FOLLOWERS NASYID2U

Monday, February 6, 2012

Pencarian Bakat Baru Juruhebah NasyidFM

Anda berbakat dan berani mencuba?

NasyidFM tampil dengan berita gembira buat individu yang berminat dan berbakat untuk menjadi juruhebah tapi masih mencari-cari platform yang sesuai untuk mengembangkan bakat terpendam.

Ayuh sertai pencarian bakat baru sebagai juruhebah di NasyidFM yang akan diadakan pada 9 dan 10 Februari ini bermula jam 4.30 hingga 6 petang di Pentas Utama Karnival Maulidurrasul UNISEL.

Nantikan juga penampilan istimewa sepanjang pencarian bakat ini bersama DjFirdausz NasyidFM.

Jangan lepaskan peluang keemasan untuk turut serta dalam pencarian bakat ini. Siapa tahu anda berpotensi melangkah jauh dan andalah sebenarnya bakat baru yang dicari selama ini?

Untuk maklumat lanjut mengenai pencarian bakat ini, layari facebook rasmi NasyidFM iaitu NasyidFM.

Bagi yang masih belum mengenali NasyidFM, NasyidFM merupakan sebuah radio online berunsur islamik yang komited dan progresif dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti kerohanian untuk membantu menggerakkan dakwah komuniti. NasyidFM juga berperanan dalam memperkenalkan dan merancakkan industri hiburan nasyid tanah air secara tidak langsung.

Berdiri dengan slogan “Wadah Hiburan Terkini“, NasyidFM mula ditubuhkan pada tahun 2006 dan bernaung dibawah Syarikat NasyidFM Media Network yang menjadi nadi penggerak setiap aktiviti yang dilaksanakan di bawah NasyidFM.

Ikuti perkembangan lanjut NasyidFM melalui capaian laman web rasmi NasyidFM iaituhttp://www.nasyidfm.com.my

sumber:nasyidkini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...