FOLLOWERS NASYID2U

Friday, February 25, 2011

Artikel Studiokini:KMU:Medium Satukan Munsyid Utara Sem. Malaysia

oleh: revolterAMI

Kewujudan pelbagai organisasi nasyid bukanlah sesuatu yang baru.Bagi peringkat nasional, organisasi nasyid pernah mempunyai Persatuan Penggiat Industri Nasyid (PIN) manakala bagi peringkat indie, sudah ada
pelbagai organisasi.

Tapi bagi peringkat komuniti negeri, bilangan komuniti nasyid boleh dihitung dan dianggap sebagai tidak tersusun. Dari maklumat yang diperolehi, Kelantan antara negeri terawal mempunyai komuniti nasyid negeri melalui Persatuan Industri Nasyid Kelantan (PINK).

Kini tiba pula giliran negeri utara Semenanjung Malaysia, mempunyai komuniti sendiri.Komuniti Munsyid Utara, itulah nama bagi organisasi penasyid utara semenanjung.

Terlebih dahulu, perkataan Semenanjung Malaysia ditegaskan kerana jika penulis menggunakan utara Malaysia, bagaimana pula nasib negeri-negeri di Kepulauan Borneo? (Tiada semangat wilayah dalam nasyid).

Penubuhan KMU ini merupakan satu langkah awal untuk menyatukan munsyid di negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak. Untuk makluman, utara Semenanjung Malaysia boleh dikatakan lubuk kedua dalam melahirkan munsyid-munsyid yang mempunyai album sendiri.

Lihat saja Zahran, Zulfan, Al-Amin, Fairuz, dan ramai lagi yang dilihat antara pelopor nasyid yang sudah mempunyai album di utara Semenanjung.

Komuniti utara ini dilihat sebagai kesinambungan usaha penyanyis Amar yang pernah menerbitkan album-album nasyid di kawasan ini sekitar tahun 1999-2003 (jika tidak silap) melalui syarikat Impian Productions yang beroperasi di Kuala Ketil. Antara album nasyid ketika itu ialah SABDA (Perhitungan dan Saya Sayang Islam), Al-Amin (Untukmu Tersayang), Amar (Impian) dan Farhan (kolaborasi bersama Al-Amin).

Apa yang diharapkan penubuhan KMU ini bukanlah sekadar usaha hangat-hangat tahi ayam.

sumber:
studiokini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...