FOLLOWERS NASYID2U

Monday, May 23, 2011

Anuar Ariffin - Artis Nasyid Solo


Beliau merupakan seorang peminat irama lagu-lagu ketuhanan sedari zaman remajanya lagi. Dengan berkat kesungguhan dan kesabarannya selama ini didalam menunggu hari dan masa yang sesuai, akhirnya beliau telah berjaya terbit dengan single solo pertamanya yang berjudul "ANUAR ARIFFIN". Didalam single ini juga telah dimuatkan sebanyak dua buah lagu yang berkonsepkan Muzik Soul-Pop Ketuhanan.

"Kekasih" yang merupakan sebuah lagu berentak perlahan yang dijangkakan akan mendapat tempat dihati pendengar dengan teknik penyampaian lagu ini yang cukup segar dengan teknik Soul yang tersendiri. Bait-bait lirik yang berunsurkan ketuhanan juga turut diyakini akan berjaya membuatkan setiap pendengar merasai akan kebesaran pencipta yang maha agung.

"Wahyu" pula adalah sebuah lagu yang berirama "Melankoli" yang dimana cara nyanyiannya telah disampaikan dengan teknik nyanyian yang rancak dan bertenaga. Liriknya yang bercerita tentang "Wahyu" yang diturunkan kepada rasul terpilih untuk dijadikan panduan umat manusia didunia.

Sebagai mewarnai dan mempelbagaikan lagi irama lagu-lagu yang sedia ada pada masa kini, single yang telah dilahirkan oleh penyanyi ini diharapkan akan terus mendapat tempat dihati peminat dan pendengar muzik tanah air masa kini.

Bersandarkan moto "Ikhlas dan Bersangka Baik" didalam kehidupannya, penyanyi ini amat berharap single ini berjaya menjadi inspirasi kepada dirinya untuk menjadi seorang insan yang lebih bermakna dari masa ke semasa.

Insyaallah, dengan keizinan Allah s.w.t sama-samalah kita semua berdoa akan kejayaan sahabat kita ini didalam perjuangan seninya ini.





















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...