FOLLOWERS NASYID2U

Tuesday, February 21, 2012

Ulfah Pilihan Hati Imam Muda Hassan

Mohd Hassan Adli Yahaya atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Hassan, Juara program realiti Imam Muda Oasis musim kedua kini sah bergelar suami kepada gadis pilihan hatinya, Fadatul Ulfah Jamali selepas diijabkabulkan pada 17 Februari 2012 yang lalu.

Difahamkan, Imam Muda Hassan juga menyambut ulang tahun yang ke-27 pada tarikh yang sama.

Anak kelapan daripada sembilan beradik yang berasal dari Perak ini telah diijabkabul di Masjid Maarufiah, Parit Baru, Sabak Bernam pada jam 9.55 malam selepas solat Isyak.

Memperlengkapkan hantaran lelaki sebanyak sembilan dulang berbalas 11, Imam Muda Hassan telah dinikahkan oleh ayahanda Ulfah sendiri.

Majlis penyatuan dua hati ini menggunakan wang hantaran sebanyak RM 9999 dan RM666 sebagai mas kahwin.

Ulfah yang sedang menanti panggilan memulakan tugas sebagai pendidik kini sedang menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang Usuluddin di Universiti Malaya.

Tahniah diucapkan kepada kedua mempelai yang sama cantik dan sama padan ini.

Didoakan semoga pernikahan yang dibina berkekalan dan sentiasa diberkati Allah SWT. Moga-moga ikatan cinta yang terjalin dapat melahirkan baitul muslim yang sakinah dan mawaddah. InsyaAllah.

Selamat Pengantin Baru!

Barakallahu lakuma wabarakah ‘alaikuma wajama’a bainakuma fi khair. –NK

Gambar : Studio Mukmin Fotovideo & Wafa Mukminah

sumber-nasyidkini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...