FOLLOWERS NASYID2U

Friday, April 29, 2011

Raikan Hari Ibu Bersama Rabbani

Genap sedekad dinobatkan sebagai Artis Nasyid Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Kumpulan Nasyid Tersohor; Rabbani mengorak langkah kehadapan untuk terus menganjurkan pelbagai aktiviti bersama peminat dan untuk semua.

Terkini, Rabbani melalui Rabbani Production dengan kerjasama Hotel Singgahsana Petaling Jaya, Galeri Ilmu dan rakan niaga yang lain menganjurkan sebuah program Untukmu Ibu. Program ini bertujuan mengajak semua peminat dan mereka yang bergelar anak untuk meraikan insan bernama ibu dengan konsep hiburan mendidik jiwa sempena Sambutan Hari Ibu yang akan berlangsung pada 8.Mei.2011.

Program Untukmu Ibu ini akan diadakan secara eksklusif di Hotel Singgahsana Petaling Jaya pada 8.Mei.2011, jam 2.30 petang dengan menampilkan artis tersohor negara seperti Aisyah, Rabbani, Dato’ Ustazah Siti Nurbahyah dan penampilan istimewa oleh anakanda Almarhum Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani), Adik Mohd Ilham yang masih berusia 12 tahun. Adik Muhd Ilham akan berduet bersama kumpulan Rabbani.

Pelbagai aktiviti menarik menanti semua yang hadir antaranya cabutan bertuah tajaan rakan-rakan niaga Rabbani Production seperti pihak Hotel Singgahsana, Uzai Trading, Tunas Indah Niaga, Ana Edar, Galeri Ilmu, Kels dan Pakej Umrah Bersama Rabbani tajaan Rabbani Travel & Tours Sdn Bhd dan KRS Travel.

Rabbani menyeru para peminat untuk membawa para ibu mahupun para isteri dan anak-anak untuk turut sama terlibat dengan program istimewa Untukmu Ibu kerana pengisian program ini terbuka dan sesuai untuk semua golongan umur. Programini juga diharapkan dapat memberi pendedahan kepada para hadirin mengenai betapa pentingnya kita menghargai dan mengingati jasa dan pengorbanan insan mulia bergelar ibu.

Harga bagi tiap-tiap kerusi bermula RM100.00, RM150.00 dan RM250.00 seorang. Tempat adalah terhad. Untuk membuat tempahan, anda boleh berhubung dengan wakil Rabbani Production Sdn Bhd di talian 03-62721225 (Cik Erin) atau 019-2110300 (Ustaz Azadan Rabbani). -MUNSYEED.COM

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...