FOLLOWERS NASYID2U

Monday, October 10, 2011

REVIEW ALBUM – Keberkatan Zikrullah

Menerbitkan album zikir seakan menjadi trend buat syarikat-rakaman berteraskan produk Islamik. Walaupun produksinya tampak hanya berskala kecil, namun diakui album-album zikir ini mempunyai sasarannya tersendiri.

Atas dasar itu, Intem Record mengambil langkah proaktif dalam penerbitan album sebegini. Terbaru, syarikat IRSB telah menerbitkan sebuah kompilasi zikir-zikir harian yang menampilkan nama-nama hebat industri hiburan Islam.

Antara nama-nama yang terlibat dalam kompilasi ini ialah Almarhum Ustaz Asri Ibrahim, Ustaz Akhil Hayy, Ustaz Dzulkarnain Hamzah dan Ustaz Amaluddin. Album Keberkatan Zikrullah yang diterbitkan IRSB mengandungi 17 track.

Variasi alunan zikir yang terdapat dalam album ini merupakan tarikan utama. Bermula dari kelunakan suara Almarhum Ustaz Asri dan Ustaz Amal, hinggalah dengan suara ‘jantan’ Ustaz Dzulkarnain dan Ustaz Akhil Hayy. Semuanya lengkap dalam satu pakej.

Album ini diterbitkan oleh Inteam Records Sdn Bhd dengan harga RM19.90

sumber: munsyeed.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...