FOLLOWERS NASYID2U

Tuesday, February 15, 2011

Simfoni




PENGENALAN

Kumpulan nasyid SIMFONI telah ditubuhkan pada Julai 2009,yang mana ianya adalah hasil gabungan vokalis dari kumpulan-kumpulan nasyid sekolah agama di kedah iaitu Maktab Mahmud Alor Setar, Maktab Mahmud Pokok Sena dan Sekolah Menengah Islam Darul Ulum. Kini Kumpulan nasyid SIMFONI dianggotai oleh 5 orang anak muda iaitu Imtiaz Ikrimal, Ahmad Ifham, Mohd. Anas , Firdaus Naim, dan Ammar .
SIMFONI boleh kami tafsirkan di sini sebagai ringkasan dari perkataan (Silaturrahim dan Forum Nada Islami), iaitu persaudaraan dan berdakwah dalam nada.
Konsep yang cuba diketengahkan oleh kumpulan nasyid SIMFONI tidak tertumpu kepada satu genre sahaja, dan kumpulan nasyid SIMFONI mampu membawakan lagu-lagu nasyid berentak balada dan kontemporari sesuai dengan citarasa pendengar masa kini. SIMFONI telah menyiapkan beberapa buah lagu yang masih belum dirakamkan dan lagu-lagu tersebut dicipta sendiri oleh Ahli SIMFONI iaitu Imtiaz Ikrimal .

SIMFONI juga turut diundang untuk mengadakan persembahan di beberapa majlis seperti majlis sambutan maulidurrasul , sambutan hari ibu, dan beberapa majlis kenduri kahwin. SIMFONI juga turut dijemput ke konti stesen radio Kedah fm bagi merakamkan promo untuk carta nasyid Kedah fm yang julung-julung kali diadakan. Berbekalkan keazaman yang tinggi serta minat yang mendalam dalam seni suara ini, insyaAllah SIMFONI akan terus mencuba mengorak langkah bagi memartabatkan hiburan seni islam yang berlandaskan syariat menuju keredhaan ilahi.

OBJEKTIF

• Menyampaikan mesej ke arah ke arah kebaikan dalam seni suara yang berlandaskan syariat islam
• Menyuburkan rasa cinta kepada Allah dan Rasulnya
• Menyemai rasa keinsafan dalam hati pendengar tentang cara hidup Islam.
• Memberi alternatif kepada masyarakat yang inginkan hiburan yang tidak melalaikan sambil menginsafi diri melalui bait-bait lirik nasyid yang disampaikan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...