FOLLOWERS NASYID2U

Wednesday, December 7, 2011

Maher Zain & Raihan Paling Berpengaruh Di Dunia

Kumpulan Raihan. Gambar ihsan: Facebook Raihan Friends

Raihan dan Maher Zain telah disenaraikan antara 500 Muslim Paling Berpengaruh di dunia pada tahun 2011 oleh The Royal Islamic Strategic Studied Centre yang berpengkalan di Amman, Jordan. Raihan dan Maher Zain masing-masing disenaraikan dalam kategori Keseniaan dan Kebudayaan yang meletakkan mereka antara 500 Muslim Paling Berpengaruh di dunia 2011.

Mengikut rekod, Raihan sudah tersenarai antara 500 Muslim Paling Berpengaruh di dunia sejak tahun 2009. Manakala, Maher Zain baru sahaja tersenarai pada tahun 2011 selepas kejayaan luarbiasa album sulung beliau- Thank You Allah yang meraih pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa.

Turut tersenarai dalam kategori yang sama, artis antarabangsa Yusuf Islam, Sami Yusuf, Zain Bhikha, Dawud Wharnsby dan ramai lagi.

Sesungguhnya, sumbangan mereka dalam seni dakwah dan juga buat Islam sangat bermakna dan merangkumi segenap pelusuk dunia. Tahniah diucapkan buat Raihan yang mewakili Malaysia! Tahniah juga buat Maher Zain yang cukup luarbiasa dan semua artis nasyid yang tersenarai dalam 500 Muslim Paling Berpengaruh di dunia bagi tahun 2o11! Untuk rujukan, sila klik disini- The 500 Most Influential Muslim 2011.

Teringat kata-kata seorang ahli nasyid popular- Ada manusia terkenal di dunia, tetapi tidak terkenal di langit Allah (dikalangan para malaikat dan sebagainya). Ada manusia yang terkenal di dunia dan turut terkenal di langit Allah. Ada juga manusia yang tidak terkenal di dunia, tetapi terkenal di langit Allah. dan malangnya, masih ada manusia yang tidak terkenal di dunia dan tidak terkenal di langit Allah. Yang mana satukah kita? Renung-renungkan dan selamat bermuhasabah! -Munsyeed{dot}Com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...