FOLLOWERS NASYID2U

Friday, October 7, 2011

Access Kunci Ke Kota ::StudioKini

Rasanya belum terlambat untuk promosikan album kumpulan nasyid terbaru. Namanya agak unik. Mungkin sebab menggunakan nama bahasa Inggeris.

Access, itulah nama kumpulan terbaru yang tampil mewarnai dunia hiburan. Mereka tampil dengan album sulung, Kunci Ke Kota sebagai percubaan awal untuk berjuang dalam arena muzik alternatif dakwah di Malaysia.

Album terbitan Arteffects Sdn Bhd, syarikat milik Hafiz Hamidun ini nyata membawa dimensi berlainan dengan album-album nasyid yang lain. Album ini menampilkan muzik yang lebih universal.

Antara aliran muzik yang ada dalam ini ialah pop dan etnik kreatif. Lagu Gemerlapan nyata menonjolkan muzik etnik kreatif yang menarik.

Rasanya antara lagu pilihan yang unik ialah Berjuta Juta, Kunci Ke Kota, Semakin Hari Semakin Sayang dan Gemerlapan.

CD dinanti tiba gak
Album ini mengandungi 9 tracklist iaitu Semakin Hari Semakin Sayang, Erti Janji (feat Hafiz Hamidun), Berjuta Juta, Saat Kau Tiba, Cinta Allah Cinta Rasul, Maafkanlah, Gemerlapan, Demi Hari Esok dan Kunci Ke Kota.

Dapatkan di pasaran sekarang.Tak menyesal punya.Pastikan yang original!

sumber: studiokini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...