FOLLOWERS NASYID2U

Monday, October 29, 2012

Khalish kumpulan nasyid terbaru


Khalish masih hijau lagi dalam industri nasyid, merupakan sebuah kumpulan yang terdiri dari 4 orang anak muda iaitu Ady Adzmin, Syarifuddin, Firdaus dan Arshad. Mereka semua masih lagi belajar di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Kuala Sungai Baru, Melaka. KHALISH bermaksud : Ikhlas,Suci,Murni dan Perjuangan.
Mereka masih baru lagi dalam industri ini serta aktif dalam membuat persembahan di Melaka dan diseluruh negara. Namun begitu, dalam kesibukan mereka belajar sepenuh masa, Khalish cuba untuk memberikan komitmen dalam menulis lagu sendiri sebelum melangkah masuk ke studio untuk merakamkan single pertama mereka tidak lama lagi.
Pengalaman mereka dalam mengadakan persembahan nasyid sepanjang tahun 2012 ini antaranya ialah di Seri Negeri Melaka pada 4 Mei 2012, Konsert 1 KUIM anjuran MPP KUIM di Auditorium Pujangga KUIM bersama Azwan Far East dan Hafiz Hamidun, forum bersama Prof. Ridhuan Tee Abdullah juga di Auditorium Pujangga KUIM, Malam Graduan KUIM pada 10 Julai 2012 di Hotel Renaissance Melaka berduet bersama Mawi dengan lagu HambaMu dan beberapa persembahan lain di KUIM.

Khalish bersama Mawi

Persembahan di Konsert 1 KUIM
Dibawah ini video persembahan Khalish semasa Malam Graduan Kuim baru-baru ini, telah dirakamkan oleh salah seorang penonton yang hadir pada majlis tersebut.
Diharap dengan kehadiran mereka ini dapat menyerikan lagi industri nasyid tanahair. Semoga mereka akan terus berjaya dalam menyampaikan dakwah kepada orang ramai melalui nyanyian. -NK
*Sumber: FB Khalish,nasyidkini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...