FOLLOWERS NASYID2U

Tuesday, April 24, 2012

Sami Yusuf Akan Berduet Dengan Dato’ Siti Nurhaliza

Dato Siti Nurhaliza

Artis antarabangsa, Sami Yusuf akan merakamkan sebuah lagu bersama Penghibur No 1 Asia Tenggara, Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin. Lagu yang bakal dimuatkan dalam album terbaru beliau ini merupakan kolaborasi pertama Sami Yusuf dengan artis Asia.

Pihak Munsyeed difahamkan, Sami Yusuf dan Dato Siti Nurhaliza bakal merakamkan lagu ciptaan Sami Yusuf sendiri dalam 2 versi, versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Melayu. Lagu tersebut juga dikatakan bakal mendapat sentuhan bunyi Melayu.

Sami Yusuf. Gambar ihsan: Mstar Online.

Mengulas mengenai projek duet antara beliau dan Dato Siti Nurhaliza, Sami Yusuf menyifatkan Dato Siti Nurhaliza sebagai artis yang begitu dinamik, hebat dan disayangi ramai peminat.

“Saya akan menyanyikan sebuah lagu duet bersama (Dato’) Siti Nurhaliza. Saya begitu teruja untuk merakamkannya. Beliau seorang yang hebat, dinamik, sangat disayangi dan dihormati disini.” ujar Sami Yusuf.

Pihak kami turut dimaklumkan, Dato Siti Nurhaliza akan membuat penampilan istimewa dalam Konsert Salaam yang akan berlangsung di Singapura dan Malaysia Julai nanti.

Kepada para peminat Sami Yusuf dan Dato Siti Nurhaliza, nantikan lagu duet istimewa artis kesayangan anda!

sumber-Munsyeed{Dot}Com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...