FOLLOWERS NASYID2U

Tuesday, December 6, 2011

Selamat Pengantin Baru Razin Mestica

Razin Mestica & permaisuri hatinya, Masliza. Gambar ihsan: Dak Mie (Nasyeed.Com)

Barakallahu lakuma wabarakah ‘alaikuma wajama’a bainakuma fi khair…

Seinfiniti kesyukuran dan sekalung ucapan tahniah buat Muhammad Razin Bin Che Mud atau lebih mesra disapa Razin Mestica yang telah selamat diijabkabulkan bersama permaisuri hatinya, Masliza.

Pasangan yang sama cantik, sama padan ini telah memilih warna merah jambu untuk majlis resepsi mereka yang telah berlangsung di Dewan Seri Hendon, Pusat Budi Penyayang, Kepala Batas, Pulau Pinang pada hari Sabtu, 3 Disember 2011.

Tahniah diucapkan kepada kedua mempelai. Semoga bahagia hingga ke syurga. Majlis diserikan dengan persembahan nasyid dari kumpulan Mestica dan Masrie.

sumber-Munsyeed{Dot}Com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...