FOLLOWERS NASYID2U

Friday, September 30, 2011

Hijjaz Terbit Album Umrah dan Haji

Album berkonsepkan pelajaran terus mendapat sambutan hangat. Penerbitan album bukan sahaja untuk menghiburkan pendengar tetapi turut memberi didikan kepada pendengar dengan ilmu yang bermanfaat.

Setelah sekian lama Hijjaz tidak tampil dengan album berkonsepkan zikir, sempena dengan musim haji tahun ini, Hijjaz tampil dengan album Umrah dan Haji.

Album ini bukanlah album yang mengandungi lagu. Kandungan zikir serta doa dalam album ini sudah cukup memberikan hiburan sebenar dalam diri si pendengar.

Tracklist album ini ialah:

1. Doa ketika musafir
2. Doa naik kenderaan
3. Talbiah
4. Doa melihat rumah-rumah di bandar mekkah
5. Doa masuk pintu As-Salam
6. Bacaan apabila melihat Baitullah
7. Lafaz niat mandi sunat ihram
8. Lafaz niat solat sunat ihram
9. Lafaz niat haji
10.Lafaz niat umrah
11.Doa menuju kegarisan bermula tawaf
12.Lafaz niat tawaf
13.Bacaan doa tawaf 1
14.Bacaan doa tawaf 2
15.Bacaan doa tawaf 3
16.Bacaan doa tawaf 4
17.Bacaan doa tawaf 5
18.Bacaan doa tawaf 6
19.Bacaan doa tawaf 7
20.Doa di antara rukun Yamani & Hajar Aswad
21.Doa di Multazam
22.Lafaz niat solat sunat tawaf
23.Doa selepas solat sunat di makam Ibrahim
24.Doa minum air Zam-zam
25.Lafaz niat Sae'i haji
26.Doa dari Sofa ke Marwah 1
27.Doa dari Marwah ke Sofa 2
28.Doa dari Sofa ke Marwah 3
29.Doa dari Marwah ke Sofa 4
30.Doa dari Sofa ke Marwah 5
31.Doa dari Marwah ke Sofa 6
32.Doa dari Sofa ke Marwah 7
33.Doa bercukur
34.Doa dan zikir di Padang Arafah
35.Doa ketika hendak melontar
36.Doa selepas melontar
37.Lafaz niat tawaf Wida'

Sesuai untuk mereka yang bakal mengerjakan haji serta umrah.Dapatkan album ini di pasaran sekarang.

sumber: studiokini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...