FOLLOWERS NASYID2U

Monday, October 8, 2012

Hafiz Hamidun dominasi pencalonan AIM



Anugerah Industri Muzik bagi edisi tahun ini menyaksikan penyanyi dan composer Hafiz Hamidun mendominasi tiga daripada lima pencalonan dalam kategori Lagu Nasyid Terbaik.
Dalam satu siding akhbar pengumuman calon yang diadakan di The Royale Chulan, tiga lagu karyanya iaitu AsmaulHusna (nyanyian Mawi, Allah (Hafiz Hamidun) dan GarisMu (Izzat Mahadi) akan bersaing dengan dua buah lagi lagu yang turut tercalon iaitu lagu Doa nyanyia Nora dan Erti Al-Fatihah nyanyian kumpulan cilik Voices Of Ummi.
Bukan itu sahaja, malah album Zikir Terapi beliau turut tercalon dalam kategori Rakaman Album Terbaik bersama jurutera mastering CL Toh.
Dalam perkembangan berkaitan, pihak RIM telah melantik composer Adnan Abu Hassan sebagai ketua juri dalam anugerah berprestij kali ini. Dalam kenyataannya, beliau menjelaskan bahawa Pentadbiran serta pengurusan proses penghakiman tahun ini akan dikendalikan oleh firma yang telah dilantik untuk mengaudit segala undian juri terhadap semua kategori yang dipertandingkan, yakni MACOMM Management Services.
“Hanya komposer yang profesional serta penggiat seni yang berpengalaman luas telah dipilih disuaikan dengan kemahiran masing-masing, antaranya seperti Datuk M. Nasir, Helen Yap, Ajai, Acis, Edrie Hashim, Fauzi Marzuki dan S. Amin Shahab.
“Kami juga menilai semua pencalonan yang telah diterima dan seterusnya menentukan senarai pendek ‘top 5’ bagi semua kategori yang dipertandingkan seperti yang diumumkan pada hari ini,”.

sumber: munsyeed.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...