FOLLOWERS NASYID2U

Monday, April 4, 2011

Rayyan Bertasbih Cinta

Mereka bukanlah orang baru yang aktif dalam industri muzik nasyid. Penglibatan mereka sebagai kumpulan nasyid Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah bermula sejak tahun 2004 di bawah naungan Bahagian Komunikasi Korporat DBP.


Rayyan, kumpulan nasyid yang giat dalam pelbagai pertandingan nasyid, akhirnya muncul dengan album pertama mereka, Tasbih Cinta.

Tasbih Cinta mengetengahkan konsep pop dakwah yang bait-bait liriknya ditulis oleh para sasterawan. Album ini mengandungi lima buah lagu iaitu Tasbih Cinta, Khazanah, Perjalanan, Kau dan Petua Nasihat.

Dengan membawa falsafaha "Berhibur Dalam Zikrullah", Rayyan telah mencipta pelbagai kejayaan sejak penubuhannya. Antaranya ialah Johan Festival Nasyid Kebangsaan 2006, dan Johan Festival Nasyid Antara Kementerian 2004 & 2006. Rayyan juga pernah menjadi wakil negara dalam Festival Seni Budaya Islam Negara-negara MABIMS 2006 di Jakarta, Indonesia.

pelancaran album Rayyan,Tasbih Cinta
Dan pada 27 Mac 2011, pelancaran album Rayyan telah diadakan di Karnival Jom Heboh 2011 di Batu Kawan, Pulau Pinang. Pelancaran telah disempurnakan oleh Johan Jaafar, Pengerusi Media Prima Berhad.

Kepada peminat hiburan dakwah, anda boleh mendapatkan album Tasbih Cinta dengan menghubungi Pengurus Rayyan di taluan 013-3807442 atau email kepada myrayyan63@yahoo.com. Dapatkan album Rayyan serendah RM12 (tidak termasuk pos).

sumber:
studiokini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...