FOLLOWERS NASYID2U

Monday, August 29, 2011

CARTA NASYID IKIM.FM 28/08/2011 (Minggu 127)



CARTA NASYID IKIM.FM 28/08/2011 (Minggu 127)


1. Berjalan Tanpa Henti – Devotees (-) (10)
2. Hamba Mu – Mawi & Akhil Hayy (-) (7)
3. Didakap Cinta – Aidil (-) (8)
4. Seni Berjuang – Nowseeheart (+1) (4)
5. Hijrah – UNIC (-1) (9)
6. Pergilah Dunia – Varianz (+2) (4)
7. Keinsafan Diri – Fursan (-) (24)
8. Kau Terhebat – Nur One (-2) (15)
9. Dengan KuasaMu – Nur One (lagu baru) (1)*
10. Kembara – Fursan (lagu baru) (1)*

Pencalonan Baru
Petua Nasihat – Rayyan
Setulus Dian – Dian
Harapan – Devotees feat. Salleh Brotherz
Istikharah – Mestica*
5 Waktu Solat – Raihan*

Lagu Terkeluar
9. Tragis – Fiq (5 minggu)
10. Kita Berbeza – Demascus (13 minggu)

Update Terbaru dari Ikim.fm:

Untuk mengundi, pilih LIMA (5) buah lagu berlainan dari carta (lagu dalam carta atau lagu pencalonan baru) dan hantarkan undian anda ke alamat e-mel yang baru:


Carta@ikimfm.my

CARTA NASYID IKIM.FM 21/08/2011 (Minggu 126)



CARTA NASYID IKIM.FM 21/08/2011 (Minggu 126)


1. Berjalan Tanpa Henti – Devotees (-) (9)
2. Hamba Mu – Mawi & Akhil Hayy (+1) (6)
3. Didakap Cinta – Aidil (-1) (7)
4. Hijrah – UNIC (-) (8)
5. Seni Berjuang – Nowseeheart (+1) (3)
6. Kau Terhebat – Nur One (-1) (14)
7. Keinsafan Diri – Fursan (-) (23)
8. Pergilah Dunia – Varianz (+2) (3)
9. Tragis – Fiq (-1) (5)
10. Kita Berbeza – Demascus (-1) (13)

Pencalonan Baru
Kembara – Fursan
Petua Nasihat – Rayyan
Setulus Dian – Dian
Dengan KuasaMu – Nur One
Harapan – Devotees feat. Salleh Brotherz

Tuesday, August 16, 2011

NasyidFM Anjur Iftar Ramadhan

Jom Iftar Ramadhan NasyidFM

Radio Nasyid Online pertama di Malaysia, NasyidFM akan mengadakan majlis berbuka puasa bersama para pendengar setianya sempena bulan Ramadhan ini. Majlis yang diberi nama Jom Iftar Ramadhan itu dianjurkan oleh NasyidFM bagi menghargai kesetiaan para pendengar NasyidFM yang tidak jemu menyokong usaha NasyidFM dalam bidang penyiaran online.

Seperti tahun lepas, NasyidFM sekali lagi memilih Dewan Puri Pujangga, UKM Bangi sebagai lokasi ideal untuk majlis berbuka puasa ini. Menariknya, untuk majlis kali ini, kumpulan nasyid terkenal, Devotees dan artis baharu, Varianz akan turut serta memeriahkan majlis tersebut.

Disamping berbuka puasa secara berjemaah, majlis ini juga dilihat bakal menjadi medium merapatkan ukhwah antara warga kerja NasyidFM, artis yang hadir serta para pendengar setia NasyidFM.

Berikut adalah butiran mengenai majlis berbuka puasa, Jom Iftar Ramadhan anjuran NasyidFM:-

Tarikh: 14 Ogos 2011, Ahad.
Masa: 6 petang hingga 10.30 malam.
Tempat: Dewan Puri Pujangga, UKM Bangi, Selangor.
Bayaran: RM35 untuk dewasa dan RM17 untuk kanak-kanak.

Kepada mereka yang ingin menhadirkan diri ke majlis ini, bolehlah menghubungi 017 205 6212 – Norhazlinda atau 017 727 0693 – Feera. -MUNSYEED.COM

Album Diwani Satu Cinta 2011

DIWANI 'Satu Cinta' 2011
Edaran Nasyeed.com
Ditubuhkan: Pada tahun 1998




Diwani merupakan sebuah kumpulan nasyid yang tidak asing lagi dari kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Sejak 1998 mengorak langkah dalam bidang kesenian dan hiburan Islam tanahair, Diwani kini telah mengorak langkah pro-aktif menuju paradigma baru melalui penglibatannya di arena kebudayaan Islam yang lebih luas mencakupi hiburan Islam dan pendidikan Islam.

Diwani : Nama salah sebuah Kaligrafi Arab yang unik dan indah digunakan untuk urusan rasmi seperti mohon kerajaan dan sebagainya. Simbolik kepada rasminya tugasan dakwah bagi setiap pejuang kebenaran. Kebudayaan dan kesenian Islam pula menjadi medium untuk menyalurkan mesej dakwah tersebut.

Motivasi Dakwah : "Tidak mesti benda yang paling besar itu bernilai atau yang paling bernilai. Di dunia ini benda yang paling bernilai dan mahal iaitu benda yang paling kecil iaitu intan dan mutiara. Begitulah amal ibadah di sisi Allah itu, Allah tidak mengukur tentang banyak atau dipandang besar tapi amal ibadah yang paling ikhlas yang kita buat sekalipun ibadah itu kecil sahaja pada pandangan mata manusia" - SBS

Kini anda boleh dapatkan album Diwani " Satu Cinta " secara online,insyaallah bakal dipasarkan dalam tempoh sebulan ke seluruh negara,ujar Ustaz Hasnul Jamal.

Album : 1998 - Jalan Yang Satu
2000 - Satu Peringatan
2006 - Satu Cinta


Anggota :
Ustaz Hasnul Jamal Bin Sulaiman
Ustaz Rizal Bin Rosli
Ustaz Muhamad Rafiq Bin Hashim
Ustaz Muhd Nur Mujahid Bin Nasir

Alamat : I EVENTS SERVICES & MANAGEMENT
No. 78, Jalan Puteri Heights 15,
Puteri Heights, 48020 Rawang,
Selangor, Malaysia.

Tel / Fax : 00 603 6091 3076

Mobile : +6013 3990 877 begin_of_the_skype_highlighting +6013 3990 877 end_of_the_skype_highlighting

Email : inbox@diwani.biz

Layari : http://www.wix.com/diwan8/1#!

AL Mawlid Tidak Tertekan Dengan 'Penghijrahan'

Oleh WAHIDUZZAMAN (Mstar)


Kumpulan kerohanian Al Mawlid yang dianggotai oleh Amer (Ruffedge), Azan (Ruffedge), Lah (V.E), Zaff (V.E) dan Pot (Innuendo) mengakui tidak pernah terbeban dengan penghijrahan mereka yang berbeza daripada kehidupan sebelum ini.

Kata Amer, perjuangan yang bertujuan untuk meluaskan lagi syiar Islam menerusi bakat suara dan lagu R&B serta selawat itu adalah ikhlas semata-mata demi agama dan Rasullullah.

Tambahan pula, setiap tindak-tanduk dan keputusan berkaitan bidang muzik yang mereka ceburi ini turut mendapat restu dan sokongan daripada guru-guru agama mereka.

"Tiada sebab kami perlu rasa terbeban atau tertekan dengan penghijrahan dan perubahan hari ini. Kami masih orang yang sama cuma lebih menitikberatkan adab dan perlakuan serta cuba untuk meluaskan syiar Islam menerusi bakat yang ada.

"Lagipun, apa yang lebih penting perjuangan ini mendapat restu dan sokongan daripada para guru agama kami," katanya yang mengakui jadual kumpulan itu penuh sepanjang Ramadan ini.

Diajak berkongsi tentang perubahan dalam kehidupan baru itu, Azan berkata, mereka masih mempelajari selok-belok adab dan memperbaiki apa juga kekurangan dan kealpaan terhadap tuntutan asas yang pernah diabaikan sebelum ini.

"Kami masih baru dalam penghijrahan ini. Banyak lagi yang perlu kami dalami. Penampilan dan gerak-geri kami masih tidak banyak berubah dan penuh senda gurau dan santai seperti dulu.

"Cuma apa yang kami perbaiki adalah kekurangan yang banyak kami tinggalkan sebelum ini seperti solat, ilmu agama dan adab. Mana yang kurang sebelum ini kami cuba tambahkan," katanya.

Walaupun masih belum mengeluarkan album pertama mereka, Amer dan Pot sudah memiliki lagu “single” masing-masing yang berinspirasi qasidah dan selawat iaitu Belaian Jiwa (Pot) dan Cahaya Seluruh Alam (Amer).

Sementara menantikan anggota yang lain tampil dengan “single” masing-masing, mereka selesa melayari kehidupan baru ini dengan perjuangan muzik yang serba sederhana.

"Buat masa ini, kami lebih selesa bergerak dengan lagu “single” masing-masing. Insya-Allah kalau sudah dapat kumpulkan lagu-lagu yang bersesuaian baru kami terbitkan album penuh,” akui Lah yang tidak menolak untuk memperjuangkan muzik Al Mawlid di peringkat komersial jika diberikan peluang.

sumber:
studiokini

Majlis Tribute Almarhum Ustaz Asri Ibrahim Rabbani :: Munsyeed.com

Tribute Almarhum Ustaz Asri Ibrahim

Rabbani Production (M) Sdn Bhd dengan kerjasama Hotel Singgahsana, Petaling Jaya akan menganjurkan sebuah majlis Tribute Almarhum Ustaz Asri Ibrahim di Hotel Singgahsana Petaling Jaya. Majlis tribute tersebut diadakan bagi memperingati 2 tahun pemergian Almarhum Ustaz Asri Ibrahim yang meninggal dunia pada 13 Ogos 2009.

Menurut jurucakap Rabbani, majlis tribute ini akan bermula seawal 6 petang dengan kehadiran para tetamu dan VIP. Sehubungan dengan itu, Rabbani mempelawa para peminat untuk turut sama hadir dalam majlis tribute ini serta berbuka puasa bersama Rabbani pada hari ini di Hotel Singgahsana.

Berikut adalah butiran majlis Tribute Almarhum Ustaz Asri Ibrahim-

Tarikh: 13 Ogos 2011
Hari: Sabtu
Masa: Bermula jam 6 petang.
Tempat: Hotel Singgahsana, Petaling Jaya.

Untuk maklumat lanjut mengenai majlis tribute ini, sila hubungi En Shahrulhikmi di talian 017-7608517 begin_of_the_skype_highlighting 017-7608517 end_of_the_skype_highlighting. -Munsyeed{Dot}Com.

sumber:

munsyeed.com

CARTA NASYID IKIM.FM 14/08/2011 (Minggu 125)


CARTA NASYID IKIM.FM 14/08/2011 (Minggu 125)

1. Berjalan Tanpa Henti – Devotees (-) (8)
2. Didakap Cinta – Aidil (-) (6)
3. Hamba Mu – Mawi & Akhil Hayy (+1) (5)
4. Hijrah – UNIC (-1) (7)
5. Kau Terhebat – Nur One (-1) (13)
6. Seni Berjuang – Nowseeheart (+3) (2)
7. Keinsafan Diri – Fursan (-1) (22)
8. Tragis – Fiq (-) (4)
9. Kita Berbeza – Demascus (-2) (12)
10. Pergilah Dunia – Varianz (-) (2)

Pencalonan Baru
Kembara – Fursan
Pelita Nasihat – Rayyan
Setulus Dian – Dian
Dengan KuasaMu – Nur One
Harapan – Devotees feat. Salleh Brotherz

Lagu Terkeluar

CARTA NASYID IKIM.FM 07/08/2011 (Minggu 124)


CARTA NASYID IKIM.FM 07/08/2011 (Minggu 124)

1. Berjalan Tanpa Henti – Devotees (-) (7)
2. Didakap Cinta – Aidil (+1) (5)
3. Hijrah – UNIC (+1) (6)
4. Kau Terhebat – Nur One (-2) (12)
5. Hamba Mu – Mawi & Akhil Hayy (+1) (4)
6. Keinsafan Diri – Fursan (-1) (21)
7. Kita Berbeza – Demascus (-) (11)
8. Tragis – Fiq (-) (3)
9. Seni Berjuang – Nowseeheart (lagu baru) (1)*
10. Pergilah Dunia – Varianz (lagu baru) (1)*

Pencalonan Baru
Kembara – Fursan
Pelita Nasihat – Rayyan
Setulus Dian – Dian
Dengan KuasaMu – Nur One*
Harapan – Devotees feat. Salleh Brotherz*

Lagu Terkeluar
9. Mistik Cinta – Iris Duo feat. Ikram Mirwana (15 minggu)
10. Menjejak Bahagia – Ustaz Mohd Erfino Johari (20 minggu)

Friday, August 5, 2011

CARTA NASYID IKIM.FM 31/07/2011 (Minggu 123)


CARTA NASYID IKIM.FM 31/07/2011 (Minggu 123)

1. Berjalan Tanpa Henti – Devotees (-) (6)
2. Kau Terhebat – Nur One (-) (11)
3. Didakap Cinta – Aidil (+2) (4)
4. Hijrah – UNIC (+2) (5)
5. Keinsafan Diri – Fursan (-2) (20)
6. Hamba Mu – Mawi & Akhil Hayy (+1) (3)
7. Kita Berbeza – Demascus (-3) (10)
8. Tragis – Fiq (+2) (2)
9. Mistik Cinta – Iris Duo feat. Ikram Mirwana (-1) (15)
10. Menjejak Bahagia – Ustaz Mohd Erfino Johari (-1) (20)

Pencalonan Baru
Pergilah Dunia – Varianz
Seni Berjuang – Nowseeheart
Kembara – Fursan
Petua Nasihat – Rayyan*
? – Dian*

Lagu Terkeluar
Iftitah – Instinct (pencalonan baru)
Sujud Yang Damai – Rawiyani feat. Hurul Ain (pencalonan baru)

Monday, August 1, 2011

Album Ramadhan Mulia Masrie

Tarikh Release : 05/08/2011
ALBUM RAMADHAN MULIA
Artis: Masrie
Penampilan Istimewa : Mizie (ex-Zahran)
RM 15.00(termasuk pos)



1. Terjemahan Hadis
2. Ramadhan Mulia
3. Zikir1
4. Ramadhan Mulia(versi live percussion)
5. Zikir2
6. Ramadhan Mulia (versi unplugged)
7. Terjemahan Hadis
8. Ramadhan Mulia (minus one)
9. Zikir3
10. Rasul Junjungan
11. Di Suatu Masa - Mizie




Jika ingin mendapatkan album keluaran Jaringan Masry Enterprise
Sila hubungi bahagian pemasaran JME
Hafiz 0195139837
Aren 0195516055









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...