FOLLOWERS NASYID2U

Friday, September 30, 2011

Review Album: Ustaz Amal – Zikir Dan Doa Munajat

Album Zikir & Doa Munajat Ustaz Amal

Ustaz Amaluddin kini kembali lagi dengan album zikir terbarunya. Album yang bertajuk Zikir & Doa Munajat ini diterbitkan hasil usaha Inteam Records dan Ustaz Amaluddin sendiri.

Keunikan suara Ustaz Amal yang bertona lembut menjadi tumpuan utama album ini. Dengan menghimpunkan 15 zikir dan doa yang sangat elok diamalkan, baik selepas solat mahupun dalam kehidupan seharian.

Tidak seperti album zikir yang lain, yang membuatkan kami tertarik dengan album ini ialah suara latar harmoni yang bijak menyelit dicelah-celah alunan doa. Maka, setiap track tidak kedengaran terlalu kosong, dan ia menambahkan perasa album ini.

Di dalam album ini juga, dua anak lelaki Ustaz Amal, Muhammad Asadullah dan Muhammad Ajwad turut bergabung tenaga sama-sama menjayakan album ini. Malah, nama-nama besar seperti Frizdan, Pyan Saujana, Sariman Nowseeheart, Inteam dan Safarizan turut terlibat melatari vocal harmoni album ini.

Keseluruhannya, album ini sangat sesuai untuk didengari dan diamalkan. Dapatkan sekarang! -Munsyeed{Dot}Com

*Hantarkan album anda untuk dimuatkan dalam Segmen Ulasan Album. Hubungi kami melalui email- munsyeed@gmail.com


sumber: munsyeed.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...