FOLLOWERS NASYID2U

Tuesday, September 13, 2011

Album Demascus Kita Berbeza


Setelah sekian lama menunggu akhirnya album sulung kumpulan Demascus muncul jua. Kumpulan yang berkonsepkan harmoni,bercampur rap ini tampil dengan konsep yang agak berbeza berbanding kumpulan nasyid yang lain.

Sesuai dengan judul album,Kita Berbeza, Demascus cuba membawa imej anak muda zaman sekarang mengikut konsep mereka tersendiri.

Album Demascus ini diterbitkan oleh Demascus Production,dengan kerjasama Arteffects Sdn Bhd,syarikat milik komposer dan penyanyi Hafiz Hamidun serta diedarkan oleh Warner Music.

Menariknya tentang album ini, lagu-lagu di dalam album ini nyata memberi kesegaran kepada pendengar. Dalam muzik ada mesej tersirat.Itulah bahasa mudah untuk menggambarkan lagu-lagu yang terkandung di dalam Kita Berbeza.

Kita Berbeza menampilkan 5 buah lagu iaitu Kita Berbeza, Mengejar Sempurna (feat. Ikram Mirwana), Hadirmu, Masih Belum Berakhir dan Selamanya serta Hadirmu (versi piano).

Untuk review, boleh baca entry yang lepas. Tak rugi beli album ini.Dapatkan segera yang original sekarang.

sumber:studiokini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...