FOLLOWERS NASYID2U

Tuesday, December 27, 2011

UNIC Terbang Ke South Africa


SOUK 2011

Kumpulan UNIC berlepas ke South Africa pada hari ini, 27 Disember 2011 untuk menjayakan Nasheed Extravaganza SOUK 2011 di Durban, South Africa. Acara tahunan paling popular di South Africa ini membariskan ramai artis ternama antaranya UNIC, Zain Bhikha, Rashid Bhikha dan ramai lagi.

Nasheed Extravaganza merupakan salah satu program yang terdapat di dalam SOUK 2011. Menariknya, program mega anjuran Al-Ansar Foundation ini bukan sahaja mendapat perhatian di kalangan rakyat South africa malah turut menarik minat pelancong dalam dan luar negara untuk hadir ke program paling meriah ini.

Selain menjayakan konsert di SOUK 2011, UNIC juga dikhabarkan bakal ditemuramah oleh Radio Islam disana dan beberapa agensi media disana. UNIC akan berada di Durban, South Africa bermula 28 Disember 2011 hingga 4 Januari 2012. Sama-sama kita doakan semoga musafir dakwah UNIC disana berjalan lancar dan mendapat pertolongan dan perlindungan daripada ALLAH swt.

Gambar UNIC sedang transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai.

-Munsyeed{Dot}Com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...