FOLLOWERS NASYID2U

Monday, May 23, 2011

Preview Munajat Kasih - Azwan

Melayan kelunakan suara Azwan Ibrahim sungguh mengasyikan. Gaya taranum penyanyi nasyid ini yang teralun dalam album solo pertamanya, Munajat Kasih tampak begitu meyakinkan, lantas menjadi tarikan utama album ini.

Dalam album yang mengandungi zikir, doa dan beberapa lagu nasyid, ternyata bakat yang ada pada beliau terlalu besar. Bermula dengan track Ana Al-abd’, Azwan konsisten dengan alunannya, dan ia menjadi sebahagian yang mewarnai album ini.

Antara lagu yang menjadi ‘killer song’ dalam album ini ialah Munajat Kasih dan Syahdu. Menariknya, album ini diwarnai dengan susunan muzik daripada music arranger yang sedang meningkat naik, Wan Salehuddin. Malah, nama Along Exist yang selalu terbabit dalam penerbitan album-album nasyid tempatan turut terbabit dalam produksi album terbitan Wahyu Suci ini.

Selain itu, sebuah lagu malar segar bertajuk Sifatullah turut termuat dalam album terbitan Ito Lara ini. Rangkaian zikir dan selawat yang dibawa, adakala terasa begitu menusuk kalbu, dek melayan kelunakan suara Azwan.

Sebuah album yang harus dimiliki pada tahun ini. Malah, tidak segan untuk kami katakan bahawa rilisan ini adalah antara rilisan nasyid terbaik setakat separuh tahun 2011!


sumber:

munsyeed.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...