FOLLOWERS NASYID2U

Tuesday, June 28, 2011

Promo Al-Falah SMK Seri Bentong

Promo Al-Falah,Dengarkan klip video terbaru(SELAWAT) dari kumpulan nasyid Al-Falah SMK Seri bentong secara eklusif di nasyid2u.


Kepada yang berminat untuk mendapatkan album ini,hubungi
Puan Zalina di talian 013-9952954



NasyidFM Lancar Portal Nasyidkini

NasyidFM Media Network, syarikat yang menguruskan Radio Online Nasyid Pertama Malaysia, NasyidFM, terus mengorak langkah kehadapan dalam bidang media apabila melancarkan portal hiburan Nasyidkini.

Portal yang dilancarkan pada 1 Jun 2011 ini telah mendapat respon yang cukup positif daripada para pengunjung. Menurut NasyidFM Media Network, Nasyidkini ditubuhkan bagi menyebarkan dan memperluaskan maklumat tentang method dakwah yang digunakan oleh penggiat nasyid dalam menyebarkan agama Islam yang syumul.

Dengan menggunakan domain www.nasyidkini.com.my, Nasyidkini dilihat bakal mencipta momentumnya sendiri dalam industri nasyid tanahair.

Nasyidkini menzahirkan hasrat untuk menjadi medium terbaik para peminat untuk mengetahui perkembangan terkini industri nasyid tanahair khususnya dan nasyid antarabangsa amnya.

Membariskan editor-editor yang cukup berwibawa, Nasyidkini berharap agar dapat meluaskan empayar dakwah dalam bentuk hiburan dan membantu para penggiat nasyid dalam membuat hebahan kepada orang ramai mengenai perkembangan industri nasyid ke peringkat global. -MUNSYEED.COM

p/s: Alhamdulillah, selepas kemunculan pertama Portal Fenomena Nasyid, industri nasyid Malaysia terus dihiasi dengan kewujudan portal-portal hiburan Islami yang unggul seperti Portal Studiokini, Portal Nasyid2U, Nasyid Cafe dan yang terbaru Nasyidkini. Semoga industri nasyid semakin berkembang dan maju kehadapan. Allahu akbar!

sumber:

munsyeed.com

Tindakan ABPBH Undang Reaksi Penasyid::Munsyeed.com

Ura-ura kononnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian (APBH) mahu menggugurkan kategori Artis Nasyid Popular mula mendapat reaksi negatif. Baik di kalangan penasyid mahupun peminat, masing-masing mengeluarkan reaksi yang bercampur-baur dalam isu tersebut

Dalam status Facebook yang dikeluarkan ABPBH2011 semalam, pihak mereka meminta pendapat para pembaca berkenaan tentang ketegori Penyanyi/Kumpulan Nasyid Popular digugurkan. Penyanyi nasyid disenaraikan dalam kategori Penyanyi Lelaki atau Penyanyi Wanita Popular, manakala kumpulan Nasyid pula dalam kategori Kumpulan/Artis Duo Popular.


Bagi Muhammad Hazamin Harun dari kumpulan Inteam, beliau tidak bersetuju dengan cadangan yang diutarakan kerana nasyid juga sebahagian dari industri hiburan dan selebriti tanahair dan tidak sepatutnya dipinggirkan.

“Nasyid juga masih sangat aktif sekiranya dilihat kepada aktiviti dan jemputan persembahan artis-artis nasyid utama seperti Raihan, Rabbani dan Hijjaz. Nasyid juga mempunyai kelompok peminat tersendiri yang sangat besar dan spesifik yang pastinya juga merupakan pembaca akhbar dan media penganjur.

Menurut pengasas radio NasyidFM, Mohd Firdaus Zamri pula, beliau turut tidak bersetuju dengan perkara tersebut dan mengatakan bahawa ABP harus jelaskan dengan lebih lanjut lagi, alasan yg kukuh mengapa perlu dihapuskan kategori tersebut. Menurutnya lagi, dengan adanya kategori nasyid di ABP sekurang-kurangnyanya Nasyid di Malaysia tidak dilihat sepi dan lenyap.

“Lagipun sekarang ni kalau kita lihat ramai artis mainstream yang dah mula beralih arah kepada lagu-lagu nasyid dan ketuhanan, jadi mengapa perlu dihapuskan? Walaupun industri nasyid ini nampak kecil, tetapi tak bermaksud ia harus di ketepikan, kerana banyak sumbangannya terhadap industri hiburan tanah air dan juga negara kita.”

Sungguhpun begitu, penyanyi Hafiz Hamidun pula bernada sebaliknya. Menurut beliau, tiada apa yang perlu diambil kisah dalam isu ini. Bagi beliau, ada atau tiada kategori tersebut bukan satu masalah kerana bernasyid ini bukan mahu mengejar populariti. Malah beliau sendiri sudah dua tahun tidak dicalonkan sebagai artis nasyid, tetapi dicalonkan pada ketegori penyanyi.

“Tidak dinafikan bahawa Populariti penting untuk kerja dakwah. Tapi kita dakwah bukan untuk popular. Jadi, sebenarnya, mereka mahu menaikan penasyid ini sama kategori dengan penyanyi yang lain, sebab sebelum ini kategori nasyid dah diletakkan sebagai genre nasyid. Sedangkan penyanyi rock, rap dan hip-hop semuanya dalam kategori penyanyi, tiada genre yang khusus”

“Sebenarnya itu cabaran untuk penasyid, diterima baik dalam mainstream. Tidak mustahil sebenarnya. Kalau ada Maher Zain dari Malaysia, Mungkin Maher Zain juga boleh menang kategori tu. Pokoknya hal ini seharusnya tidak diperbesarkan.”Ujar Hafiz Hamidun

Bagi Ketua Pegawai Esksekutif Nasyeed.Com, Zuwairy Che Ramly pula menurut beliau, isu itu adalah hak mutlak penganjur anugerah tersebut. Beliau memberitahu bahawa Nasyeed.Com kini sedang berusaha untuk menganjurkan satu anugerah khas untuk nasyid itu sendiri.

sumber:

munsyeed.com

Sunday, June 26, 2011

AlFalah Dari SMK Seri Bentong

Kewujudan kumpulan nasyid adalah lumrah bagi mana-mana sekolah menengah,atau institusi pengajian tinggi. Ada yang wujud semata-mata untuk menyertai pertandingan,ada yang kerana minat yang mendalam.

Tidak hairan jika kumpulan nasyid peringkat IPT menerbitkan album kerana mereka boleh dianggap mencapai usia mampu berdikari.Jarang sekali kita mendengar kumpulan nasyid peringkat sekolah menerbitkan album.

Namun tidak bagi SMK Seri Bentong. Kumpulan nasyid mereka bukan sahaja wujud tetapi mengambil langkah menerbitkan album sendiri.

Al-Falah,mungkin jarang kita dengar. Mereka merupakan pelajar-pelajar SMK Seri Bentong. Kumpulan ini mengorak langkah menerbitkan album mereka,Salam Rindu.

Album ini memuatkan 7 tracklist iaitu Salam Rindu, Peranan Manusia, Sajak Kenangi Jasa, Terima Kasih Ibu & Ayah, Sketsa Hikmah Basmalah, Kasih Sayang dan Ukhwah Sejati.


Menariknya, album ini diterbitkan serta diedarkan oleh Persatuan Usahawan Muda sekolah terbabit denga kerjasama Studio Ikhwan.

Album ini boleh dianggap sebagai satu permulaan buat al-Falah untuk memperbaiki serta memantapkan kualiti persembahan mereka. Track terbaik dalam album ini ialah Salam Rindu.

Kepada yang berminat untuk mendapatkan album ini,hubungi Puan Zalina di talian 013-9952954

sumber:
studiokini

Saturday, June 25, 2011

CARTA NASYID IKIM.FM 26/06/2011 (Minggu 118)


CARTA NASYID IKIM.FM 26/06/2011 (Minggu 118)

1. Kau Terhebat – Nur One (-) (6)
2. Keinsafan Diri – Fursan (-) (15)
3. Kembali Pada Mu – Mirwana (-) (4)
4. Mistik Cinta – Iris Duo feat. Ikram Mirwana (+1) (10)
5. Berjalan Tanpa Henti – Devotees (lagu baru) (1)*
6. Menjejak Bahagia – Ustaz Mohd Erfino Johari (-2) (15)
7. Manifestasi Cinta – Fiq feat. Mirwana (-1) (8)
8. Kita Berbeza – Demascus (+1) (5)
9. Peribadi Unggul – Fursan (+1) (2)
10. Tasbih Cinta – Rayyan (lagu baru) (1)*

Pencalonan Baru
Hijrah – UNIC
Santun Berpesan – Castury feat. Ayati Tasrip
Didakap Cinta – Aidil
Iftitah – Instinct*
Sujud Yang Damai – Rawiyani feat. Hurul Ain*

Lagu Terkeluar
7. Seindah Bicara – Instinct (12 minggu)
8. Kerana Doa – Nowseeheart (27 minggu)

CARTA NASYID IKIM.FM 19/06/2011 (Minggu 117)


CARTA NASYID IKIM.FM 19/06/2011 (Minggu 117)

1. Kau Terhebat – Nur One (+3) (5)
2. Keinsafan Diri – Fursan (-1) (14)
3. Kembali Pada Mu – Mirwana (+7) (3)
4. Menjejak Bahagia – Ustaz Mohd Erfino Johari (+1) (14)
5. Mistik Cinta – Iris Duo feat. Ikram Mirwana (-3) (9)
6. Manifestasi Cinta – Fiq feat. Mirwana (+2) (7)
7. Seindah Bicara – Instinct (-) (12)
8. Kerana Doa – Nowseeheart (-5) (27)
9. Kita Berbeza – Demascus (-3) (4)
10. Peribadi Unggul – Fursan (lagu baru) (1)*

Pencalonan Baru
Berjalan Tanpa Henti – Devotees
Tasbih Cinta – Rayyan
Hijrah – UNIC
Santun Berpesan – Castury feat. Ayati Tasrip
Didakap Cinta - Aidil*

Lagu Terkeluar
9. Ku Bersaksi – Firdaus feat. Noh Hujan & Sheila Abdull (9 minggu)

Kenali Artis Varianz


Ditubuhkan pada tahun 2003 hasil gabungan mahasiswa dari beberapa IPT (UiTM, UIAM, UM & OPEN University).

Ahli-ahli Varianz telah berpengalaman luas dalam bidang seni persembahan semenjak di bangku sekolah lagi dengan masing-masing menyertai pertandingan dan persembahan nasyid peringkat kebangsaan dan negeri.

  • Sepanjang pembabitan Varianz di Universiti, Varianz telah menyertai beberapa pertandingan dan persembahan peringkat IPTA seperti:

    • Festival Nasyid Ibnu Sina (FINALIS’05), Universiti Malaya – Johan

    • Pertandingan Nasyid UiTM sempena Maal Hijrah – Johan

    • Pertandingan Nasyid antara Kolej UiTM – Johan

    • Pertandingan Nasyid Maal Hijrah IPTA di KUIS – Saguhati

    • Persembahan di UiTM, UM, UIAM, IIC, Kolej Baitulmal, Muzik-muzik TV3, Malam Ini… (TV9), Aidilfitri Di TV9, SuaRasa TV9, RTM dan banyak lagi serta yang terbaru artis jemputan di Malaysia Hari Ini (MHI) TV3.

  • Varianz pernah menjadi penyanyi latar untuk Mirwana, Alwi al-Haddad dan Nazrey Johani dalam beberapa siri persembahan nasyid di sekitar ibu kota. Disamping itu, kumpulan ini sangat bertuah apabila mendapat tunjuk ajar secara terus daripada Hafiz Hamidun, Mirwana, Brothers, Yasin, Firdaus Mahmud, Achik (professional percussionist), Bard Stellar, Belle Fatah & Along Exist.

  • Semoga dengan kehadiran Varianz di persada Muzik tanah air dapat mewarnakan lagi industri ini disamping mendidik masyarakat dengan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam lirik kami.

arianz Production

Jalan Bintang U5/33, Seksyen U5,

40150 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan.


Facebook Varianz

Email varianzband@yahoo.com

Shafariz 017-6210295

mohdfariz05@yahoo.com

Masriezan 014-9308678

masriezan@yahoo.com

Wednesday, June 15, 2011

CARTA NASYID IKIM.FM 12/06/2011 (Minggu 116)


CARTA NASYID IKIM.FM 12/06/2011 (Minggu 116)

1. Keinsafan Diri – Fursan (-) (13)
2. Mistik Cinta – Iris Duo feat. Ikram Mirwana (+1) (8)
3. Kerana Doa – Nowseeheart (+1) (26)
4. Kau Terhebat – Nur One (+6) (4)
5. Menjejak Bahagia – Ustaz Mohd Erfino Johari (-) (13)
6. Kita Berbeza – Demascus (+2) (3)
7. Seindah Bicara – Instinct (-5) (11)
8. Manifestasi Cinta – Fiq feat. Mirwana (-2) (6)
9. Ku Bersaksi – Firdaus feat. Noh Hujan & Sheila Abdull (-2) (9)
10. Kembali Pada Mu – Mirwana (-1) (2)

Pencalonan Baru
Peribadi Unggul – Fursan
Berjalan Tanpa Henti – Devotees
Tasbih Cinta – Rayyan
Hijrah – UNIC
Santun Berpesan – Castury feat. Ayati Tasrip

Lagu Terkeluar

CARTA NASYID IKIM.FM 05/06/2011 (Minggu 115)


CARTA NASYID IKIM.FM 05/06/2011 (Minggu 115)

1. Keinsafan Diri – Fursan (+9) (12)
2. Seindah Bicara – Instinct (+7) (10)
3. Mistik Cinta – Iris Duo feat. Ikram Mirwana (-2) (7)
4. Kerana Doa – Nowseeheart (-2) (25)
5. Menjejak Bahagia – Ustaz Mohd Erfino Johari (-) (12)
6. Manifestasi Cinta – Fiq feat. Mirwana (-2) (5)
7. Ku Bersaksi – Firdaus feat. Noh Hujan & Sheila Abdull (-1) (8)
8. Kita Berbeza – Demascus (-5) (2)
9. Kembali Pada Mu – Mirwana (lagu baru) (1)*
10. Kau Terhebat – Nur One (-2) (3)

Pencalonan Baru
Peribadi Unggul – Fursan
Berjalan Tanpa Henti – Devotees
Tasbih Cinta – Rayyan
Hijrah – UNIC*
Santun Berpesan – Castury feat. Ayati Tasrip*

Lagu Terkeluar
7. Insan Terulung – R-iF feat. Amar (5 minggu)
Lumrah Kehidupan – Castury (pencalonan baru)

CARTA NASYID IKIM.FM 29/05/2011 (Minggu 114)


CARTA NASYID IKIM.FM 29/05/2011 (Minggu 114)

1. Mistik Cinta – Iris Duo feat. Ikram Mirwana (+3) (6)
2. Kerana Doa – Nowseeheart (-1) (24)
3. Kita Berbeza – Demascus (lagu baru) (1)*
4. Manifestasi Cinta – Fiq feat. Mirwana (+3) (4)
5. Menjejak Bahagia – Ustaz Mohd Erfino Johari (-3) (11)
6. Ku Bersaksi – Firdaus feat. Noh Hujan & Sheila Abdull (+3) (7)
7. Insan Terulung – R-iF feat. Amar (+1) (5)
8. Kau Terhebat – Nur One (-3) (2)
9. Seindah Bicara – Instinct (-3) (9)
10. Keinsafan Diri – Fursan (-7) (11)

Pencalonan Baru
Lumrah Kehidupan – Castury
Peribadi Unggul – Fursan
Kembali Pada Mu – Mirwana
Berjalan Tanpa Henti – Devotees*
Tasbih Cinta – Rayyan*

Lagu Terkeluar
10. Pahlawan Gaza – Saujana (11 minggu)
Ya Robbi – Burn & Soul (pencalonan baru)

Thursday, June 9, 2011

Artis Nasyid Bersatu Dibawah Munsyid Malaysia

Usaha menyatukan artis-artis nasyid dibawah satu payung jemaah bukan usaha baharu. Penubuhan Persatuan Penggiat Industri Nasyid pada tahun 2006 merupakan titik tolak kepada kewujudan satu wadah khusus untuk menyatukan artis-artis nasyid Malaysia. Tidak cukup dengan itu, wujud satu lagi medium yang pernah diketuai oleh Almarhum Ustaz Asri Ibrahim iaitu Munsyid telah ditubuhkan. Namun 2 wadah ini kelihatan sepi tanpa berita. Kami berpendapat, mungkin 2 wahana ini kurang mendapat publisiti dari media dan keterbatasan masa artis-artis nasyid untuk aktif dalam medium jamaah ini.

Akan tetapi, kebelakangan ini, seakan ada satu magnet yang menarik hati-hati artis-artis nasyid dan penggiat industri nasyid tanahair untuk kembali bersatu, duduk semeja bagi membincangkan hala tuju industri nasyid Malaysia. Cadangan mengadakan usrah bulanan oleh kumpulan Inteam mendapat respon positif daripada semua artis nasyid tanahair. Majlis Usrah Munsyid (Mursyid) diwujudkan khas untuk menghimpunkan artis-artis nasyid dan penggiat nasyid untuk berusrah dan berkongsi ilmu bersama-sama.

Kejayaan menghimpunkan artis-artis nasyid dan penggiat nasyid dalam majlis usrah itu tidak menghentikan usaha penyatuan mereka. Kejadian tanah runtuh yang menimpa penghuni Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa baru-baru ini telah menyentuh hati para penasyid dan penggiat industri nasyid untuk turun secara berjemaah membantu mangsa kejadian. Ternyata sindiran sinis Mohd Radzi Sulaiman atau lebih dikenali Ito Lara memberi kesan yang positif dengan kejayaan ziarah mahabbah ke atas mangsa bencana baru-baru ini.

Tidak cukup sekadar ziarah, para penasyid dan penggiat industri nasyid semakin diikat hati-hati mereka untuk bersatu dan membantu mangsa kejadian tanah runtuh dengan melancarkan Showcase Amal Shuhada At-Taqwa- sebuah showcase amal terbesar dalam sejarah dengan penglibatan paling ramai artis nasyid tanahair.

Dengan menggunakan nama Munsyid Malaysia, mereka terus merangka satu demi satu gerak kerja secara tersusun, menginfak duit, bermandikan keringat untuk menjayakan program yang digerakkan bersama, demi mencapai matlamat membantu anak yatim yang terlibat.

Kebersamaan ini diharap akan terus kekal dan semoga idea penyatuan menerusi nama Munsyid Malaysia akan dapat direalisasikan oleh para artis nasyid dan penggiat industri nasyid Malaysia. Penulis yakin, jika Almarhum Ustaz Asri Ibrahim masih hidup, mungkin almarhumlah orang yang paling gembira melihat suasana jemaah yang cukup harmoni antara penasyid-penasyid dan penggiat industri nasyid tanahair. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Almarhum Ustaz asri Ibrahim, Al-Fatihah. -MUNSYEED.COM

Disclaimer: Artikel ini adalah pendapat peribadi penulis yang mungkin terdedah dengan khilaf atau kesilapan fakta disebabkan pengetahuan penulis yang agak terhad. Pun begitu, penulis sangat mengalu-alukan sebarang teguran yang berhikmah jika terdapat sebarang khilaf supaya segala kesilapan fakta dapat diperbetulkan. Terima kasih. =D

sumber:

munsyeed.com

Munsyid Malaysia Anjur Showcase Amal Terbesar Dalam Sejarah

Susulan dari Program Munsyid Malaysia Ziarah Penghuni Madrasah At-Taqwa, buat julung kalinya Munsyid Malaysia; Gabungan Artis-Artis Nasyid Malaysia akan menganjurkan sebuah Showcase Amal Shuhada At-Taqwa yang bakal membariskan sebilangan besar artis-artis nasyid terkemuka tanahair!

Showcase amal yang bakal memperlihatkan penglibatan paling ramai artis nasyid ini dilihat sebagai satu penganjuran Showcase Amal Terbesar Dalam Sejarah Industri Nasyid Malaysia. Penganjuran showcase ini diilhamkan oleh pihak Munsyid Malaysia sebagai program susulan dari ziarah yang mereka lakukan keatas penghuni Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa pada 27.mei.2011.

Showcase ini diadakan bertujuan bagi mempromosi dan mengumpulkan dana untuk membantu Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa yang menjadi mangsa kejadian tanah runtuh sewaktu mereka menjalani latihan nasyid di Hulu Langat.

Butiran penuh mengenai Showcase Amal Shuhada At-Taqwa adalah seperti berikut:

  • Nama Program: Showcase Amal Shuhada At-Taqwa
  • Tarikh: 11.Jun.2011 (Sabtu)
  • Masa: 8.30 malam.
  • Tempat: Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.
  • Artis yang terlibat: Raihan, Rabbani, Hijjaz, Brotherz, Inteam, Saujana, Nowseeheart, Unic, Far East, Devotees, Aidil, Nice, Mu’adz, Hafiz Hamidun, Akhil Hayy, Mirwana, Dendang Anak, Syifa’, Wildan, Al Mawlid, Al-Farabi Band, Nazrey Johani, Ustaz Amal, As-Saufee, Nur One dan ramai lagi.
  • Masuk adalah PERCUMA! (Gratis!)

Showcase ini mendapat sokongan padu dari semua artis nasyid Malaysia, semua kelab nasyid Malaysia, NasyidFM, Munsyeed{dot}com dan semua penyokong Nasyid Malaysia.

Kepada mana-mana syarikat, tokoh-tokoh korporat yang dermawan yang berbesar hati untuk memberi sumbangan pada malam showcase, bolehlah berhubung terus dengan Azadan Rabbani di talian 019-2110300 atau Isman Hijjaz 03-61408280.

Bagi mereka yang ingin menyumbang terus kepada Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa, anda bolehlah Bank-in kepada:

PERSATUAN ANAK-ANAK YATIM MALAYSIA.
Maybank A/C: 5641 3730 0901.

Sumbangan tanah runtuh Asrama Rumah Anak-anak Yatim & Anak-anak Hidayah At-Taqwa, Bt14 Hulu Langat.
Dr. Idris Musa (YDPertua) – 016-359 2372 / Mohammad Fauzi Abd Wahab (Setiausaha) – 013-208 3747 / Nidzam Sulaiman (Bendahari) 012-2544962.

Disamping itu, pihak Munsyid Malaysia juga menyeru kepada semua penggiat dan penyokong industri nasyid agar turut sama membantu mempromosi Showcase Amal Shuhada At-Taqwa ini. Semoga dengan usaha yang kecil ini menjadi amalan kita bersama di akhirat kelak. -MUNSYEED.COM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...