FOLLOWERS NASYID2U

Sunday, February 12, 2012

Aini Farhana Lengkapkan Hidup Asyraf Nur One

Asyraf Nur One dan Isteri, Aini Farhana.

Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin baharu kita, Asyraf Yaacob dari kumpulan Nur One dan permaisuri hatinya, Aini Farhana yang telah selamat diijabkabulkan pada 4 Februari 2012.

Asyraf 24 tahun dan isteri, Aini Farhana 22 tahun merupakan bekas graduan UiTM Shah Alam. Pasangan merpati dua sejoli ini telah selamat dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri di Lundang, Kota Bharu. Majlis akad nikah tersebut telah disempurnakan di rumah pengantin perempuan selepas selesai Solat Asar dengan sekali lafaz.

Menariknya, Asyraf dan isteri memilih warna ungu sebagai warna tema perkahwinan mereka.

Semoga pernikahan ini membawa rahmat, menyempurnakan ibadah, menyatukan hati, menambah kasih sayang dan memberi ketenangan dalam hati kedua mempelai.

Barakallahu lakuma wabarakah ‘alaikuma wajama’a bainakuma fi khair. -Munsyeed{Dot}Com


sumber:munsyeed.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...