FOLLOWERS NASYID2U

Thursday, July 10, 2008

Kashfy

info:

Kashfy merupakan sebuah kumpulan vokal berimejkan nasyid yang dipelopori oleh beberapa anak muda yang berasal dari Malaysia.Kumpulan yang mula berjinak-jinak dengan industri nasyid tanahair sejak beberapa tahun yang lalu ini gemar mengetengahkan lagu-lagu world music sebagai satu daripada wasilah dakwah mereka untuk menyampaikan mesej-mesej Islam kepada masyarakat umum khususnya di Malaysia. Mengambil perkataan daripada bahasa Arab, Kashfy yang membawa maksud ‘discovery’ kerap mengadakan persembahan di sekitar Lembah Klang untuk menepati citarasa nasyid setiap golongan masyarakat.
Walaupun berhadapan dengan kebanjiran ramai penasyid-penasyid remaja yang yang mula muncul sejak beberapa tahun yang lepas, Kashfy merupakan sebuah kumpulan yang agak berbeza kerana irama yang dipelopori Kashfy banyak dibayangi oleh artis-artis nasyid antarabangsa seperti Sami Yusuf, Zain Bikha, Dawud Wharnsby Ali, Yusuf Islam, Hamza Robertson dan sebagainya.Bagi Kashfy, irama-irama nasyid yang dibawakan oleh penasyid-penasyid inilah yang perlu ditonjolkan di Malaysia kerana ia dapat memperkembangkan lagi irama nasyid tanahair yang sedia ada di samping tidak mencacatkan keaslian irama nasyid itu sendiri dan mengekalkan kemurnian mesej dakwah yang dibawa.Satu lagi kelainan yang amat ketara dibawa oleh Kashfy adalah keterlibatan ahli-ahlinya dalam bidang professional seperti perubatan, kejuruteraan, dan senibina di samping sebahagian daripada ahli-ahlinya merupakan penghafaz Al-Quran. Keterlibatan ini nyata membolehkan Kashfy untuk dijadikan role model para remaja masa kini di samping menyampaikan mesej dakwah mereka dalam irama nasyid.

website:
http://www.kashfy.blogspot.com/



Sunday, January 20, 2008

Irfan


Album irfan bersama fawwaz


info:
Irfan merupakan kumpulan nasyid yang bertapak di Universiti Sains Malaysia (USM). Kesemua ahli kumpulan ini merupakan pelajar USM.Kumpulan ini juga pernah menyertai pelbagai pertandingan nasyid antara IPT seperti Pertandingan Nasyid MAKUM.

Irfan juga telah merakamkan beberapa buah album sama ada secara sendiri ataupun secara gabungan dengan kumpulan nasyid lain. Kumpulan ini merupakan satu-satunya kumpulan nasyid yang kekal bertahan di USM dan telah melahirkan banyak generasi nasyid melalui program yang dijalankan seperti Akademi Nasyid.
website:

Tuesday, January 15, 2008

Dzil Afnan

info:
Album Pertama kump Dzil Afnan yang juga berasal dari Kedah.Bernaung di bawah label Rony Music,Sg.Petani.
Sebuah lagu dalam Album ni dibuat oleh komposer yang menerbitkan album kump kanak2 Fairuz..Track kedua lagu bertajuk Di Pinggir Memori
dianggotai 5 org bekas plajar SMA Nahdzah.Album pertama mereka iaitu Langkah Pertama diedarkan oleh insitech musicland sdn bhd.
antara yg terdapat dlm album:

-langkah pertama
-dipinggir memori
- teman
- rintihan palestin
- ibu tercinta

Zahran




info:
Kumpulan ni juga berasal dari Kedah..Penerbit Album ni kalau x silap ana ialah abg Kamal Halim yang selalu produse lagu2 Hijjaz,dalam ni juga banyak lagu2 yang di bikin oleh abg Kamal sendiri. bernaung di bawah ZME Production Sdn. bhd, album mereka ni dh lama berada di pasaran.
dianggotai 4 org dari Baling. salah seorang anggota Zahran adalah bekas anggota Jauhari.
Lagu hits mereka ialah Ampunkan Kami Tuhan dan Di Persinggahan.

Monday, January 14, 2008

Demascus

info:
Kumpulan ini berasal dari Multimedia Universiti (MMU)
Banyak gak ana tengok video klip diaorang dalam youtube,siap ada rapper lagi,diaorg bnyak wat show kat majlis yang grand.ana harap kump ni dapat pegi lebih jauh di masa akan datang.....

website:

http://demascus.blogspot.com/




MTV TERBARU DARI DEMASCUS

Tuesday, January 8, 2008

Zulfan

Album Kedua


Album ke3

info:

Zulfan juga merupakan kump secara indie yang berasal dari Kolej Universiti Insaniah(KUIN) Alor Setar,seorang dari ahli kump ni merupakan Juara program realiti TV9 Akademi
Al-Quran3 iaitu saudara Fakrul....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...