
CD 1
1. I’tiraf
2. Secerah Pawana
3. Suara Hidayah (feat Akhil Hayy)
4. Wahai Kaum Muslimin
5. Dekat Dihatiku
6. Permata Hati
7. Mengemis Kasih (feat FarEast)
8. Dia Yang Satu
9. Kehidupan (feat Inteam)
10. Nikmat Ujian
11. Kekasih Yang Dirindu
12. Antara Dua Cinta
13. Kenali Nabi Cintai Nabi
14. Salam
15. Suara Kebenaran (feat Salleh Brotherz)
16. Harapan padaMu Subur Kembali
CD 2
1. Isteri Solehah (feat Azahari Nowseeheart)
2. Yang Dicari
3. Nasihat Buat Adik
4. Perantau (feat Far East, Salleh, Azahari & Naim)
5. Kenangan Indah
6. Kawan
7. Nur tasbihat (feat Dakmie)
8. Ya Nabi
9. Wahai Kekasih
10. Asmaul Husna
11. Salamun Salam (feat Inteam, Far East & Akhil Hayy)
12. Kasih Mesra
13. Selawat Kepada Rasul
14. Air Mata Keinsafan (feat Salleh Brotherz)
15. Tak Seindah Sentuhan Mata

Sumber:Nasyidkini

Kelas Perkusi bersama Rabbani



Ramai anak muda kini meminati seni muzik berasaskan perkusi. Malah, alat perkusi juga menjadi tunjang pada irama nasyid.
Atas sebab tersebut, Rabbani Production mengambil inisiatif dengan mengadakan Kelas Perkusi bersama Rabbani.
Kelas yang diadakan sebanyak lapan sesi itu bakal bermula 3 November hingga 29 Disember 2012 bakal memberi pendedahan kepada asas-asas dan teknik hand percussion secara moden dan tradisi. Para peserta juga akan diberi pendedahan tentan gpattern pattern perkusi daripada Timur Tengah, Afrika, Amerika Latin dan Malaysia.
Selain itu, kelas ini juga akan memberi tunjuk ajar tentang cara penyusunan muzik menggunakan alat perkusi dan juga diberi peluang mencipta susunan muzik menggungakan kreativiti sendiri.
Menurut penganjur, kelas ini telah bermula sejak tahun 2008 lagi dengan penglibatan lebih 50 orang peserta. Atas permintaan, kelas ini juga mengambil pelajar seawal usia 4 tahun.
Kelas akan diadakan bertempat di pejabat Rabbani Productions,  No 19, Jalan 11-62A, Bandar Menjalara, 52200 Kepong, Kuala Lumpur pada jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Pendaftaran telah dibuka sekarang hubungi di talian 03-6272 1225 atau berhubung dengan Encik Nazrul di talian 019-3380010 atau Encik Aswad di talian 019-6161692.

sumber:munsyeed.com

Tuesday, October 9, 2012

Nasyid2uTV : Anugerah Nasyeed.Com 2012

Membudayakan Qasidah dalam Masyarakat



Salah satu seni hiburan Islam yang ada adalah qasidah. Pada mulanya penulis menganggap qasidah dan nasyid adalah dua benda yang sama tetapi berlainan nama namun setelah menghayati bait-bait beberapa qasidah dengan maknanya, nyata qasidah dan nasyid jauh berbeza.

Mendengar qasidah tidak sama seperti nasyid. Adakala kita dengar nasyid tapi hati tetap tak ingat pada Allah dan Rasulullah. Malah ada yang dengar nasyid tapi lalai ketika mendengarnya. Berbeza dengan qasidah, permulaannya dimulakan dengan selawat sudah pasti akan mengingatkan kita bahawa qasidah adalah satu seni yang indah berbanding nasyid.

Apa Itu Qasidah?

Qasidah merupakan puisi atau puji-pujian terhadap Allah mahupun Habibuna Rasulullah S.A.W. Qasidah adalah satu cara para ahli sufi meluahkan rasa rindu dan kagum mereka kepada Allah, RasulNya, Para Sahabat Nabi, Wali-wali Allah dan guru-guru mereka yang Mursyid.

Ramai penulis Arab berpendapat bahawa orang pertama yang mencipta qasidah ialah penyair Arab al- Muhalhal bin Rabiah al- Tuglabi yang hidup beberapa tahun sebelum Nabi Muhammad SAW lahir. Qasidah kemudian mengalami perkembangan ketika para penyair pra- Islam terkenal seperti Umru al-Qais, Alqamah dan Ubaid menulis syair-syair qasidah dan membacakannya di depan Kaabah. Bahkan ada beberapa qasidah yang ditulis oleh Umru al- Qais yang menjadi sebahagian daripada syair yang digantung di dinding Kaabah.

Setelah kedatangan Islam, seni qasidah terus hidup dengan penukaran kepada qasidah yang menyeru kepada kecintaan terhadap Allah dan Rasulullah.

Qasidah mencapai kemuncaknya pada zaman Abbasiyah. Para penyair Islam seperti al- Mutanabbi, tidak hanya mencipta syair qasidah, tetapi juga mengembangkan ilmu yang menjadi kaedah penulisannya, iaitu 'ilm 'arud. Pada zaman Mamluk, qasidah mendapat perhatian bersungguh- sungguh. Al-Busyiri, seorang penyair, mengarang himpunan qasidah yang dikenali dengan qasidah Burdah. Qasidah ini memuatkan pujian kepada Nabi Muhammad SAW. Penulisan syair lagu Qasidah berzanji yang kini popular di kalangan masyarakat di Indonesia dan Malaysia, banyak dipengaruhi oleh buku karangan al-Busyiri.

Membudayakan Qasidah

Membudayakan qasidah pada hakikatnya tidak rugi. Perkembangan qasidah di Malaysia sejak akhir ini merupakan satu perkembangan yang cukup baik. Malah perkembangan ini diharap bukanlah sebagai satu fenomena semata-mata tetapi dibudayakan dalam masyarakat Islam.

Kecintaan terhadap Allah dan Rasul melalui qasidah nyata lebih berkesan berbanding nasyid. Membudayakan qasidah secara tidak langsung mampu dilihat sebagai satu pendekatan paling baik dalam menangani gejala sosial. Bagaimana nak membudayakannya? Tanyalah diri kita kembali.

Jika tidak dibudayakan di jabatan-jabatan kerajaan, sekolah, swasta atau institut pengajian tinggi, budayakanlah dalam rumah kita. Tak susah nak budayakannya sekarang. Search saja qasidah-qasidah dalam internet atau beli CD-CD qasidah dan hadiri majlis cinta Rasulullah. Usaha insyaAllah akan jumpa.

Akhir kalam,renungi hadis di bawah:

“Diriwayatkan dari Abu Jum’ah RA yang berkata “Suatu saat kami pernah makan siang bersama Rasulullah SAW dan ketika itu ada Abu Ubaidah bin Jarrah RA yang berkata “Wahai Rasulullah SAW adakah ada orang yang lebih baik dari kami? Kami memeluk Islam dan berjihad bersama Engkau. Baginda SAW menjawab “Ya, ada yaitu kaum yang akan datang setelah kalian, yang beriman kepadaKu padahal mereka tidak melihat Aku”. (Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnad Ahmad juz 4 hal 106 hadis no 17017 tahqiq Syaikh Syu’aib Al Arnauth dimana beliau berkata حديث صحيح hadis ini shahih).

*disusun oleh: Admin Studiokini

Sumber: Studiokini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...