FOLLOWERS NASYID2U

Monday, September 26, 2011

Raihan Aktif Terbit Produk Islami

Nama kumpulan Raihan bukanlah nama baharu dalam industri nasyid. Terkenal dan popular di dalam dan luar negara, Raihan yang berstatus artis antarabangsa adalah antara artis yang menjadi kebanggaan negara kita. Tahun ini, genap 15 tahun Raihan berada dalam industri sejak awal kemunculannya pada sekitar tahun 1996 yang berjaya mencetuskan satu fenomena luarbiasa sehingga mencapai jualan album melebihi 600,000 unit, satu pencapaian yang cukup luarbiasa dan tercatat dalam Malaysia Book of Records.

Kini, setelah hampir 15 tahun mengembara ke pelusuk dunia menyebarkan seni dakwah, Raihan memilih untuk berdakwah di negara sendiri dengan menerbitkan produk-produk Islami berbentuk Album-album yang dekat dengan peminatnya.

Raihan kini aktif menerbitkan album-album nasyid, bacaan Al-Quran, zikir mahupun lagu-lagu Islami untuk kanak-kanak melalui syarikatnya, Raihan Records Sdn Bhd. Syarikat yang beroperasi di Bandar Sri Damansara ini semakin aktif menghasilkan produk-produk terbaru hari demi hari. Tidak cukup dengan itu, Raihan juga turut aktif memenuhi persembahan pentas, acara-acara rasmi dan juga penampilan istimewa mereka di televisyen setelah sekian lama aktif di luar negara.

Mengikut Raihan, semua album yang diterbitkan adalah dbawah label Raihan Records Sdn Bhd manakala untuk edaran, raihan Records telah memilih syarikat Inteam Records Sdn Bhd untuk edaran eksklusif album-album terbitan mereka.

Berikut adalah album-album terbitan Raihan Records Sdn Bhd:

Bacaan Al-Ma'thurat Che Am Raihan

.

Koleksi Surah-Surah Nabi

.

Lagu-Lagu Hafalan

.

Surah Pilihan Juzu' Amma

.

Mari Mengaji

sumber -Munsyeed{Dot}Com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...