FOLLOWERS NASYID2U

Saturday, January 22, 2011

Rabbani Ajak Peminat Melancong Dengan Rabbani Travel & Tours

Kejayaan demi kejayaan ditempa oleh Rabbani dalam perjuangan mereka di bidang seni dakwah yang telah mereka ceburi sejak sekian lama. Penglibatan mereka di dalam bidang perniagaan juga membuahkan hasil apabila syarikat Rabbani Production Sdn Bhd saban tahun dilihat aktif menganjurkan konsert-konsert mega dan mengeluarkan produk-produk Islami. Terbaru, Rabbani membuka tirai 2011 dengan memperkenalkan kepada umum sebuah lagi syarikat milik mereka, Rabbani Travel & Tours Sdn Bhd.

Idea disokong oleh Allahyarham Ustaz Asri

Syarikat usahasama diantara Rabbani dan beberapa orang rakan niaga mereka ini telah mula beroperasi sejak 13.Januari.2011 di Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Mengimbau kembali sejarah penubuhan syarikat ini, Mohd Asri Ubaidillah, salah seorang ahli Rabbani menyatakan bahawa idea asal penubuhan syarikat ini tercetus hasil sembang santai antara Mazlan Omar, Azadan Rabbani, Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim dan beberapa orang rakan mereka.

Perbincangan yang diadakan di sebuah resort di Sungai Merab ini berlaku dengan cukup harmoni namun belum diperbincangkan secara serius. Dua hari sebelum pemergian Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim, Rabbani bersama Mazlan Omar dan beberapa orang rakan niaga Rabbani telah duduk berbincang secara serius mengenai penubuhan Rabbani Travel & Tours.

Pemergian Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim sedikit sebanyak memberi kesan kepada Rabbani. Namun, Mazlan Omar tetap dengan tekad yang satu, meneruskan idea penubuhan Rabbani Travel & Tours yang telah mendapat sokongan padu daripada Allahyarham Ustaz Asri sendiri.

Usaha keras secara berjemaah

Gerak kerja yang serius kearah penubuhan Rabbani Travel & Tours telah dimulakan sejak Jun 2010. Masing-masing berusaha keras mendapatkan lesen, menjalinkan kerjasama bersama beberapa buah syarikat agensi pelancongan luar negara, mendaftarkan syarikat dan sebagainya. Pejabat urusan yang tersergam indah di Kompleks Diamond, Bandar Baru Bangi dihias indah dengan dekorasi yang cukup menarik, telah siap sepenuhnya pada bulan September 2010. Akhirnya, Rabbani Travel & Tours diperkenalkan kepada umum pada Januari 2011.

Pakej percutian Rabbani Travel & Tours

Menurut Mohd Asri Ubaidillah, walaupun pada dasarnya Rabbani Travel & Tours merupakan sebuah syarikat yang baru ditubuhkan, tetapi syukur ke hadrat Allah swt, Rabbani Travel & Tours telah diterajui oleh tenaga penggerak yang berpengalaman di dalam bidang pelancongan. Ada diantara mereka yang sudah 15 tahun berkecimpung dalam bidang pelancongan ini. Disamping itu, Rabbani Travel & Tours juga turut menjalinkan kerjasama dengan beberapa buah syarikat agensi luar negara bagi memudahkan urusan percutian dan umrah di luar negara nanti.

Rabbani Travel & Tours menyediakan perkhidmatan pelancongan dalam dan luar negara khas untuk para pelanggan. Antara negara yang tersenarai di dalam pakej-pakej percutian kendalian Rabbani Travel & Tours adalah Jordan, Syria, Palestin (Baitul Maqdis), Saigon, Indonesia dan juga Singapura. Disamping itu, pakej pelancongan dalam negara juga turut disediakan dengan fokus kawasan-kawasan pelancongan menarik di serata tanahair. Juga terdapat pakej Umrah Bersama Rabbani yang memberi peluang kepada para peminat untuk mengerjakan umrah bersama ahli kumpulan Rabbani untuk tahun 2011.

Dengan tagline ‘Musafir Penuh Erti’, Pengarah Urusan Rabbani Travel & Tours, YM Engku Mohd azmi Bin dato’ Engku Hatim berharap agar semua pihak dapat menyokong usaha murni Rabbani Travel & Tours untuk menyediakakan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan yang budiman. Beliau juga turut mengajak generasi muda untuk segera menunaikan Umrah atau Haji di usia muda supaya dapat menjalani ibadah dengan lebih baik dan bertenaga.

Berikut adalah perkhidmatan yang disediakan oleh Rabbani Travel & Tours:

  • Pengurusan tiket dalam dan luar negara
  • Pengurusan Visa
  • Pakej percutian dalam negara
  • Pakej percutian luar negara bersama rakan niaga
  • Pakej Umrah dan Haji bersama rakan niaga.

Maklumat lanjut, sila hubungi:

Ustaz Zol Aznan Bin Harun

Rabbani Travel & Tours Sdn Bhd. –‘Musafir Penuh Erti’

No 311G, Jalan Medan Bangi,

Kompleks Diamond,

43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

No tel: 017-3263843/0133513843 Email: zolaznan@rabbanitravel.com

Laman web rasmi: www.rabbanitravel.com

Nota: Berita bergambar akan menyusul. -MUNSYEED.COM

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...