FOLLOWERS NASYID2U

Sunday, December 5, 2010

NowSeeHeart Dekati Peminat Sabah Dengan Program Motivasi

Kumpulan NowSeeHeart (NSH) bakal mengadakan sebuah program motivasi di Sabah. Program yang dinamakan Kem Remaja Hijrah ini bakal diadakan pada 8 dan 9 Disember 2010, bertempat di Dewan Saadah, Wisma Muis, Kota Kinabalu Sabah.

Program yang mensasarkan peserta berusia 10 hingga 16 tahun ini bakal diadakan pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Yuran penyertaan yang dikenakan ialah RM200 sahaja.

Selain itu, Nowseeheart juga bakal mengadakan Konser Malam Penghayatan Maal Hijrah di tempat yang sama. Apa yang menarik, penyanyi Hafiz Hamidun juga turut sama di dalam konsert yang diadakan pada jam 8.00 malam, 9 Disember2010. Tiket-tiket dijual dengan harga RRM10 bagi dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.

Keterangan lanjut, para peminat boleh menghubungi Abdul (019-8131389), Idzhar (013-6920284) atau Huzaimi (013-2675552) –Munsyeed.Com


sumber:

www.munsyeed.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...