FOLLOWERS NASYID2U

Sunday, June 26, 2011

AlFalah Dari SMK Seri Bentong

Kewujudan kumpulan nasyid adalah lumrah bagi mana-mana sekolah menengah,atau institusi pengajian tinggi. Ada yang wujud semata-mata untuk menyertai pertandingan,ada yang kerana minat yang mendalam.

Tidak hairan jika kumpulan nasyid peringkat IPT menerbitkan album kerana mereka boleh dianggap mencapai usia mampu berdikari.Jarang sekali kita mendengar kumpulan nasyid peringkat sekolah menerbitkan album.

Namun tidak bagi SMK Seri Bentong. Kumpulan nasyid mereka bukan sahaja wujud tetapi mengambil langkah menerbitkan album sendiri.

Al-Falah,mungkin jarang kita dengar. Mereka merupakan pelajar-pelajar SMK Seri Bentong. Kumpulan ini mengorak langkah menerbitkan album mereka,Salam Rindu.

Album ini memuatkan 7 tracklist iaitu Salam Rindu, Peranan Manusia, Sajak Kenangi Jasa, Terima Kasih Ibu & Ayah, Sketsa Hikmah Basmalah, Kasih Sayang dan Ukhwah Sejati.


Menariknya, album ini diterbitkan serta diedarkan oleh Persatuan Usahawan Muda sekolah terbabit denga kerjasama Studio Ikhwan.

Album ini boleh dianggap sebagai satu permulaan buat al-Falah untuk memperbaiki serta memantapkan kualiti persembahan mereka. Track terbaik dalam album ini ialah Salam Rindu.

Kepada yang berminat untuk mendapatkan album ini,hubungi Puan Zalina di talian 013-9952954

sumber:
studiokini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...