FOLLOWERS NASYID2U

Sunday, October 16, 2011

Fakhrul UNIC Terima Pingat Cemerlang KUIN

Fakhrul UNIC (kanan) bergambar bersama pelajar cemerlang yang lain di majlis konvokesyen mereka baru-baru ini. Gambar ihsan: Utusan Malaysia.

Mohd Fakhrulradhi Khamaruddin atau lebih dikenali dengan nama Fakhrul UNIC melakarkan sejarah bermakna buat dirinya apabila berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang di Kolej Universiti Insaniah, Kedah (KUIN).

Beliau yang mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin di kolej tersebut mendapat Anugerah Jaizah Imtiyaz Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN.

Fakhrul mula menyertai Kumpulan UNIC pada tahun 2008 dengan penampilan khas dalam album Kompilasi UNIC Langkah Tercipta terbitan Hijjaz Records Sdn Bhd. Fakhrul yang merupakan Juara Akademi Al-Quran Musim ke-3 seterusnya melibatkan diri secara serius dalam UNIC selepas UNIC tamat kontrak dengan mentor mereka, Hijjaz Records.

Fakhrul UNIC bersama rakannya, Amin

Buat masa ini, Fakhrul sudah terlibat dengan 2 album penuh bersama UNIC melalui album Nur Muhammad Inteam & Unique (UNIC) dan album Hijrah yang diterbitkan dibawah label Unic Records Sdn Bhd.

Terbaru, Fakhrul UNIC muncul dengan album taranumnya- Juzuk ‘Amma Bertaranum terbitan Unic Records Sdn Bhd. Album yang cukup laris dipasaran ini dilihat sebagai satu manifestasi kecintaan Fakhrul UNIC terhadap Seni Bacaan Al-Quran bertaranum.

Kejayaan Fakhrul UNIC ini diharapkan dapat menyuntik semangat para peminat nasyid diluar sana khususnya peminat UNIC untuk terus memahat Satu Tekad Menuju Wawasan dan kecemerlangan yang lebih gemilang di masa akan datang. -Munsyeed{Dot}Com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...