FOLLOWERS NASYID2U

Friday, April 29, 2011

Konsert Freedom For Palestine

Sempena Jelajah Dr Azzam Tamimi di Malaysia Pertubuhan Ikram Malaysia dan Aqsa Sharif menganjurkan sebuah konsert khas Freedom For Palestine.

Konsert ini akan berlangsung pada Ahad ini, 1.Mei.2011 pada jam 8 malam hingga 10malam bertempat di Dewan Muktamar, Pusat Islam (Berhadapan dengan Masjid Negara).

Konsert ini akan memperlihatkan paduan suara dari artis nasyid terkenal seperti Mirwana, Mu’adz Dzulkefly, Saff One, Nurul Iman & The Wayfarers, Imam Muda Asyraf, Ustaz Erwan Johari (DJ Popular ikim.fm), Ito Blues Gang dan Wardina Safiyyah.

Tiket berharga RM15.00 untuk dewasa dan pelajar manakala RM10 untuk kanak-kanak. Tiket boleh dibeli di Dewan Muktamar Pusat Islam sebelum konsert bermula. -MUNSYEED.COM

Majlis Amal Sumbangsih Tampil Mu’adz dan Saff One

Mu’adz Dzulkefly akan bergandingan dengan Saff One untuk Majlis Amal Sumbangsih yang bakal diadakan bagi bertujuan mengumpul dana untuk pembinaan Musolla Sekolah Rendah Islam Al-Ami, Bangi.

Butiran program adalah seperti berikut:

  • Tempat: Dewan Gemilang, German Malaysian Institute (GMI), Kajang.
  • Tarikh: 30 April 2011, Sabtu.
  • Masa: 9pagi hingga 12 tengah hari.

Tiket dijual dengan harga RM50.00 Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat Sekolah Rendah Islam Al-Amin Bangi. -MUNSYEED.COM

Islamic Song Festival 2- Dinamik Nasyid Kontemporari

Tahun ini merupakan tahun kedua, Syarikat Out of This World Sdn Bhd menganjurkan acara gilang gemilang, Festival Lagu Nasyid atau Islamic Song Festival.Pada tahun lepas, syarikat memilih untuk mengadakan Islamic Song Festival di Stadium Malawati Shah Alam, tahun ini penganjuran acara paling berprestij ini akan diadakan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Menurut Pengarah Operasi Out Of This World Sdn Bhd, Adam Bin Datuk Amanullah, mereka terpanggil untuk menganjurkan Islamic Song Festival ini adalah kerana mereka peka dan mengambil kira perubahan cita rasa muzik dikalangan remaja, bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia yang lebih menggemari genre muzik terkini.

“Melihat pada penerimaan baik itu, saya mula merancang untuk menganjurkannya lagi. Kalau boleh, saya mahu Islamic Song Festival dianjurkan sebagai acara tahunan malah pada masa yang sama menjadikan Malaysia sebagai pusat perkembangan nasyid.” Ujar Adam.

Menurut beliau lagi, penyanyi nasyid dari Afrika Selatan, Zain Bikha akan bergabung dengan kumpulan nasyid Debu dari Indonesia di hari kedua festival tersebut. Zain Bikha yang terkenal dengan lagunya “Allah Knows”, berkata bahawa beliau telah pun berganding dengan beberapa artis antarabangsa seperti Yusof Islam, Native Deen dan Dawud Ali Wharnsby dan beliau berpendapat gandingan buat julung kalinya bersama kumpulan Debu dari Indonesia pasti akan membawa keunikan kepada festival tersebut.

Ketua Kumpulan Debu, Mustafa Daood pula berkata, “Mendapat jemputan dari Zain Bikha seorang artis Nasyid Antarabangsa yang disegani merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan kepada irama Nasyid World Music yang diperjuangkan oleh Debu.”

Islamic Song Festival 2 pada tahun ini akan menampilkan persembahan yang cukup menarik dan eksklusif dari 14 artis/kumpulan nasyid yang akan mempersembahkan lagu-lagu nasyid dalam pelbagai genre berlainan seperti folk, acapella, hip hop, kontemporari, tradisional, progresif, pop, R&B dan world music.

Pada malam Sabtu, 30.April.2011, barisan artis yang akan membuat persembahan adalah terdiri daripada La Rappel (Perancis), Fez Meghani & Aftab Ali (Amerika Syarikat), The Brotherhood (Australia), Khalid Belrhouzi (Perancis), Bennami (UAE), Ziryab (Brazil) Brotherz (Malaysia), Khaleel Muhammad (United Kingdom) dan legenda nasyid Indonesia, Opick yang terkenal dengan lagu Tombo Ati dan Ketika Cinta.

Malam kedua, 1.Mei.2011 menampilkan Zain Bikha (afrika Selatan), Debu (Indonesia), Yasin Sulaiman (Malaysia), Native Deen (US), Budi (Jerman), Aashiq Al-Rasul (United Kingdom) dan kumpulan Noor dari US.

Persembahan selama 4 jam ini akan memberi peluang kepada artis nasyid solo mahupun berkumpulan terbabit menampilkan persembahan mereka selama 30 minit.Penganjuran kali ini juga turut bermakna apabila mendapat kerjasama Stesen TV Islami terulung Malaysia, TV Al-Hijrah sebagai rakan penyiar rasmi.

Tiket-tiket berharga RM353, RM253, Rm153 dan RM103 untuk setiap malam boleh dibeli melalui TicketCharge di talian 03-92228811 atau dengan melayari www.ticketcharge.com.my.

Tiket juga boleh didapati di kaunter Saba Islamic Media (D44-D48) di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 di PWTC.

Maklumat lanjut, layari www.isfestival.com atau hubungi Cik Afizah di talian 0377821332. -MUNSYEED.COM.

Raikan Hari Ibu Bersama Rabbani

Genap sedekad dinobatkan sebagai Artis Nasyid Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Kumpulan Nasyid Tersohor; Rabbani mengorak langkah kehadapan untuk terus menganjurkan pelbagai aktiviti bersama peminat dan untuk semua.

Terkini, Rabbani melalui Rabbani Production dengan kerjasama Hotel Singgahsana Petaling Jaya, Galeri Ilmu dan rakan niaga yang lain menganjurkan sebuah program Untukmu Ibu. Program ini bertujuan mengajak semua peminat dan mereka yang bergelar anak untuk meraikan insan bernama ibu dengan konsep hiburan mendidik jiwa sempena Sambutan Hari Ibu yang akan berlangsung pada 8.Mei.2011.

Program Untukmu Ibu ini akan diadakan secara eksklusif di Hotel Singgahsana Petaling Jaya pada 8.Mei.2011, jam 2.30 petang dengan menampilkan artis tersohor negara seperti Aisyah, Rabbani, Dato’ Ustazah Siti Nurbahyah dan penampilan istimewa oleh anakanda Almarhum Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani), Adik Mohd Ilham yang masih berusia 12 tahun. Adik Muhd Ilham akan berduet bersama kumpulan Rabbani.

Pelbagai aktiviti menarik menanti semua yang hadir antaranya cabutan bertuah tajaan rakan-rakan niaga Rabbani Production seperti pihak Hotel Singgahsana, Uzai Trading, Tunas Indah Niaga, Ana Edar, Galeri Ilmu, Kels dan Pakej Umrah Bersama Rabbani tajaan Rabbani Travel & Tours Sdn Bhd dan KRS Travel.

Rabbani menyeru para peminat untuk membawa para ibu mahupun para isteri dan anak-anak untuk turut sama terlibat dengan program istimewa Untukmu Ibu kerana pengisian program ini terbuka dan sesuai untuk semua golongan umur. Programini juga diharapkan dapat memberi pendedahan kepada para hadirin mengenai betapa pentingnya kita menghargai dan mengingati jasa dan pengorbanan insan mulia bergelar ibu.

Harga bagi tiap-tiap kerusi bermula RM100.00, RM150.00 dan RM250.00 seorang. Tempat adalah terhad. Untuk membuat tempahan, anda boleh berhubung dengan wakil Rabbani Production Sdn Bhd di talian 03-62721225 (Cik Erin) atau 019-2110300 (Ustaz Azadan Rabbani). -MUNSYEED.COM

Anugerah AIM Cabaran Buat Inteam Terus Kehadapan

Setelah dinobatkan Artis Nasyid Terbaik pada Anugerah Juara Lagu 2010, kumpulan nasyid Inteam terus melangkah kehadapan. Namun, gelaran yang dianugerahkan buat kumpulan nasyid yang ditubuhkan 10 tahun lalu bukanlah sesuatu yang boleh terlalu diseronokkan.

Ketika pihak MUNSYEED.Com menemui salah seorang anggota kumpulan Inteam, Muhammad Hazamin Harun, beliau menjelaskan bahawa anugerah tersebut seakan memberi sebuah tanggungjawab yang bukan sedikit untuk dilakukan.

Menurut beliau, Inteam kini dalam proses untuk menghasilkan sebuah album baru yang sedang dirancang untuk dikeluarkan pada tahun ini juga. Tidak cukup dengan itu, mereka juga akan mengeluarkan kompilasi terbaik sedekad mereka dalam masa terdekat. Menariknya, kompilasi tersebut akan dikeluarkan dengan CD berkembar.

“Buat masa ini, kami masih dalam proses mengumpul material untuk album baru. Lagu yang dah kami siapkan ada dua iaitu Lambaian Taif dan Nur Kasih versi baru, dimana kedua-dua lagu tersebut dirakamkan dengan iringan quartet string orchestra dan muzik live”

Untuk album yang akan datang, Hazamin berkata mereka cuba untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik, setanding dengan cabaran yang dipikul sebagai pemenang Album Nasyid Terbaik pada AIM 2010.

“Sebenarnya, anugerah yang kami menangi tahun lepas itu merupakan semacam tekanan buat kami. Maklum sahajalah, kami pun tak expect untuk itu. Jadi dengan gelaran itu, ia seolah mencabar kami sendiri untuk melakukan yang lebih baik pada masa akan datang”

Menurutnya lagi, mereka mahu sesuatu yang boleh mengujakan para peminat setia mereka disamping menarik peminat baru. Untuk itu, mereka merancang mahu membuat kelainan pada album baru yang akan datang. Ringkasnya, mereka mahu lari dari melodi yang menjadi sebati dalam setiap karya mereka.

“Biasanya bila peminat dengar lagu kami, mereka akan berkata, ‘oh, ini melodi trademark Inteam’. Jadi kami akan cuba bekerjasama dengan composer-komposer luar seperti Johan Nawawi atau Adnan Abu Hassan untuk menghasilkan satu kelainan buat material kami yang akan datang nanti insyaallah. Kita mahu peminat bila mendengar lagu baru nanti akan lebih teruja dengan pembawaan baru kami nanti ”

Hazamin turut memberitahu bahawa penjurian AIM dalam kategori Album Nasyid Terbaik bukanlah sebagaimana persepsi semua pihak dimana ramai yang menyangka aspek teknikaliti dan susunan muzik yang hebat-hebat. Sebaliknya, penjurian professional yang dilakukan pihak RIM lebih menjurus kearah keaslian, nilai dan identiti nasyid itu sendiri.

“Kita ambil contoh album Ahmadi Hassan yang memenangi AIM beberapa tahun lepas dimana menggunakan kepakaran dan elemen asal nasyid dari timur tengah, nasyid asli. Itu yang lebih mendapat perhatian juri berbanding album penasyid lain dengan susunan nasyid yang canggih-canggih”

Dalam perkembangan lain, Hazamin menceritakan pengalaman mereka yang kini semakin kerap membuat persembahan di Selatan Thailand terutamanya Pattani.

“Industri nasyid di sana memang sedang berkembang. Peminat nasyid di sana pun dah semakin ramai dan sambutan pun sangat menggalakkan.”

Malah, menurutnya penasyid-penasyid lain dari Malaysia seperti Raihan, UNIC dan Syifa’ juga sudah mula kerap kesana untuk membuat persembahan.

“Ada juga bakat-bakat baru di sana, dan ada yang boleh pergi lebih jauh. Insyaallah, kami juga sedang berusaha mencari jalan untuk menggilap kumpulan-kumpulan nasyid dari selatan Thailand untuk pergi lebih jauh lagi”Kata Hazamin

Pun begitu, ada nada sedikit kecewa bila diajukan tentang isu penjualan album yang semakin merundum khususnya nasyid. Kata Hazamin, jualan album arti nasyid kini di tahap membimbangkan.

Dengan situasi sekarang adalah lebih baik membikin satu lagu yang betul-betul bertaraf ‘killer song’ daripada membikin 10 lagu biasa.”Tegasnya ringkas menutup perbualan bersama kami. -MUNSYEED.COM

Nota- Gambar adalah hakmilik Inteam Records dan Firdaus Mahadi.

sumber:

munsyeed.com

Thursday, April 21, 2011

3 Album Terbaru dari Rabbani

Lagu seperti Maulana, Solla 'Alaikallah, Anta Ya Rahman dan banyak lagi semuanya dirakamkan di Kuwait dengan nafas baru

Ketika Cinta antara album kompilasi terbaru yang menampilkan Rabbani, Durrani dan Harakat Madani. Antara lagu-lagu hits, Kembara, Untukmu, Hakikat, Nur Selawat, Keagungan Rasulullah dan banyak lagi. Terdapat 3 lagu baru dari Rabbani bersama Almarhum Ustaz Asri Ibrahim iaitu Ketika Cinta (rakaman sempena Konsert MSM 1430H), Iman Mutiara (versi Rabbani) dan Teman Sejati (rakaman terbaru). Dapatkan segera dipasaran berharga RM25.90 terbitan Rabbani Productions.

DVD Malam Sinar Maulidurrasul 1431H yang menampilkan Rabbani, Aishah, Datuk Sharifah Aini, Jamal Abdillah, Yasin dan Joe Flizzow serta penampilan istimewa Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah sebagai penceritaan tentang Rasulullah S.A.W. Bonus track MTV Kejora Sinar Zaman (Tribute to Almarhum Ustaz Asri Ibrahim). Dapatkan segera dipasaran berharga RM25.00, terbaru terbitan Rabbani Productions

Sunday, April 17, 2011

Ku Mohon RahmatMu Dari Generasi Harapan 2 (GH2) :: Studiokini

Generasi Harapan, bukanlah satu nama baru dalam dunia nasyid. Malah jika peminat nasyid mengikuti perkembangan kumpulan Mawaddah,mereka pasti akan tahu kewujudan Generasi Harapan.

Tapi Generasi Harapan 2 (GH2) ini berbeza sedikit. Jika GH dianggotai oleh adik-beradik anak Allahyarham Ustaz Ashaari Muhammad termasuk lelaki dan wanita, tapi GH2 ini terdiri daripada semua kaum Adam.

Tidak dapat dipastikan apakah perbezaan GH2 dengan GH. Yang pasti mereka dari rumpun sama, iaitu Mawaddah. Dulu Mawaddah sendiri terdiri daripada Mawaddah Puteri, Mawaddah Kecil dan Mawaddah Putera. Nama Mawaddah mungkin tidak digunakan lagi untuk masa sekarang. Mungkin atas nama re-brand.

GH2 yang ditubuhkan pada tahun 2009 tampil dengan album sulung (menurut kumpulan tersebut sendiri) berjudul Ku Mohon RahmatMu. Album yang memuatkan 9 buah lagu ini diterbitkan oleh Bestari....

Harga bagi pasaran Malaysia ialah RM19.90. Semua lagu dalam album ini lebih menyentuh kepada kecintaan kepada Rasulullah kerana rakaman album ini dibuat dalam bulan Rabiul Awal.

Kepada yang berminat, layari laman Facebook Mawaddah International untuk dapatkan album ini. Atau layari juga laman rasmi GH2 [klik sini].

sumber:
studiokini

Monday, April 11, 2011

Album Baru: Khazanah Cinta

Dapatkan album kompilasi 'Khazanah Cinta' terbitan Nasyeed Edutainment. Turut dimuatkan dalam Album Kompilasi tersebut ialah single terbaru kumpulan Mestica bertajuk "Istikharah" serta Lagu baru berjudul "Mungkinkah" nyanyian bintang nasyid baru, Asyraf..dapatkan di pasaran sekarang........

Monday, April 4, 2011

Jom LIKE page NasyeedTwoYou milik blog nasyid2u

http://www.facebook.com/pages/NasyeedTwoYou/145753585486311

Tutorial Studio – Bahagian 1 oleh Munsyeed.Com

TUTORIAL STUDIO – Bahagian Satu

Assalammmualaikum semua

Alhamdulillah, syukur pada Allah dapat juga saya berpeluang menulis ruangan baru untuk MUNSYEED.COM ini. Sebenarnya, ruangan ini adalah request yang banyak saya dapat daripada kawan-kawan penasyid dan kawan-kawan pemuzik yang baru sahaja mahu berjinak-jinak dalam bidang rakaman.

Umum maklum, teknologi sudah berkembang. Jika dahulu, rakaman album perlu dibuat di studio rakaman yang besar, peralatan yang mahal dan kos yang sangat tinggi. Akan tetapi, keadaannya sudah berbeza sekarang.

Dengan bantuan teknologi, komputer dan sedikit pengetahuan asas, kini nak merakamkan album pun boleh dilakukan di homestudio, dengan kos yang jauh lebih murah. Malah, saya sendiri pernah mendengar beberapa material lagu yag dirakam di homestudio mempunyai kualiti yang baik, ada diantaranya yang setanding dengan lagu yang dirakamkan di studio-studio besar.

Di studio-studio rakaman yang biasa, memanglah equipmentnya besar, mahal. Dengan mixer consolenya, outboard, preamp dan sebagainya. Namun seiring dengan perkembangan teknologi, semua ini sudah boleh dirakam di rumah.

Perbezaan kos juga dapat dilihat. Jika melakukan rakaman album secara profiesional di studio, kos satu album ada kalanya boleh menjangkau RM30,000 hingga RM50,000. Ini termasuk sewa studio yang adakalanya menjangkau RM80 sejam, kos membuat susunan muzik dan sebagainya.

Untuk homestudio pula, katakanlah kita sudah mempunyai komputer yang baik, kos untuk membeli kesemua peralatan rakaman boleh menjangkau semurah RM2000, termasuk audio interface, mikrofon yang bagus, speaker monitor dan sebagainya.

Apa kelebihannya merakam di homestudio berbanding di studio rakaman profesional? Pertama sekali, menjimatkan kos kerana kita sudah tidak perlu risau akan soal harga sewaan studio. Rakamlah seberapa lama sekalipun, dan kita boleh bereksperimentasi dengan pelbagai teknik rakaman. Secara tidak langsung, dapatlah jugak mengembangkan pengalaman ye tak?

Walaubagaimanapun, ada beberapa factor yang perlu kita ambil kira sebelum kita merakam album. Peralatan, pengetahuan dan teknik merakam. Semua itu insyaallah saya akan kupas saatu persatu dalam ruangan ini. Ia juga mungkin berguna untuk para pembaca bagi mengetahui bagaimana proses sebenar merakam album.

Apapun, Saya sertakan disini, perbezaan diantara studio rakaman dan homestudio


STUDIO RAKAMAN PROFESIONAL HOME STUDIO
KOS PERALATAN Mencecah ratusan ribu Semurah RM1000
Sewaan Bermula daripada RM50 sejam Percuma, bila-bila masa sahaja
Jurutera bunyi Berpengalaman Belajar sendiri, ‘try n error’, akan tetapi boleh tambah pengetahuan
Kualiti Profesional Berbekalkankan sedikit pengetahuan dan kesabaran, ia akan jadi seakan kualiti studio profiesional
TEKANAN Terpaksa mengikut kehendak penerbit, mengejar jam dan sewaan studio Mempunyai kebebasan, secara tidak langsung meningkatkan kreativiti

Pada bahagian akan datang, saya akan terangkan tentang asas rakaman, apa yang diperlukan, peralatan dan sebagainya. Till then!


sumber:

munsyeed.com

NASYIDFM Dalam Proses Pengambil Alihan


Radio Internet NasyidFM kini sedang dalam proses penstrukturan semula perkhidmatan mereka.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, mereka menjelaskan bahawa segala operasi radio dan komuniti, dihentikan sementara waktu.

“Untuk mengetahuan umum, NasyidFM tidak lagi diuruskan oleh syarikat “NasyidFM Media Network” buat masa ini”

Menurut mereka, Segala urusan dan pembelian di portal E-Bazaar NasyidFM, diuruskan oleh “NasyidFM Media Network” sebelum tarikh 30 April 2011, sebarang urusan/isu berkaitan dengan pembelian produk atau bil, boleh hubungi saudara Kee Md Sizar Ramdan menerusi email feedback@ebazaar.my .


sumber:

munsyeed.com

Rayyan Bertasbih Cinta

Mereka bukanlah orang baru yang aktif dalam industri muzik nasyid. Penglibatan mereka sebagai kumpulan nasyid Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah bermula sejak tahun 2004 di bawah naungan Bahagian Komunikasi Korporat DBP.


Rayyan, kumpulan nasyid yang giat dalam pelbagai pertandingan nasyid, akhirnya muncul dengan album pertama mereka, Tasbih Cinta.

Tasbih Cinta mengetengahkan konsep pop dakwah yang bait-bait liriknya ditulis oleh para sasterawan. Album ini mengandungi lima buah lagu iaitu Tasbih Cinta, Khazanah, Perjalanan, Kau dan Petua Nasihat.

Dengan membawa falsafaha "Berhibur Dalam Zikrullah", Rayyan telah mencipta pelbagai kejayaan sejak penubuhannya. Antaranya ialah Johan Festival Nasyid Kebangsaan 2006, dan Johan Festival Nasyid Antara Kementerian 2004 & 2006. Rayyan juga pernah menjadi wakil negara dalam Festival Seni Budaya Islam Negara-negara MABIMS 2006 di Jakarta, Indonesia.

pelancaran album Rayyan,Tasbih Cinta
Dan pada 27 Mac 2011, pelancaran album Rayyan telah diadakan di Karnival Jom Heboh 2011 di Batu Kawan, Pulau Pinang. Pelancaran telah disempurnakan oleh Johan Jaafar, Pengerusi Media Prima Berhad.

Kepada peminat hiburan dakwah, anda boleh mendapatkan album Tasbih Cinta dengan menghubungi Pengurus Rayyan di taluan 013-3807442 atau email kepada myrayyan63@yahoo.com. Dapatkan album Rayyan serendah RM12 (tidak termasuk pos).

sumber:
studiokini

Kita Berbeza - Demascus:: Studiokini

Setiap manusia dilahirkan dengan kelebihan dan kelemahan masing-masing. Istilah mudah, kita memang ada perbezaan. Itulah mesej yang cuba disampaikan oleh Demascus dalam album mereka, Kita Berbeza.

Demascus merupakan salah sebuah kumpulan baru yang tampil dengan konsep yang berlainan dengan artis-artis hiburan alternatif yang lain.

Malah Demascus dilihat akan menjadi antara kumpulan alternatif yang mampu maju ke hadapan, sama seperti Mirwana. Konsep Demascus yang universal, dan liriknya yang mengandungi nasihat akan membolehkan kumpulan ini mendapat tempat kelak.

Album Kita Berbeza dijangkan memuatkan 6 buah lagu. Lagu-lagu yang terkandung dalam album tersebut ialah:

KITA BERBEZA
Lagu yang penuh dengan mesej bermakna. Demascus cuba menyampaikan bahawa manusia sememangnya berbeza namun boleh disatukan. Track permulaan yang mampu menaikkan nama Demascus dan antara lagu pilihan penulis.

MENGEJAR SEMPURNA
Lagu motivasi yang disampaikan secara duet bersama Ikram (Mirwana). Lagu ini berentak slow tapi bersemangat dari segi liriknya.

HADIRMU (PIANO)
Lagu ini menggunakan muzik piano. Berentak slow dan turut mengandungi kata-kata motivasi. Genre? Nak kata nasyid pun tak, bukan nasyid pun tak. Yang penting, dakwah. Tidak pasti lagu ini ditujukan kepada ibu bapa, rakan atau insan lain.

MASIH BELUM BERAKHIR
Lagu ini bermula dengan muzik rancak.Memang memotivasikan diri untuk bangkit dari jatuh. Memang best lagu ni terutama bila frust dalam melakukan sesuatu perkara.

SELAMANYA
Sedikit mengantuk lagu ni. Berentak balada.Tapi best. Cuma lirik susah nak faham. Tak sesuai dengar lagu ni waktu nak buat kerja. (^_^).

HADIRMU
Sama ja komen dengan versi piano.

Secara umum, Demascus memang berbeza dengan kumpulan lain. Dan Demascus mampu pergi jauh. Nantikan kemunculan album Kita Berbeza.

sumber:
studiokini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...