FOLLOWERS NASYID2U

Sunday, October 21, 2012

4 Album Nasyid Terbaru 2012


Penerbitan album-album nasyid atau ketuhanan ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.Boleh dikatakan tahun 2012 ini merupakan tahun paling banyak album nasyid dikeluarkan. Paling tidak pun, kalau tak album penuh, mungkin album single dan mini album yang keluar.

DESTINY BERSAMA RINDU

Kumpulan Destiny bukanlah kumpulan baru. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 2009 dan pernah muncul dengan album pertama mereka, Destiny. Ketika itu Destiny popular dengan lagu Hati Kata Rindu.

Setelah hampir 2 tahun menyepi diri, Destiny tampil dengan album kedua mereka, Bersama Rindu.Album ini menampilkan 13 buah lagu. Terdapat 5 buah lagu manakala yang lain adalah zikir, bacaan ayat al-Quran, sajak dan bacaan hadith. 5 buah lagu tersebut adalah Cinta Sepi Indah, Bersama Rindu, Kata Maaf, Tandus, Kelopak Sirna.

Album kedua Destiny ini melibatkan beberapa orang komposer seperti Yusof Destiny, Fitri Haris dan Epy Mespedo, manakala lagu dan gubahan muzik juga hasil dari idea Destiny sendiri.

Album ini diterbitkan oleh Wisdom Mind Resources dengan harga RM25.90. Dapatkan melalui FacebookDestiny.

LENTERA AGAMA DARI SEEDRAIN

Perkataan SeedRain diambil daripada Surah al-Waqiah ayat 28 yang bermaksud: "Berada di antara Pohon Bidara yang tidak berduri". Dalam Bahasa Malayu sidrin bermaksud “Pohon Bidara”. Perkataan ini di simbolikkan ke dalam Bahasa Inggeris (SeedRain) dengan maksud “benih yang dibawa oleh hujan”.

SeedRain dianggotai oleh empat orang anak muda. Anggota kumpulan ini telah bermula semenjak dibangku sekolah menengah lagi sekitar tahun 1990-an dengan nama Shoutul izzah dan pada tahun 2010, dengan rasminya SeedRain di tubuhkan. 

Merupakan album pertama kumpulan ini dan telah dijual ke seluruh Malaysia. Album ini diedarkan oleh Rabbani Production (M) Sdn. Bhd. dan SeedRain bernaung di bawah BC Amanah Resources. Lagu-lagu kumpulan ini ialah Mahabbah Rasulillah,Lantera Agama, Al-Quran & Terjemahan, Bonda, Anak Desa, Guruku, Zikir dan Cinta Na'illa. 

Untuk sebarang pertanyaan, jemputan dan sebagainya bolehlah hubungi Pengurus Seedrain iaitu Mohd Jamal Mat Naim di talian 019-967 6976 atau hubungi BC Amanah Resources 09-662 1792.

FIRAST CUBA NASIB



Kalau sebut nama Firast, mungkin ramai tak kenal. tapi kalau sebut Ustaz Manis pasti ada yang kenali. Sebelum ini Ustaz Manis lebih bergerak secara solo. Namun untuk kali ini, UstazManis tampil bersama kumpulannya, Firast menerusi album sulung mereka, Qudus Kasihmu.

Album ini diterbitkan oleh oleh Manis Edutainment dan diedarkan secara bersama melalui UNIC Records.

SOUTUL IMTIYAZ SYURGA MAHABBAH

Berasal dari SM Raja Dr. Nazrin Shah, Soutul Imtiyaz membuat percubaan pertama dengan tampil bersama album Syurga Mahabbah. Soutul Imtiyaz merupakan salah sebuah kumpulan nasyid yang terkenal di sekitar Perak dan sering kali menyertai pertandingan-pertandingan nasyid seperti Bintang Nasyid Mu'min 2012.

Album tersebut diterbitkan secara bersama Paradise Productions milik kumpulan Paradise. Album ini juga merupakan produk pertama dari Paradise Production.

Album Syurga Mahabbah menampilkan lagu-lagu seperti Al-Quran Panduan Insan,Akidah Kukuh Sahsiah Gemilang, CiptaanNya, Halawatul Iman, Syurga Mahabbah dan Inilah Fitrahnya feat Paradise. Harganya cuma RM16.90

Dapatkan album Soutul Imtiyaz dengan menghubungi 0132227263(Shafuan) atau 0136433259(Roslan).

Semua album ini boleh juga didapati melalui Kedai Nasyid Online.- STUDIOKINI

sumber:Studiokini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...