FOLLOWERS NASYID2U

Monday, October 8, 2012

Konsert Zikir Terapi HH



Mungkin konsert berteraskan alunan zikir berskala besar (secara solo pula tu!) bukan satu kebiasaan di Malaysia. Kalau ada pun, mungkin berat juga. Namun  bukan buat Hafiz Hamidun…
Selepas kejayaan album Zikir Terapi yang dinobatkan sebagai album terlaris di Malaysia tahun 2012 dengan jumlah jualan lebih 60,000 unit, beliau memberanikan diri dengan tampil dengan konsert solonya, Konsert Zikir Terapi Diri yang bakal diadakan pada 14 November 2012 bersamaan 1 Muharam 1434H.
Konsert yang bakal berlangsung di Dewan Perdana Felda Jalan Semarak ini bakal menyaksikan Hafiz membawa satu dimensi yang lain daripada konsert-konsert sebelumnya. Malah, pengacara program Halaqah Sentuhan Qalbu, Haji Ahmad Noor Sulaiman akan membuat penampilannya sebagai narrator konsert tersebut.
Menurut Hafiz, beliau amat berterima kasih atas sokongan yang diterima daripada para peminatnya, sehingga album tersebut mencapai kejayaan yang sangat luar biasa.
“InsyaAllah, saya berjanji Konsert Zikir Terapi Diri ini akan menjanjikan satu pengalaman yang sangat berbeza daripada show-show saya yang lain”Ujar beliau melalui laman Facebooknya.
Tiket berharga RM50, RM 75, RM 100 dan RM 125 akan mula dijual pada Isnin ini, 8 Oktober 2012 dan boleh didapati secara online di www.airasiaredtix.com, atau dipintu masuk. Maklumat lanjut, hubungi 012-2257297 atau 03-7727 1297
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...