
http://karnivalmaherzain.nasyeed.com/akt
KONTROVERSI MEMBUNUH
Assalammualaikum semua.
Sejak dari dulu, ada sahaja yang menjadi isu panas dalam industri nasyid ini. Ada yang membawa natijah positif, ada yang berimpak negatif, ada pula yang langsung dilihat kejam, mahu membunuh artis dan industri nasyid.
Berlegar beberapa persoalan. Adakah kontroversi demi kontroversi yang dicipta, baik daripada penasyid, atau hasil provokasi media, atau dicetuskan oleh peminat membantu menaikan nasyid? Jawapannya mudah sahaja, TIDAK!
Pengalaman saya berkecimpung dalam industri media selama beberapa tahun, apa yang saya amati ialah kontroversi ini dicipta hanya untuk menaikan rating dan circulation media terbabit. Hujahnya mudah, apabila sesuatu timbul, maka ramailah yang akan merujuk pada sumber yang mengeluarkannya. Rating naik, circulation naik, untung pun naik.
Ada juga kontroversi yang sengaja dicipta atau tidak oleh para penasyid, atau peminat nasyid. Walaupun ia tak tersiar secara umum, namun perkara itu tersebar dari mulut ke mulut. Molekkah begitu, bila isu kurang sedap didengar, dijaja kesana kemari.
Inilah sikap yang amat dikesali. Mencipta kontroversi adalah ibarat mahu mencari kesalahan orang lain. Terutama media, ada sahaja modal cerita yang mahu diperbesarkan. Apakah kita mahu dilihat orang mengata bahawa, nasyid itu sama sahaja ‘perangainya’ macam industri mainstream yang lain.
Namun di pihak nasyid dan penasyid itu sendiri, apa natijahnya? Ada yang berkelahi sesama sendiri, rasa tak puas hati, marah dan seribu satu mazmumah bersifat dalam diri. Lebih buruk, bila para peminat sama berantakan, bermusuh dan mengata sesama sendiri. Kesudahannya, fans berbecah, ukhwah islamiah dan silaturahim terputus. Adakah itu yang kita mahu lihat?
Memang saya akui, kontroversi itu adakala mampu membantu menengahkan artis dan menaikkan artis itu sendiri. Namun, kadangkala, bila ‘over exposure’ berlaku, lain pula ceritanya nanti. Siapa yang akan tanggung rugi nanti?
Ada banyak kontroversi nasyid yang saya sudah dengar. Paling popular yang menjadi perdebatan hangat, isu imej dan lagu yang dibawa penasyid. Mungkin isu itu satu yang boleh dikawal. Namun yang memalukan, bila cerita kisah peribadi artis, masalah disiplin dan keluarga dijadikah wadah kontroversi. Bukankah ia terang-terangan mahu ‘menjahanamkan’ nasyid itu sendiri.
Masing-masing perlu berpesan sesama sendiri. Baik media, baik penasyid, baik peminat. Tak ada guna kalau kita asyik mencipta kontroversi. Orang akan mengata dan terus mengata, dan hasad dengki akan timbul.
Nasyid terbentuk atas dasar dakwah Islamiyah. Molek benarlah kira ia dipupuk dengan akhlak dan cerita-cerita yang sedap didengar. Kita adalah salah satu wadah dalam menyebarkan Islam, tapi kita dilitupi dengan kontroversi yang tak sudah. Apa kata yang mahu mendekati Islam itu nanti. Dakwah tak sampai, sudahnya, syok sendiri
sumber:
munsyeed.com
Kita sering mendengar artis-artis baik nasyid mahupun artis genre biasa menjadi motivator selepas merakamkan album namun amat jarang sekali seorang motivator terjun ke bidang nyanyian. Namun dalam dunia, segalanya tidak mustahil.
Kejayaan demi kejayaan ditempa oleh Rabbani dalam perjuangan mereka di bidang seni dakwah yang telah mereka ceburi sejak sekian lama. Penglibatan mereka di dalam bidang perniagaan juga membuahkan hasil apabila syarikat Rabbani Production Sdn Bhd saban tahun dilihat aktif menganjurkan konsert-konsert mega dan mengeluarkan produk-produk Islami. Terbaru, Rabbani membuka tirai 2011 dengan memperkenalkan kepada umum sebuah lagi syarikat milik mereka, Rabbani Travel & Tours Sdn Bhd.
Idea disokong oleh Allahyarham Ustaz Asri
Syarikat usahasama diantara Rabbani dan beberapa orang rakan niaga mereka ini telah mula beroperasi sejak 13.Januari.2011 di Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Mengimbau kembali sejarah penubuhan syarikat ini, Mohd Asri Ubaidillah, salah seorang ahli Rabbani menyatakan bahawa idea asal penubuhan syarikat ini tercetus hasil sembang santai antara Mazlan Omar, Azadan Rabbani, Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim dan beberapa orang rakan mereka.
Perbincangan yang diadakan di sebuah resort di Sungai Merab ini berlaku dengan cukup harmoni namun belum diperbincangkan secara serius. Dua hari sebelum pemergian Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim, Rabbani bersama Mazlan Omar dan beberapa orang rakan niaga Rabbani telah duduk berbincang secara serius mengenai penubuhan Rabbani Travel & Tours.
Pemergian Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim sedikit sebanyak memberi kesan kepada Rabbani. Namun, Mazlan Omar tetap dengan tekad yang satu, meneruskan idea penubuhan Rabbani Travel & Tours yang telah mendapat sokongan padu daripada Allahyarham Ustaz Asri sendiri.
Usaha keras secara berjemaah
Gerak kerja yang serius kearah penubuhan Rabbani Travel & Tours telah dimulakan sejak Jun 2010. Masing-masing berusaha keras mendapatkan lesen, menjalinkan kerjasama bersama beberapa buah syarikat agensi pelancongan luar negara, mendaftarkan syarikat dan sebagainya. Pejabat urusan yang tersergam indah di Kompleks Diamond, Bandar Baru Bangi dihias indah dengan dekorasi yang cukup menarik, telah siap sepenuhnya pada bulan September 2010. Akhirnya, Rabbani Travel & Tours diperkenalkan kepada umum pada Januari 2011.
Pakej percutian Rabbani Travel & Tours
Menurut Mohd Asri Ubaidillah, walaupun pada dasarnya Rabbani Travel & Tours merupakan sebuah syarikat yang baru ditubuhkan, tetapi syukur ke hadrat Allah swt, Rabbani Travel & Tours telah diterajui oleh tenaga penggerak yang berpengalaman di dalam bidang pelancongan. Ada diantara mereka yang sudah 15 tahun berkecimpung dalam bidang pelancongan ini. Disamping itu, Rabbani Travel & Tours juga turut menjalinkan kerjasama dengan beberapa buah syarikat agensi luar negara bagi memudahkan urusan percutian dan umrah di luar negara nanti.
Rabbani Travel & Tours menyediakan perkhidmatan pelancongan dalam dan luar negara khas untuk para pelanggan. Antara negara yang tersenarai di dalam pakej-pakej percutian kendalian Rabbani Travel & Tours adalah Jordan, Syria, Palestin (Baitul Maqdis), Saigon, Indonesia dan juga Singapura. Disamping itu, pakej pelancongan dalam negara juga turut disediakan dengan fokus kawasan-kawasan pelancongan menarik di serata tanahair. Juga terdapat pakej Umrah Bersama Rabbani yang memberi peluang kepada para peminat untuk mengerjakan umrah bersama ahli kumpulan Rabbani untuk tahun 2011.
Dengan tagline ‘Musafir Penuh Erti’, Pengarah Urusan Rabbani Travel & Tours, YM Engku Mohd azmi Bin dato’ Engku Hatim berharap agar semua pihak dapat menyokong usaha murni Rabbani Travel & Tours untuk menyediakakan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan yang budiman. Beliau juga turut mengajak generasi muda untuk segera menunaikan Umrah atau Haji di usia muda supaya dapat menjalani ibadah dengan lebih baik dan bertenaga.
Berikut adalah perkhidmatan yang disediakan oleh Rabbani Travel & Tours:
Maklumat lanjut, sila hubungi:
Ustaz Zol Aznan Bin Harun
Rabbani Travel & Tours Sdn Bhd. –‘Musafir Penuh Erti’
No 311G, Jalan Medan Bangi,
Kompleks Diamond,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
No tel: 017-3263843/0133513843 Email: zolaznan@rabbanitravel.com
Laman web rasmi: www.rabbanitravel.com
Nota: Berita bergambar akan menyusul. -MUNSYEED.COM
Agak lama juga saya tidak mencoret sesuatu di ruangan saya ini. Kekangan masa dan kesibukan kerja menjadi penghalang. Namun, dicelah itu, tidak sedar rupanya sudah masuk tahun baru 2011. Seakan pantas masa berlalu meninggalkan kita
.Umum tahu, apabila masuk sahaja tahun baru, ramai yang akan pasang niat, memateri azam agar menjadi lebih baik daripada tahun lepas. Bercerita tentang tahun baru ini, tertanya juga saya akan adakah satu sinar baru buat industri nasyid pada tahun ini.
Jangan dilupa, tahun ini kita akan menyambut ulangtahun ke 15 evolusi baru nasyid tanah air yang digerakkan Raihan pada 1996 dahulu. Bayangkan, bagaimana kumpulan tersebut Berjaya menjual hampir 600,000. Bertitik tolak daripada itu, nasyid melonjak naik sehingga menenggelamkan terus muzik lain seperti dangdung dan ‘rock leleh’
Tahun lepas menyaksikan industri nasyid seolah-olah cuba bangkit semula selepas turut sama terkena tempias kelembapan industri muzik Malaysia. Mungkin juga terbawa dek arus Maher Zain yang dilihat merancakkan semula industri nasyid.
Perlu diingat, zaman kini trendnya sudah berubah. Kita mahukan penasyid menjadi lebih progressif dalam menjalankan dakwah melalui hiburan Islam ini. Ya, kini kita bukan sahaja mahu menyasarkan peminat-peminat biasa yang mengaji di sekolah-sekolah agama, orang-orang masjid, tapi kita mahu sampaikan mesej itu ke segenap penjuru masyarakat. Ini bukan kerja penasyid sahaja, tetapi tanggungjawab semua orang.
Saya sendiri mengesan terlalu ramai bakat baru yang perlu diketengahkan. Banyak yang mempunyai semangat untuk berjuang sama dalam nasyid. Namun, ada yang mengeluh, factor kekangan dan ketiadaan platform membantutkan usaha mereka.
Saya tak melihat nasyid pada masa ini hanya bergantung pada penjualan album dan persembahan sahaja. Kita ada blog, Facebook dan sebagainya yang mampu menjadi wadah untuk kita berkarya.
Tiada alasan lagi mahu menunggu untuk disuap. Tiada jalan mudah yang boleh diambil, melainkan usaha sehabis mungkin untuk menaikkan kembali industri nasyid ini. Soal komitmen, dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Kurangkanlah perbalahan, mempertikai satu sama lain dan menembak kontroversi yang keterlaluan Moga impian ramai yang mahu nasid kembali meniti puncak pada tahun ini.
Lakukanlah semuanya, ikhlas, Kerana ALLAH Taala…
sumber:
munsyeed.com
Oleh: Herman.Mutiara (Singapura)
Gambar: Ihsan Maher Zain Malaysia Fan Club (MM-FC)
Apabila disebut penyanyi nasyid (munsyid), yang sering tergambar dalam fikiran kita ialah penyanyi berkopiah, berpakaian kemas berkemeja lengan panjang. Lagu-lagunya pula seringkali berentak qasidah atau balada.
Satu acuan yang ‘stereotype’ / klise, bukan?
Saya rasa sudah tiba masanya para munsyid merubah ‘stereotype’ nasyid ini agar muzik nasyid kembali segar dan dapat menambat hati penggemar muzik rentak terkini. Namun, apakah pembaharuan yang ingin diterokai ini bakal mendapat ‘restu’ dari peminat tegar muzik nasyid itu sendiri? Sebagai contoh, bolehkah seorang munsyid yang menukar penampilan, menjadi seperti rocker dan menyanyikan lagu-lagu kerohanian berentak rock (seperti Ramli Sarip) diterima masyarakat?
i.
Kali pertama saya mendengar lagu dan melihat imej Maher Zain, saya langsung tidak mengaitkannya dengan imej ‘nasyid’. Sebaliknya, apa yang saya lihat ialah seorang penyanyi R&B Barat yang menyanyikan lagu-lagu yang disuntik padu dengan ruh Islam. Mungkin disebabkan kelainan inilah maka masyarakat yang tidak menggemari imej ‘stereotype’ nasyid dengan mudah dapat menerima Maher Zain dan penampilannya.
Oleh itu, saya tabik apa yang dilakukan oleh penyanyi seperti Ramli Sarip, Yasin, Mel dan yang seangkatan dengan mereka yang sengaja tidak mengikut ‘acuan’ nasyid walaupun mereka membawakan lagu-lagu kerohanian dengan cara mereka sendiri.
Di Barat, terdapat penyanyi Muslim seperti Yusuf Islam dan Dawud Wharnsby (folk-rock), Kareem Salama (country/western), Outlandish (hip-hop) dan ramai lagi. Apakah muzik mereka boleh ditakrifkan sebagai nasyid?
Di S’pura, kami ada Ustaz Sofyan Yadi yang membawakan lagu-lagu selawat dengan rentak hip-hop dan rock. Kami ada kumpulan Sirrfillsirr (Tzi ‘Banjir’, Mohd Khair Mohd Yasin ‘Rausyanfikir’ & sasterawan Isa Kamari) dengan lagu-lagu puisi sufi mereka. Saya sendiri juga sedang dalam proses menyiapkan album sulung saya (secara D-I-Y) yang berisi lagu-lagu puisi kerohanian yang dibawakan dengan rentak rock. Nak kata kami penyanyi nasyid, jauh sekali. (Penyanyi nasyid tidak pikul gitar ke sana ke mari.) Tapi tujuan kami tetap sama, insya-Allah.
ii.
Walaupun berbeza cara dan penampilan, kita patut sokong tujuan murni satu sama lain. Apa saja usaha dan cara untuk mengajak manusia kepada Allah & Rasul-Nya, selagi caranya tidak bertentangan dengan adab atau melanggar syariat Islam, patut disokong. Kerana Islam adalah cara hidup yang sesuai untuk semua, untuk setiap suasana dan keadaan. Hingga ke akhir zaman.
herman.mutiara
13.01.2011
*Artikel ini adalah hakmilik penulis. Idea dan pendapat di dalam artikel ini adalah idea dan pendapat peribadi penulis dan ia tidak semestinya ia mencerminkan idea dan pendapat pihak Munsyeed.com. Selamat membaca. =)
sumber:
munsyeed.com
Ahli-ahli kumpulan Far-East sememangnya berbakat besar, samada bersama Far East mahupun diluar. Contohnya, Fadzli merupakan seorang composer nasyid yang hebat, manakala Nabil Ahmad pula adalah seorang pengacara dan penyampai radio yang versatile.
Salah seorang ahlinya, Azwan Ibrahim juga tidak kurang hebatnya. Baru-baru ini, beliau telah menghasilkan album berkonsep zikir, selawat dan nasyid dibawah terbitan syarikat Wahyu Suci Sdn Bhd.
Album yang diberi tajuk Munajat Kasih itu menampilkan 11 track himpunan zikir dan selawat dendangan ahli kumpulan Far-East yang terkenal dengan kebolehan bertaranumnya. Diantara yang terkandung dalam album tersebut ialah Munajat Kasih, Subahanallah, Syahdu dan Selawat Maulidurrasul. Selain itu, turut termuat di dalam album ini ialah doa dan qasidah yang dialun kemas oleh Azwan.’
Apa yang menarik, peminat juga boleh memuatkan lagu-lagu di dalam album ini sebagai caller ringtone pada telefon bimbit mereka dengan merujuk maklumat yang disertakan pada CD.
Album solo pertama ahli Kumpulan Far-East ini diterbitkan oleh label Wahyu Suci Sdn Bhd dan diedarkan oleh E-Rama Records ini boleh didapati dengan harga RM20.00 dan boleh didapati di kedai-kedai CD dan buku agama terpilih – MUNSYEED.COM
![]() |
ketika bersama Wings |
MASUK PERCUMA! Mari berhibur sambil beramal.. bersama Rabbani, Devotees dan Saujana di Malam Untukmu Palestin. Kolej Keris Mas UKM 15 Januari 9mlm.
SelengkapnyaKonsert – Malam Muhasabah Cinta yang menampilkan EDCOUSTIC , Bandung , Hasnul Jamal (Diwani) & Fika (Mupla) akan berlangsung di Dewan Utama , USM Kubang Kerian pada 6 Jan 2011 (8.30 mlm – 11.30 mlm) sempena Festival Kelestarian Islam (FESKI) . Penganjur bersama MPP USMKK & ShouHAR Event Mgmt.
Hubungi Sdri SHAIRAH FATIN (013-8786003) untuk tempahan tiket .
Konser Nasyid Kemanusiaan Milad Intifadhah Palestina
Dimeriahkan Oleh:
Bersama:
Contact Person:
semasa menyertai PAS |
![]() |
Akhil Hayy semasa berceramah |
![]() |
sekitar majlis Akhil Hayy bersama HPA |
![]() |
semasa pelancaran Akhil Network |
ceramah di Kampung Kurnia,Johor Bharu (13 Disember 2009) |
ceramah di Kampung Padang Tembak (awal 2010) |
![]() |
kontroversi isu tauliah untuk berdakwah |
![]() |
dari kiri: Radzi (Melissa),Ust. Akhwan, Akhil Hayy (D'Riyadh), Amy (Search), Renggo (Arrow), Muadz |
Raihan
Raihan, satu nama besar yang acapkali mendapat pengiktirafan dalam dan luar Negara sering kali mendapat undangan untuk mengadakan persembahan di luar Negara. Selaku perintis kegemilangan nasyid Malaysia, Raihan yang pernah termasuk dalam senarai 500 individu Muslim paling berpengaruh di dunia, tidak pernah sunyi dalam menyebarkan dakwah seni ke pelusuk dunia. Satu-satunya artis nasyid Malaysia yang pernah membuat persembahan di Royal Albert Hall London, Raihan pada tahun ini menerima 2 jemputan mengadakan persembahan di Australia. Tidak cukup dengan itu, mereka turut diundang ke Indonesia sebanyak 4 kali pada tahun ini untuk mengadakan persembahan. Alunan gemersik dengan lantunan percussion yang seakan berpadu telah membawa Raihan seterusnya ke negara jiran, Thailand sebanyak 2 kali pada tahun ini. Semoga musafir dakwah Raihan mendapat bantuan daripada Allah swt.
Hafiz Hamidun
Tahun ini mungkin tahun terbaik buat Hafiz Hamidun mengembangkan bakatnya ke persada antarabangsa. Beliau yang menghadkan tugasan dalam bidang pengacaraan, banyak emmberi tumpuan kepada kariernya sebagai penyanyi, penerbit dan komposer di syarikat miliknya, Arteffect Production. Hafiz yang pernah mendapat jolokan ‘Sami Yusuf Malaysia’ ini telah menerima undangan untuk mengadakan persembahan di beberapa buah negara pada tahun ini.
Hafiz berpeluang ke Kota Istanbul, Turki pada awal tahun ini. Disana, beliau sempat bersama pihak radio tempatan Turki dan berkongsi beberapa material disamping bertukar-tukar pendapat. Tidak cukup setakat itu, Hafiz juga tidak melepaskan peluang untuk ke Singapura, Brunei dan Indonesia. Umum mengetahui keakraban komposer terkenal ini dengan rakan karibnya Imran Ajmain, penyanyi dari Kota Singa tersebut. Musafir dakwah Hafiz Hamidun di Indonesi juga membuka ruang kepada beliau bertemu dengan penyanyi paling ngetop di Indonesia, Rossa. Difahamkan, Hafiz ada berbincang beberapa perkara penting dengan Rossa untuk projek beliau bagi tahun hadapan, 2011.
Menamatkan musafir dakwahnya pada tahun ini, Hafiz berlepas ke Vietnam untuk mengadakan persembahan disana sempena Hari Raya Aidil Adha pada bulan November baru-baru ini.
Inteam
2010 membuka lembaran baru buat Inteam apabila mereka diundang untuk membuat persembahan di Shiefield, United Kingdom buat julung kalinya. Inteam pada tahun-tahun sebelumnya pernah membuat persembahan di Brunei, Mesir, Singapura, Indonesia dan acapkali menerima jemputan ke Thailand. Namun, peluang membuat persembahan di Shiefield, United Kingdom bertukar menjadi pengalaman pahit bagi mereka apabila 2 ahli kumpulan Inteam, Syah dan Rahim beserta PA rasmi mereka, Fairus Zainal di tahan di bahagian imigresen lapangan terbang United Kingdom. Setelah ditahan selama hampir 1 hari, akhirnya mereka dihantar pulang ke Malaysia. Amin Inteam yang kebetulan sudah sampai 2 minggu awal akhirnya terpaksa membuat persembahan secara solo di Shiefiled, United Kingdom.
Tahun ini juga, Inteam sekali lagi diundang ke Krabi, Pattani, Thailand untuk mengadakan konsert awal muharam disana. Pada kali ini, Inteam turut bergandingan dengan Unic dalam menyebarkan dakwah seni di tempat tersebut.
Unic
Unic semakin berani melangkah kehadapan. Optimis dengan masa depan yang semakin cerah, kali ini Unic melangkah ke persada antarabangsa dengan menerima jemputan mengadakan persembahan di Madrasah Al-Junied, Singapura. Tidak berhenti disitu, Unic berpadu tenaga bersama Inteam meredah wilayah bergolak dalam menyampaikan risalah dakwah apabila dijemput membuat konsert di Krabi, Pattani, Thailand. Di Thailand, Unic turut ditemuramah stesen radio tempatan disana bersama kumpulan Inteam.
Devotees
Musafir 4 orang anak muda yang menganggotai kumpulan Devotees ini begitu mencabar. Disaat orang lain meraikan Aidil Adha bersama keluarga tercinta di kampung halaman, mereka memilih untuk menjalankan kerja-kerja dakwah di bumi Kemboja. Devotees tidak keseorangan, mereka ditemani oleh krew EZ Qurban yang menjadi tunjang utama kepada penganjuran musafir dakwah ke negara Kemboja tersebut.
Seperti tahun sebelumnya, pihak EZ Qurban sekali lagi menjemput kumpulan Devotees untuk sama-sama mendekati penduduk Muslim Kemboja yang memerlukan. Menariknya pada tahun inii, disamping terlibat dalam ibadah qurban di sana, Devotees turut mengambil kesempatan mengadakan majlis pra-pelancaran album terbaru Devotees berjudul Berjalan Tanpa Henti.
Mu’adz Dzulkefly
Artis solo yang sangat popular dengan lagu Stand Up dan lagu-lagu nasyid berasaskan hadis ini begitu menyerlah pada tahun ini. Manakan tidak, persembahan bertenaga beliau begitu memukau dengan kemantapan vokal yang cukup menyerlah! Tahun ini, selain mengadakan persembahan duet dengan rapper dari Jepun, Kenji, beliau turut mendapat undangan persembahan dari negara luar seperti Singapura, Indonesia dan yang terbaru Kemboja.
Graduan ijazah undang-undang UIAM ini memiliki kelebihan tersendiri apabila beliau merupakan satu-satunya artis nasyid Malaysia yang menyanyikan lagu-lagu berasaskan hadis. Dengan lagu yang mampu menaikkan semangat pendengar, persembahan Mu’adz setanding Soutul Harakah dari negara Indonesia. Justeru, penulis tidak terkejut apabila difahamkan Mu’adz begitu popular di negara jiran itu.
Disamping melebarkan sayap ke negara luar, Mu’adz juga turut terlibat dalam kumpulan Salam Nasyeed dan tim Studio Muallaf. Nantikan kupasan lanjut mengenai Salam Nasyeed dan Studio Muallaf dalam Imbasan 2010 Edisi Highlight 2010.
sumber:
munsyeed.com