FOLLOWERS NASYID2U

Monday, December 19, 2011

Terapi Dari Raihan & Hafiz Hamidun

Hiburan merupakan satu cabang dalam fitrah manusia. Semua manusia sukakan hiburan. Dan dengan hiburan,manusia rasa jiwanya terubat. Hiburan pada hakikatnya bukanlah hanya sekadar mendengar lagu dan menonton drama atau filem.

Hiburan itu universal. Mendengar alunan bacaan ayat-ayat suci al-Quran adalah hiburan, mendengar ceramah adalah hiburan, dan mendengar alunan zikir juga adalah hiburan. Keseimbangan dalam memilih kandungan hiburan perlu dalam menghidupkan jiwa manusia.

Atas usaha menghidupkan jiwa manusia, maka dua artis nasyid ini tampil dengan album yang lain sedikit dari kebiasaannya. Kalau sebelum ini dendangan lagu menjadi pilihan dalam penerbitan album, tapi kali ini mereka tampil dengan satu terapi yang mampu menghidupkan jiwa.Konsep terapi atau bahasa kasar rawatan ini sudah pasti untuk merawat jiwa manusia.

Raihan, walaupun agak menyepi, namun mereka tampil dengan album baru mereka, Zikir Teraphy. Kalau dilihat dari segi corak penerbitan album ini, ada yang berpandangan ia sama konsep seperti album Praises for The Prophet. Konsep album Zikir Teraphy ini 100% tanpa iringan muzik dan acapella.

Tapi sedikit kekeliruan timbul mengenai anggota Raihan kini. Album Zikir Teraphy ini tak dipaparkan gambar Amran. Adakah Raihan sudah bertiga sekarang? Jawapannya masih dicari.

Album Zikir Teraphy ini memuatkan tracklist seperti At Tasbih, Allah Ya Allah, Ya Dzal Jalali Wal Ikram, Solawatul Karim, Syahadah, Ya Allah, Doa Taubat, Ya Latif, Subhanallah, At Tahmid dan Istighfar.

Album ini diterbitkan oleh Raihan Records dan diedarkan secara bersama oleh Inteam Records. Harganya pun berbaloi. Hanya RM19.90 sahaja!

Dalam masa yang sama,seorang lagi penggiat seni dakwah turut tampil dengan album berkonsepkan Irama Terapi.Hafiz Hamidun, seorang komposer nasyid dan penyanyi, tampil dengan album ketiganya berkonsepkan zikir iaitu Zikir Terapi Diri.

Album ini memuatkan tracklist seperti Astaghfirullah,La Ilaha Illallah, Subhanallah,, Taubatan Nasuha, Hasbi Rabbi,La Hawla Wa La, Alhamdulillah, Ya Zaljala, YaLLatif, Allah dan Lawkana Bainana. Album ini menampilkan alunan muzik yang cukup menenangkan jiwa kita.

Album Hafiz Hamidun ini diterbitkan oleh Arteffects Sdn Bhd dengan harga RM19.90 sahaja!

sumber:studiokini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...