FOLLOWERS NASYID2U

Tuesday, May 17, 2011

Kenali Artis IN-TRACK


KENALI IN-TRACK

Menjengah dunia yang dilambung arus globalisasi, dunia semakin sarat dengan pancaroba yang menduga ketahanan fizikal, mental mahupun spiritiual. Ujian terhadap spiritual dan rohani inilah yang kita bimbangi kerana datangnya ia tanpa disedari dek liciknya ia merobek dinding kemasyarakatan dan keharmonian budaya kita. Medium yang mudah, media dan hiburan. Pelbagai hiburan yang disajikan kepada kita sehingga kita lupa dan leka untuk mengkaji dan menilai semula baik buruknya sesuatu yang kita terima itu.

Atas dasar itulah, munculnya In-Track di celahan persada seni ini dan cuba membawa masyarakat terutamanya anak muda remaja kita untuk berhibur cara Islam. Namun, pendekatannya perlu sedikit ringan kerana agak sukar untuk kita menyentuh jiwa nurani belia masa kini jika penyampaiannya terlalu berat dan serius. Muzik yang tipikal dan lirik yang berat membuatkan masyarakat sukar menerima nasyid ini. Oleh yang demikian, In-Track membawa imej santai dan menerapkan elemen muzik yang menjadi siulan masa kini ke dalam lagu-lagu kami tanpa mengabaikan mesej dan tujuannya.

Kumpulan In-Track sudahpun menerbitkan 2 buah album setakat ini. Pada permulaannya di tahun 2010, In-Track muncul dengan sebuah album EP yang berjudul Anugerah Cinta Nya. Album ini memuatkan 4 buah lagu, Anugerah Cinta Nya, Perjuangan Hidup, Nilai CintaMu dan Ku Cinta Islam. Kini, bagi tahun 2011, In-Track telah lahir dengan album terbaru berjudul Gazaku Menangis. Album penuh ini mengandungi 7 buah lagu dengan bersandarkan beberapa hits utama seperti Cahaya Dinanti, Gazaku Menangis dan Kejayaan. Melalui suntikan elemen muzik versatil dan pendekatan bercorak intelek dan segar, kumpulan In-Track mengharapkan sesuatu yang positif daripada masyarakat.

sumber:

http://www.intracknasyid.com/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...