FOLLOWERS NASYID2U

Monday, July 30, 2012

FarEast makin Berkilau


Siapa tidak kenal dengan kumpulan nasyid Far East yang terkenal dengan lagu-lagu yang berunsurkan tarannum Al-Quran dan Qasidah? Setelah mengeluarkan beberapa buah album sebelum ini, kini Far East kembali semula dengan album kompilasi lagu-lagu terbaik  mereka yang masih lagi mengekalkan konsep qasidah, doa, zikir dan tarannum dari Al-Quran yang berjudul Kilauan Khazanah. Album ini memuatkan 17 buah lagu termasuk 2 buah lagu baru iaitu Lawkana Bainana (duet bersama Raqib AF9) dan Jilbab Putih. Pelancaran album Kilauan Khazanah ini telah dilancarkan pada 12 Julai 2012 baru-baru ini bersama produk terbaru Far East iaitu Fareast Gold. Untuk maklumat lanjut mengenai Fareast Gold bolehlah layari di www.fareastgold.com.
Album Terbaru Fareast
Lagu-lagu yang terdapat dalam album
Kenapa Far East telah memilih Raqib AF9 untuk berduet bersama mereka? Ianya bermula melalui satu pertemuan yang tidak dijangka dalam satu majlis persembahan. Menurut Far East, Raqib dipilih berdasarkan bakat dan kemampuan beliau dalam bidang Tarannum yang bersesuaian dengan konsep lagu-lagu Far East. Selain daripada itu, faktor pemilihan Raqib  dinilai setelah melihatkan suasana dalam keluarga Raqib yang juga secara lahirnya mahir dalam dunia Tarannum Al-Quran.
Far East bersama Raqib AF9
Sempena di bulan Ramadhan ini, Far East telah mendapat undangan persembahan daripada hotel-hotel, jabatan kerajaan dan juga komuniti masyarakat awam di seluruh negara.  Selain daripada itu, ruang yang ada juga diisi dengan aktiviti-aktiviti keagamaan seperti tazkirah Ramadhan, nasyid serta azan dan juga imam solat tarawikh di masjid-masjid yang terpilih.
Jom ramai-ramai kita mendapatkan album Kilauan Khazanah di pasaran atau hubungi Far East untuk mendapatkannya sekarang.
sumber: nasyidkini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...