FOLLOWERS NASYID2U

Wednesday, May 4, 2011

Hidup Yasin Lebih Stabil :: Studiokini

KUALA LUMPUR: Bekas vokalis kumpulan nasyid Brothers, Muhammad Yasin Sulaiman, 37, atau Yasin masih bergiat aktif dalam bidang seni walaupun tidak banyak publisiti mengenainya diperkatakan kebelakangan ini.

Kata Yasin, dia kini lebih selesa menumpukan perhatian pada kerja-kerja belakang tabir sebagai komposer dan penerbit lagu.

"Saya masih aktif dalam bidang seni cuma tiada publisiti sahaja tentang saya. Realitinya, saya masih memenuhi pelbagai undangan nyanyian di majlis-majlis makan malam dan korporat.

"Bagaimanapun, saya selesa dengan kerja-kerja belakang tabir yang menjadi keutamaan sekarang. Saya banyak menghasilkan “jingles” dan lagu tema untuk program televisyen, drama atau filem," katanya.

Ditanya pula tentang perkembangan kerjaya nyanyiannya, penyanyi lagu Mimpi Laila berkata:

"Dalam masa terdekat, saya akan mengeluarkan “single” terbaru yang berjudul Takbir Cinta berduet dengan Amy Search. Ia sebuah lagu ketuhanan yang berkonsepkan world music."

Sementara itu, Yasin yang pernah dikatakan mengalami masalah peribadi beberapa tahun lalu berkata, dia kini menjalani kehidupan yang lebih baik dan stabil.

"Itu cerita lama. Alhamdulillah, kehidupan saya berjalan dengan baik sekarang. Tiada apa-apa masalah, semuanya stabil dan okay," katanya yang turut berduet dengan aktres Tiz Zaqyah untuk lagu tema filem Nur Kasih The Movie.

sumber:
studiokini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...