FOLLOWERS NASYID2U

Sunday, October 16, 2011

Majlis Pra Pelancaran Dinar Rabbani

Majlis Pra Pelancaran Dinar Emas Rabbani

Pada akhir bulan September lepas, kumpulan nasyid paling popular Malaysia, Rabbani, telah mengadakan Majlis Pra Pelancaran Dinar Emas Rabbani dan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Rabbani di Masjid Imam Al-Ghazali, Bandar Manjalara, Kepong.

Majlis Pra Pelancaran Dinar Emas Rabbani ini telah disempurnakan oleh YB Dato Ahmad Maslan yang merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan disaksikan oleh Al-Fadhil Ustaz Sohibul, Rabbani dan hadirin yang hadir di majlis yang cukup meriah itu.

Rabbani menerokai bidang perniagaan baharu berteraskan Dinar Emas dengan mengambil iktibar daripada pesanan Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:”Akan tiba satu zaman dimana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia maka simpanlah Dinar dan Dirham.”

Dinar Emas Rabbani menggunakan emas 999 dengan berat 4.25 gram. Setiap Dinar Emas Rabbani yang dijual akan disertakan dengan sekeping kad pengesahan eksklusif beserta nombor siri.

Di majlis pra pelancaran tersebut, Rabbani turut mengambil kesempatan mengadakan majlis ramah mesra Aidilfitri sempena minggu terakhir Syawal 1432H. Antara kenamaan dan artis yang hadir adalah YB Dato Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Ustaz Sohibul, kumpulan Raihan, kumpulan Hijjaz, kumpulan Saujana, kumpulan Inteam, Suhaimi Saad dan Ina Naim serta ramai lagi.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar Majlis Pra Pelancaran Dinar Emas Rabbani dan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Rabbani di Dewan Masjid Imam Al-Ghazali, Bandar Manjalara. (Klik gambar untuk paparan lebih besar):

Rabbani bergambar bersama Dinar Rabbani

.

Dinar Rabbani menggunakan Emas 999 yang disertakan sekali Kad Pengesahan Eksklusif

.

YB Dato Ahmad Maslan melancarkan Pra Pelancaran Dinar Rabbani. Turut bersama beliau, Al-Fadhil Ustaz Sohibul dan Rabbani

.

Dinar Rabbani

.

Rabbani dan kek pelancaran Dinar Rabbani yang cukup sedap...

.

Kek Pelancaran Rabbani yang dihasilkan secara eksklusif oleh Ummubake Shop milik Faizal Hijjaz

.

Komposer terkenal, Frizdan dan rakan-rakan mengadakan persembahan istimewa di majlis tersebut.

.

Rabbani memotong kek Pra Pelancaran Dinar Rabbani

.

Gambar ihsan: Rabbani Production (M) Sdn Bhd.

-Munsyeed{Dot}Com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...