FOLLOWERS NASYID2U

Tuesday, August 16, 2011

NasyidFM Anjur Iftar Ramadhan

Jom Iftar Ramadhan NasyidFM

Radio Nasyid Online pertama di Malaysia, NasyidFM akan mengadakan majlis berbuka puasa bersama para pendengar setianya sempena bulan Ramadhan ini. Majlis yang diberi nama Jom Iftar Ramadhan itu dianjurkan oleh NasyidFM bagi menghargai kesetiaan para pendengar NasyidFM yang tidak jemu menyokong usaha NasyidFM dalam bidang penyiaran online.

Seperti tahun lepas, NasyidFM sekali lagi memilih Dewan Puri Pujangga, UKM Bangi sebagai lokasi ideal untuk majlis berbuka puasa ini. Menariknya, untuk majlis kali ini, kumpulan nasyid terkenal, Devotees dan artis baharu, Varianz akan turut serta memeriahkan majlis tersebut.

Disamping berbuka puasa secara berjemaah, majlis ini juga dilihat bakal menjadi medium merapatkan ukhwah antara warga kerja NasyidFM, artis yang hadir serta para pendengar setia NasyidFM.

Berikut adalah butiran mengenai majlis berbuka puasa, Jom Iftar Ramadhan anjuran NasyidFM:-

Tarikh: 14 Ogos 2011, Ahad.
Masa: 6 petang hingga 10.30 malam.
Tempat: Dewan Puri Pujangga, UKM Bangi, Selangor.
Bayaran: RM35 untuk dewasa dan RM17 untuk kanak-kanak.

Kepada mereka yang ingin menhadirkan diri ke majlis ini, bolehlah menghubungi 017 205 6212 – Norhazlinda atau 017 727 0693 – Feera. -MUNSYEED.COM

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...