FOLLOWERS NASYID2U

Tuesday, May 17, 2011

Album Baru In-Track

Anugerah Cinta-Nya (2010)


Album Pertama

Album pertama In-track berjudul Anugerah Cinta-Nya menampilkan lagu-lagu seperti:

  • Anugerah CintaNya
  • Perjuangan Hidup
  • Nilai CintaMu
  • Ku Cinta Islam

Sila lawati Preview Album Anugerah Cinta-Nya di laman Facebook In-track



Gazaku Menangis (2011)

Gazaku Menangis, album kedua In-Track, hadiah teristimewa buat teman-teman In-Track yang telah menunggu kemunculannya dengan penuh sabar buat sekian lama.

Album kali ini cukup istimewa buat In-Track kerana ini adalah album penuh pertama setelah kelahiran album EP yang pertama setahun yang lepas, Anugerah Cinta Nya (2010). Lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album penuh ini adalah sepenuhnya ciptaan Mohd Zul Zamri dan In-Track.

Album yang berkonsepkan cinta universal ini mengangkat tema kemanusiaan untuk menjadi mesej utama untuk dipaparkan di kulit album. Secara keseluruhannya, album ini menyentuh aspek Cinta kepada Tuhan, Cinta kepada Rasul, Cinta kepada ibu bapa, cinta kepada rakan dan saudara, cinta keamanan dan cinta kepada kecemerlangan dan kejayaan.

Berikut adalah review dan sorotan lagu-lagu yang dimuatkan dalam album Gazaku Menangis ini :

1. Cahaya Dinanti

Lagu yang menjadi pembuka kepada album ini membawa pendengar ke saat tibanya Rasulullah s.a.w di kota Madinah di dalam peristiwa hijrah dari Kota Mekah ke kota Madinah. Keriangan dan kegembiraan jelas digambarkan dalam susunan lagu dengan rentak yang rancak dan menghiburkan. Lagu ini menggabungkan konsep nasyid asli dan muzik moden seperti RnB dan hip hop beat dalam melodi dan susunan muziknya.

2. Gazaku Menangis

Lagu melankolik ini memaparkan kesedihan dan kesengsaraan saudara kita di Gaza, Palestin. Dengan iringan muzik orkestra dan vokal koir, lagu ini cuba menggamit hati dan perasaan pendengar kepada krisis yang berlaku di rantau sana. Lagu yang cukup istimewa ini diangkat menjadi tajuk album In-Track kali ini.

3. Anugerah Cinta Nya

Lagu yang menjadi tajuk album EP In-Track ini kembali dimuatkan dalam album penuh ini sebagai penampilan khas. Lagu yang dipersembah secara akustik ini bersifat sederhana dan santai tanpa disaratkan dengan komposisi yang terlalu penuh. Cukup dengan petikan gitar dan vokal harmoni, insyaAllah lagu ini antara track yang bakal menjadi pilihan anda.

4. Bisikan Taubat

Jika sebelum ini In-Track menampilkan 2 watak utama sebagai vokal solo (Zul Zamri & Ikrima), kali ini In-Track menampilkan vokal saudara Faizal,Fadzril dan Ajmal melalui lagu ini. Lagu munajat ini disampaikan dengan penghayatan dan penuh puitis bagi meninggalkan kesan keinsafan kepada pendengar. InsyaAllah.

5. Ku Cinta Islam

Lagu ini merupakan sebuah lagi lagu dari album EP In-Track yang turut dimuatkan sebagai penampilan khas di dalam album ini. Lagu nostalgia yang menyatukan In-Track ini bersandarkan pada melodi yang‘catchy’ dan susunan muzik rancak ala latin jazz untuk mengajak pendengar menghayati mesej yang mudah di dalam bait liriknya.

6. A.Y.A.H (Anugerah Yang Allah Hadiahkan)

A.Y.A.H merupakan sebuah lagu yang ditujukan khas buat insan yang sangat berjasa dalam hidup, ayah yang tercinta. Melalui lagu ini, In-Track cuba bereksperimentasi dengan genre melayu asli dan tradisional. Dengan susunan muzik tradisional, lagu ini turut dikukuhkan dengan vokal koir dan penampilan istimewa Syahrizan dari kumpulan Wildaniey.

7. Kejayaan

Album ini ditutup dengan sebuah lagu bercorak motivasi daripada In-Track. Lagu yang sudahpun diangkat sebagai lagu tema untuk pelbagai program motivasi sekitar Borneo ini merupakan adunan vokal berharmoni dan komposisi muzik yang rancak bercorak RnB. Dengan melodi yang menarik dan mesej yang jelas, lagu ini pasti akan menjadi antara favourite untuk album ini.

sumber:

http://www.intracknasyid.com/?page_id=22

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...