FOLLOWERS NASYID2U

Tuesday, January 4, 2011

Rockers Dakwah [bahagian 1]Artikel Studiokini

Hiburan adalah satu perkara yang tidak asing lagi dengan manusia.Semua manusia inginkan hiburan. Hiburan melalui muzik adalah medium utama manusia kerana muzik mudah didengar di mana saja sama ada di radio, komputer, pemain MP3, televisyen dan sebagainya.

Malah muzik juga turut mempengaruhi jalan cerita sesuatu drama atau filem.Bayangkan babak sedih tanpa latar belakang muzik sedih, sudah tentu babak terbabit tidak berkesan.

Muzik juga tidak dapat lari dari mendidik manusia. Menggunakan muzik untuk dakwah merupakan satu pendekatan yang tidak asing lagi. Ada penceramah menggunakan muzik untuk menimbulkan suasana keinsafan, muhasabah, ketakutan, atau keceriaan. Bila muzik dikaitkan dengan dakwah, ramai anggota masyarakat kita hanya nasyid sebagai medium untuk muzik dakwah.

Jika pembaharuan dibuat, ada yang mula berfikiran negatif. Bila nasyid sahaja dijadikan asas sebagai muzik dakwah, peminat-peminat yang tidak minat nasyid akan mula lari. Ada yang kata, "Kalau aku minat nasyid,aku kena berkopiahlah.Tak boleh pakai jean".

Malah ada yang menganggap,"Kalau aku minat nasyid, aku kena jadi alim sentiasa. Aku takut untuk jadi alim sebab aku tak suka hipokrit".

Dilema inilah yang melarikan insan-insan yang ingin berubah secara perlahan tanpa mengubah 100% dirinya kepada dunia lain.

Rockers dan Mesej

Ramai tak sedar bahawa para rockers telah lama membawa mesej dakwah kepada masyarakat. Cuma pendekatan dan akhlak mereka sahaja yang menyebabkan mesej dakwah tak sampai kepada masyarakat.

Cuba kita dengar lagu-lagu Wings,Search, Lefthanded, Amuk, Kembara dan banyak lagi. Hampir 70% terselit mesej dakwah. Tak dinafikan ada juga mesej lagha tapi cuba kita dengar dan faham liriknya. Ada yang menyeru kita berbuat baik, cintakan kedamaian, kembali kepada Tuhan dan sebagainya.

dari kiri: Radzi (Melissa),Ust. Akhwan, Akhil Hayy (D'Riyadh), Amy (Search), Renggo (Arrow), Muadz
Kita tidak sedar mesej ini terkandung dalam lirik lagu mereka kerana mereka tampil dengan imej rambut panjang, pergaulan bebas, dan sebagainya. Tapi bagi mereka yang cintakan seni berdasarkan kefahaman lirik,mereka akan faham mesej yang cuba disampaikan.

Namun sejak akhir-akhir ini, hasil mesej-mesej yang mereka sampaikan pada era kegemilangan rock dahulu,kini ramai rockers yang sudah kembali pada jalan dakwah yang sebenar. Ada yang hidupnya terus berubah 90% ke arah Islam, ada yang kian mendekati Islam dan ada yang terus menukar konsep rock kepada nasyid rock.

Siapa tidak kenal Mel (Wings), Radzi (Melissa), Renggo (Arrow), Akhil Hayy (D'Ryadh), Nash (Lefthanded), Amy (Search) dan banyak lagi. Ada antara mereka sudah jauh tinggalkan dunia populariti dan meneruskan hidup sebagai insan seni dakwah.

*bersambung. (akan datang: kupasan artis-artis rock)

sumber:
studiokini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...