FOLLOWERS NASYID2U

Tuesday, April 24, 2012

Travelog Nasyid Bahagian 1.

ENGENALAN AWAL

Inteam (formerly known as In-Team) ditemubual selepas Konsert Satu Nada di Jakarta, Indonesia.

Masih ingat di kala nasyid meletup suatu masa dulu? Pada tahun 2003, 2004? Wah, sang penasyid tidak menang tangan menguruskan perihal urusan seharian mereka. Bermulalah dari rekord lagu di studio, promosi album, jemputan persembahan, memenangi anugerah hinggalah menjadi tetamu di sana sini.

Panggilan telefon sentiasa tidak putus. Jika bukan kerana jemputan persembahan, barangkali peminat yang mahu bersembang mesra dengan penasyid. Malah, ada penasyid yang terpaksa merahsiakn nombor telefonnya daripada diketahui umum. Alasannya satu: privasi. Tidak mahu diganggu setiap masa lantaran kesibukan di arena nasyid.

Peminat-peminat sentiasa berpusu-pusu apabila terdengar kehadiran artis nasyid membuat persembahan. Umpama yang hadir itu insan yang sangat istimewa, malah apabila terjumpa sekumpulan manusia yang memakai kopiah ‘sebuah kumpulan nasyid’ dirasakan cukup teruja, menyangka ‘artis nasyid kah itu?’

Dimensi baru nasyid semakin tersebar luas apabila menguasai media cyber. Antara artis yang terawal mempelopori dunia cyber adalah artis nasyid. Wujudnya laman web artis nasyid meningkatkan lagi pengaruh dan penguasaan artis nasyid di pentas hiburan tempatan.

Apakah yang menjadi penyebab nasyid hari ini menjadi semakin layu dan suram? Dan mengapa pada hujung 90-an dan awal tahun 2000 itu nasyid meletup di sana sini?

Teori mudah akan mengatakan: Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap yang di atas pasti akan ke bawah.

Ya, itu lumrah. Bukan sahaja nasyid, malah genre muzik yang lain juga begitu. Dahulu ada musim dangdut. Riuh sana sini perihal dangdut. Tidak kurang semasa zaman kegemilangan rock. Sangat gemilang! Apa yang melanda nasyid kini lebih kurang sahaja dengan rock yang pernah gemilang satu masa dulu dan kemudiannya merudum.

SEJARAH AWAL

Raihan di awal kemunculan mereka.

Kita lihat semula kondisi nasyid. Nasyid dilihat mula bertapak kuat dan memikat pasaran hiburan tempatan dengan terbubarnya Nada Murni dan munculnya album pasaran terbuka nasyid yang dimulakan Raihan. Pada waktu itu, tidak silap saya berada di Tingkatan 2. Pada waktu itu, zaman CD masih belum popular. Kaset mendominasi. Kereta-kereta yang ada pada waktu itu belum banyak yang mempunyai CD Player. Malah di rumah pun yang ada hanya pemain kaset.

Jasa ‘kaset’ ini sebenarnya sangat besar bagi membantu mengembang luaskan pasaran nasyid. Nasyid yang boleh dikatakan sangat digemari di kalangan pelajar sekolah dan IPT berlumba-lumba membeli kaset nasyid Raihan itu untuk di dengar menggunakan walk man di tempat pengajian mereka. Nasyid menjadi fenomena.

Kumpulan Raihan yang muncul dengan album sulung ‘Puji-Pujian’ itu mendapat sentuhan ‘ajaib’ Farihin Abdul Fatah melalui Zamrud Records yang sebelum ini turut menurunkan jasa besar terhadap pembangunan kumpulan-kumpulan nasyid Arqam khususnya Nadamurni.

Tidak cukup dengan Raihan, bekas-bekas ahli arqam ini menubuhkan pelbagai kumpulan nasyid lain seperti Hijjaz dan Rabbani. Saya ada mendengar cerita bahawa asalnya, Ust Asri Ibrahim (NadaMurni/Rabbani) tidak mahu berpecah dan mahu meneruskan delegasi NadaMurni itu ke arah album komersial. Ini kerana nama NadaMurni itu sendiri sudah dikenali di peringkat pasaran tradisional. Apabila diteruskan apa yang sedia ada, ianya lebih memudahkan.

Ova Production. Foto ihsan: Syukbah.blogspot.com

Ova Production. Foto ihsan: Syukbah.blogspot.com

Mungkin tidak mahu ada kaitan lagi dengan Arqam, atau kemungkinan ada campur tangan pihak tertentu, maka Nada Murni pun berpecah. Waharp Yusof antara orang kuat OVA Production dan Nada Murni menubuhkan Telaga Biru dan kemudiannya menerbitkan album sulung Hijjaz bersama vokalis kedua Nadamurni, Munif Ahmad.

Ust Sohibul Fadhil atau B.Nury yang serasi bersama NadaMurni kemudiannya menaik taraf syarikat OVA Produstion menjadi Permata Audio bagi menerbitkan album sulung Rabbani bersama vokalis utama NadaMurni Asri Ibrahim.

Itu antara kisah-kisah awal yang saya tahu berkaitan penubuhan awal kumpulan-kumpulan nasyid yang menjadi ‘turning point’ terhadap sebuah fenomena nasyid yang mereka sendiri tidak jangkakan akan mendapat sambutan yang hangat dan hebat daripada masyarakat.

Hijjaz dan Komuniti Sahabat Hijjaz. Foto ihsan: Muhammad Qayyum.

Sejarah awal penubuhan nasyid secara pasaran terbuka ini dilihat sangat membanggakan. Malah, kehadiran mereka di pasaran hiburan tanahair di sambut dengan penuh penghormatan oleh penggiat seni tanahair sedia ada. Syarikat-syarikat rakaman besar seolah-olah mendapat ‘artis harapan baru’ yang mendatangkan keuntungan besar kepada mereka.

Syarikat-syarikat seperti Warner Music, EMI yang mengedarkan album nasyid ini mendapat pulangan yang lumayan. Penasyid-penasyid ini menjadi popular sekelip mata apabila liputan dan hebahan berkaitan kehadiran mereka mendapat perhatian banyak media. Penasyid-penasyid ini sekelip mata bergelar ‘artis’. Hinggakan gelaran ‘artis nasyid’ itu melekat sebutannya sehinggalah zaman sekarang.

Akan bersambung…

sumber-Munsyeed{Dot}Com

Ditulis oleh pada Apr 24, 2012


Foto Dato Siti Nurhaliza & Sami Yusuf Sedang Recording

Sami Yusuf dan Dato Siti Nurhaliza dalam sesi rakaman lagu duet mereka.

.

Sami Yusuf dan Dato Siti Nurhaliza.

.

Sami Yusuf dan Yasin Sulaiman.

.

SamiYusuf berbincang dengan Dato Siti Nurhaliza.

Sumber gambar: Twitter Sami Yusuf dan Offshore Entertainment Production Ptd Ltd.

sumber-Munsyeed{Dot}Com

Sami Yusuf Akan Berduet Dengan Dato’ Siti Nurhaliza

Dato Siti Nurhaliza

Artis antarabangsa, Sami Yusuf akan merakamkan sebuah lagu bersama Penghibur No 1 Asia Tenggara, Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin. Lagu yang bakal dimuatkan dalam album terbaru beliau ini merupakan kolaborasi pertama Sami Yusuf dengan artis Asia.

Pihak Munsyeed difahamkan, Sami Yusuf dan Dato Siti Nurhaliza bakal merakamkan lagu ciptaan Sami Yusuf sendiri dalam 2 versi, versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Melayu. Lagu tersebut juga dikatakan bakal mendapat sentuhan bunyi Melayu.

Sami Yusuf. Gambar ihsan: Mstar Online.

Mengulas mengenai projek duet antara beliau dan Dato Siti Nurhaliza, Sami Yusuf menyifatkan Dato Siti Nurhaliza sebagai artis yang begitu dinamik, hebat dan disayangi ramai peminat.

“Saya akan menyanyikan sebuah lagu duet bersama (Dato’) Siti Nurhaliza. Saya begitu teruja untuk merakamkannya. Beliau seorang yang hebat, dinamik, sangat disayangi dan dihormati disini.” ujar Sami Yusuf.

Pihak kami turut dimaklumkan, Dato Siti Nurhaliza akan membuat penampilan istimewa dalam Konsert Salaam yang akan berlangsung di Singapura dan Malaysia Julai nanti.

Kepada para peminat Sami Yusuf dan Dato Siti Nurhaliza, nantikan lagu duet istimewa artis kesayangan anda!

sumber-Munsyeed{Dot}Com

CARTA IKIM.FM Musim Kelima - 22/04/2012 (Minggu 15)


CARTA IKIM.FM Musim Kelima - 22/04/2012 (Minggu 15)

1. Penerang Hati – Sixth Sense feat. Saujana (+2) (15)
2. Itu Ini Begitu Begini – Mirwana feat. Altimet (+3) (14)
3. Kurnia – Nowseeheart (-1) (15)
4. Sahaja Aku Mencintai Mu – Du’a feat. Ustaz Amal (-3) (6)
5. Aku Percaya – Aidil feat. Bob Yusuf (+1) (11)
6. Hingga Ke Akhirnya – Varianz feat. Izzat Mahadi (-2) (15)
7. Rindu – Nur One feat. Hafiz Hamidun (+1) (7)
8. Wahyu – Anuar Ariffin (lagu baru) (1)*
9. Cabaran Hidup – Akhdan (-) (4)
10. Shalat Dulu – Iwan Syahman (-) (11)

Pencalonan Baru
Mencari Jalan Pulang – Renggo Arrow
Seruan – Al-Farabi Band
Sesungguhnya – Juril Jumali
Ya Rabbi – Seveneightsix feat. In Heart & Irwan of Ruffedge
GarisanMu – Izzat Mahadi*

Lagu Terkeluar
7. Mengejar Sempurna – Demascus feat. Ikram Mirwana (13 minggu)

Tetamu Minggu Ini: Akhdan

Keputusan Penuh Anugerah Nasyeed.Com 2012

Anugerah Nasyeed.Com

LIVE. Keputusan akan dikemaskini sebaik diumumkan oleh penyampai anugerah.

Berikut adalah keputusan penuh Anugerah Nasyeed.Com 2012:

Kategori: Nasyeed Cinta
Saat Lafaz Sakinah – Far East

Kategori: Nasyeed Amar
Berjalan Tanpa Henti – Devotees

Kategori: Nasyeed Munajat
Menanti Di Barzakh – Far East

Kategori: Nasyeed Perjuangan
Bebas Palestin – Rabbani, Inteam, Saujana & Nowseeheart

Kategori: Nasyeed Sirah
Sumayyah – Hijjaz

Kategori: Nasyeed Selawat
Binnabil Huda – UNIC

Untuk kategori Nasyeed Cinta, Nasyeed Amar, Nasyeed Munajat, Nasyeed Perjuangan dan Nasyeed Selawat, pihak Sekretariat Anugerah Nasyeed.Com telah berbesar hati memberi peluang kepada para peminat untuk mengundi lagu dan artis pilihan mereka mulai 9 Mac 2012 hingga 8 April 2012.

Bagi kategori Lagu Terbaik, Susunan Muzik Terbaik, Vokal Terbaik, Lirik Terbaik, Video Klip Terbaik dan Anugerah Khas Khalifah Nasyeed, penilaian akan dibuat dan diadili oleh juri-juri professional yang berpengalaman luas dalam industri muzik tanahair.

Kategori: Lagu Terbaik
Dia Muhammad – Inteam (Komposer, Lirik & Penerbit: Frizdan)

Kategori: Susunan Muzik Terbaik
Dia Muhammad – Inteam. Penggubah: Along Exist.

Kategori: Vokal Terbaik
Inikah Petanda – Rabbani & Mawi.

Kategori: Lirik Terbaik
Menanti Di Barzakh – Far East. (Ito Lara)

Kategori: Video Klip Terbaik
Pedoman – Nora feat Voice of Ummi.

Anugerah Khas: Khalifah Nasyeed
Ustaz Sohibul Fadhil Sabikin. Pengasas Nadamurni, Mentor Rabbani.

Anugerah Juara Carta Nasyeed.Com
Bebas Palestin – Rabbani, Inteam, Saujana & Nowseeheart.

Setinggi-tinggi tahniah buat semua pemenang atas kejayaan yang diraih.

Juga jutaan tahniah buat Nasyeed.Com Edutainment Sdn Bhd atas kejayaan penganjuran Anugerah Nasyeed.Com yang cukup berprestij dan gilang gemilang ini.

-Munsyeed{Dot}Com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...