FOLLOWERS NASYID2U

Saturday, May 7, 2011

TUTORIAL Asas Recording -Bahagian 2 oleh munsyeed.com


ASAS RECORDING (BAHAGIAN DUA)

Pada asasnya, sesi recording atau rakaman melibatkan beberapa peringkat. Proses ini boleh dianggap sebagai cara-cara untuk menyiapkan sesuatu lagu, dari peringkat asas menulis sehingga terbitnya lagu tersebut, samada di dalam album, radio atau sebagainya.

Secara asasnya, peringkat-peringkat yang perlu dilalui dalam menyiapkan sesebuah lagu ialah seperti berikut:

- Penciptaan lagu/penulisan lirik

- Penyusunan muzik

- Sesi rakaman muzik/vokal

- Mixing

- Mastering

PENCIPTAAN LAGU/LIRIK

Peringkat ini adalah peringkat paling asas, atau permulaan dalam mencipta lagu. Segala melodi, bentuk asas lagu yang dimahukan dibentuk dalam proses ini.

Bagi penulisan lirik pula, ada dua teknik yang berbeza. Ada yang gemar menulis melodi terlebih dahulu dan lirik akan ditulis berasaskan melodi yang dicipta. Ada mula yang selesa menyiapkan lirik dahulu, kemudian baru dipadankan dengan melodi yang sesuai. Apapun tiada yang khusus dalam teknik ini, semua bergantung kepada keselesaan.

PENYUSUNAN MUZIK.

Apabila sesebuah melodi dan lirik sudah lengkap, ia akan diberikan kepada penyusun muzik. Pada asasnya, sebaik melodi dan lirik diterima, ia akan dipadankan dengan kord dan ‘chord progression’ terlebih dahulu untuk menentukan key sesebuah lagu. Selepas itu, satu persatu instrument track akan dimasukkan.

SESI RAKAMAN MUZIK/VOKAL

Ada artis yang mahukan lagu mereka dirakamkan muziknya secara live instrument. Proses itu perlu dilakukan distudio menggunakan real instrument.

Manakala bagi vokal pula, kebiasaannya dilakukan di studio yang mempunyai live room. Ini kerana merakam vokal dalam live room dapat mengelakan daripada bunyi bising masuk dalam mikrofon. Walaubagaimanapun, terdapat juga teknik dimana kita boleh merakamkan vokal tanpa memerlukan live room seperti di studio. Cumanya, ia memerlukan teknik dan equipment yang sedikit berbeza.

MIXING

Setelah semua track muzik dan vokal siap dirakam, proses yang perlu dilalui untuk menyiapkan sesebuah lagu ialah mixing atau adunan. Proses mixing bermaksud setiap track yang dirakam (vokal, instrument) diadun untuk menghasilkan sebuah lagu.

Diantara yang perlu dilakukan dalam proses mixing ini antaranya ialah menentukan level setiap track, membuat editing terhadap mana-mana kesilapan, meletakkan efek yang perlu seperti reverb, delay, compressor dan sebagainya. Perlu diingat, proses ini amat penting untuk menentukan karakter bunyi dan definasi sesebuah lagu tersebut.

MASTERING

Proses terakhir untuk menyiapkan sesebuah lagu ialah mastering. Mastering ialah proses dimana final mix sesebuah lagu itu diseragamkan levelnya sebelum dicetak pada CD atau untuk siaran radio.

Kenapa Mastering? Ini kerana, setiap file final mix yang telah kita buat perlu di’polish’ levelnya, untuk menjadi lebih baik bunyinya dari segi EQ, clarity dan dinamiknya. Dalam erti kata lain, nak bagi sedap telinga mendengar. Maklum sahajalah, mungkin semasa proses mixing, ada frekuensi dan claritynya yang terlebih atau terkurang, ia akan dimasterkan untuk sound yang lebih baik

Namun begitu, saya AMAT TIDAK MENCADANGKAN proses Mastering ini dilakukan sendiri di home studio, kerana mungkin kita tidak dapat membezakan frekuensi yang perlu diubah semasa proses mastering. Ini kerana kita sudah mendengar lagu tersebut berpuluh, mungkin beratus kali semasa proses rakaman dan mixing. Dalam erti kata lain, lebih molek kalau mastering dilakukan oleh professional, kerana mereka mempunyai equipment yang mampu menghasilkan final master yang terbaik.

Itu gambaran secara kasar proses yang dilalui dalam penghasilan sesebuah lagu. Jangan risau, insyaallah saya akan perincikan lebih detail lagi setiap proses ini dimasa akan datang. Sebarang soalan, jangan malu bertanya ya!


sumber:

munsyeed.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...