FOLLOWERS NASYID2U

Wednesday, February 1, 2012

Anugerah Nasyid.Com

SOFT LAUNCH ANUGERAH NASYEED.COM
Buat julung-julung kalinya Nasyeed Edutainment Publishing Sdn Bhd yang lebih dikenali dengan jenama Nasyeed.Com akan menganjurkan Anugerah Nasyeed.Com yang bakal berlangsung pada 13 April dan 14 April 2012 bertempat di Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur pukul 8.30 malam.
Sebagai salah satu entiti korporat yang paling kehadapan dalam penganjuran dan pengendalian acara bersifat islamik, Nasyeed.Com mengambil inisiatif untuk memberi nafas baru kepada industri nasyid Malaysia melalui penganjuran Anugerah Nasyeed.Com. Acara yang bakal dijadikan agenda tahunan dalam kalendar nasyid tanah air ini diadakan dengan tujuan untuk memberi penghargaan kepada para penggiat industri nasyid sekaligus menggalakkan penghasilan karya-karya nasyid yang berkualiti secara berterusan. Secara tidak langsung, bakat-bakat baru juga akan dapat dicungkil dan diketengahkan ke dalam industri. Tambahan pula dengan status Malaysia sebagai “The Home of Contemporary Nasyeed” di kalangan penggiat industri nasyid antarabangsa, maka wajarlah Anugerah Nasyeed.Com dianjurkan.
Anugerah Nasyeed.Com bakal mempertandingkan lagu-lagu dalam Carta Nasyeed.Com. Carta yang menggunakan platform aplikasi facebook ini telah bermula sejak Julai 2011 dan mendapat sambutan yang amat baik dari para peminat. Sebanyak 13 Kategori bakal dipertandingkan seperti berikut:
Anugerah Nasyeed Sirah
Anugerah Nasyeed Cinta
Anugerah Nasyeed Amar
Anugerah Nasyeed Selawat
Anugerah Nasyeed Perjuangan
Anugerah Nasyeed Munajat
Anugerah Susunan Muzik Terbaik
Anugerah Klip Video Terbaik
Anugerah Vokal Terbaik
Anugerah Lirik Terbaik
Anugerah Lagu Terbaik
Anugerah Juara Carta Nasyeed.Com
Anugerah Khalifah Nasyeed
Anugerah Nasyeed.Com kali pertama akan diisi dengan pelbagai aktiviti menarik melibatkan artis, penggiat nasyid, media mahupun para peminat nasyid tanah air. Malam Anugerah Nasyeed.Com akan dilangsungkan pada 13 April 2012 dan diikuti dengan Konsert Anugerah Nasyeed.Com pada keesokannya iaitu 14 April 2012. Gerai jualan dan pameran oleh para penaja akan turut mewarnai foyer Dewan Muktamar Pusat Islam Kuala Lumpur yang menjadi lokasi acara. Satu roadshow juga telah dirancang untuk mempromosikan acara ini di lokasi-lokasi terpilih seluruh negara.
Penganjuran Anugerah Nasyeed.Com turut mendapat suntikan moral yang sangat bermakna di atas kesudian Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menjadi Penaung Kehormat acara ini. Nasyeed.Com masih membuka peluang dan menawarkan kerjasama kepada mana-mana pihak baik badan-badan korporat mahupun agensi kerajaan untuk sama-sama menyumbang bagi menjayakan acara ini.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumbalas, bolehlah menghubungi
03-55121352 (pejabat) atau 016-2336551 ( Cik Shuhadah)
atau email ke
event@nasyeed.com
Anda juga boleh mengikuti perkembangan terkini di laman
Sumber: Anugerah Nasyid.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...