FOLLOWERS NASYID2U

Monday, April 4, 2011

Tutorial Studio – Bahagian 1 oleh Munsyeed.Com

TUTORIAL STUDIO – Bahagian Satu

Assalammmualaikum semua

Alhamdulillah, syukur pada Allah dapat juga saya berpeluang menulis ruangan baru untuk MUNSYEED.COM ini. Sebenarnya, ruangan ini adalah request yang banyak saya dapat daripada kawan-kawan penasyid dan kawan-kawan pemuzik yang baru sahaja mahu berjinak-jinak dalam bidang rakaman.

Umum maklum, teknologi sudah berkembang. Jika dahulu, rakaman album perlu dibuat di studio rakaman yang besar, peralatan yang mahal dan kos yang sangat tinggi. Akan tetapi, keadaannya sudah berbeza sekarang.

Dengan bantuan teknologi, komputer dan sedikit pengetahuan asas, kini nak merakamkan album pun boleh dilakukan di homestudio, dengan kos yang jauh lebih murah. Malah, saya sendiri pernah mendengar beberapa material lagu yag dirakam di homestudio mempunyai kualiti yang baik, ada diantaranya yang setanding dengan lagu yang dirakamkan di studio-studio besar.

Di studio-studio rakaman yang biasa, memanglah equipmentnya besar, mahal. Dengan mixer consolenya, outboard, preamp dan sebagainya. Namun seiring dengan perkembangan teknologi, semua ini sudah boleh dirakam di rumah.

Perbezaan kos juga dapat dilihat. Jika melakukan rakaman album secara profiesional di studio, kos satu album ada kalanya boleh menjangkau RM30,000 hingga RM50,000. Ini termasuk sewa studio yang adakalanya menjangkau RM80 sejam, kos membuat susunan muzik dan sebagainya.

Untuk homestudio pula, katakanlah kita sudah mempunyai komputer yang baik, kos untuk membeli kesemua peralatan rakaman boleh menjangkau semurah RM2000, termasuk audio interface, mikrofon yang bagus, speaker monitor dan sebagainya.

Apa kelebihannya merakam di homestudio berbanding di studio rakaman profesional? Pertama sekali, menjimatkan kos kerana kita sudah tidak perlu risau akan soal harga sewaan studio. Rakamlah seberapa lama sekalipun, dan kita boleh bereksperimentasi dengan pelbagai teknik rakaman. Secara tidak langsung, dapatlah jugak mengembangkan pengalaman ye tak?

Walaubagaimanapun, ada beberapa factor yang perlu kita ambil kira sebelum kita merakam album. Peralatan, pengetahuan dan teknik merakam. Semua itu insyaallah saya akan kupas saatu persatu dalam ruangan ini. Ia juga mungkin berguna untuk para pembaca bagi mengetahui bagaimana proses sebenar merakam album.

Apapun, Saya sertakan disini, perbezaan diantara studio rakaman dan homestudio


STUDIO RAKAMAN PROFESIONAL HOME STUDIO
KOS PERALATAN Mencecah ratusan ribu Semurah RM1000
Sewaan Bermula daripada RM50 sejam Percuma, bila-bila masa sahaja
Jurutera bunyi Berpengalaman Belajar sendiri, ‘try n error’, akan tetapi boleh tambah pengetahuan
Kualiti Profesional Berbekalkankan sedikit pengetahuan dan kesabaran, ia akan jadi seakan kualiti studio profiesional
TEKANAN Terpaksa mengikut kehendak penerbit, mengejar jam dan sewaan studio Mempunyai kebebasan, secara tidak langsung meningkatkan kreativiti

Pada bahagian akan datang, saya akan terangkan tentang asas rakaman, apa yang diperlukan, peralatan dan sebagainya. Till then!


sumber:

munsyeed.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...